TAK DAPAT HADIR KE KJH JOHOR BAHRU? | Tonton Bawakan Strim Langsung 2 Hari Konsert Jom Heboh Dengan Hanya RM3!
Tak dapat hadir ke Karnival Jom Heboh (KJH) Johor Bahru 2026? Jangan risau! Anda kini boleh menikmati kemeriahan Konsert Jom Heboh Johor Bahru 2026 secara langsung menerusi Tonton pada 31 Oktober dan 1 November ini. Dengan harga hanya RM3 untuk pas strim langsung dua hari, peminat muzik di seluruh Malaysia berpeluang menyaksikan persembahan artis popular tanah air hanya dari rumah bersama keluarga dan rakan-rakan.
Menerusi format Pay-Per-View (PPV), Tonton membawakan pengalaman menonton konsert terus ke skrin anda, membolehkan peminat mengikuti kemeriahan acara ini. Pas PPV boleh mula dibeli pada hari ini, 27 Oktober, menerusi aplikasi Tonton atau laman web rasmi Tonton, sekali gus memberi peluang kepada peminat membuat persediaan awal untuk menikmati persembahan sepanjang dua malam konsert.
Berlangsung di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall, konsert ini menampilkan barisan artis popular tanah air selama dua malam bermula jam 9.00 malam hingga 11.00 malam. Pada Sabtu, 31 Oktober, saksikan persembahan Khai Bahar, Haiza, Nabila Razali, Ara Johari, Bunga Isme dan Haqiem Rusli, manakala Ahad, 1 November menampilkan Mamat Exist, Alyph, Wany Hasrita, Drama Band dan Mariam Saim.
Saluran khas Konsert Jom Heboh kini tersedia di Tonton, membolehkan peminat mendapatkan pas lebih awal bagi menyaksikan persembahan artis kegemaran mereka secara langsung. Konsert ini akan disiarkan secara langsung dan eksklusif di Tonton untuk penonton di Malaysia. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti kedua-dua malam konsert ini dan menikmati setiap detik persembahan artis pilihan anda!
Bawakan kehangatan Konsert Jom Heboh terus ke ruang tamu anda! Dapatkan Pas PPV pada harga RM3 menerusi aplikasi Tonton atau laman web rasmi Tonton dan nikmati persembahan artis kegemaran bersama insan tersayang. Untuk maklumat terkini mengenai program dan kandungan eksklusif, ikuti Tonton di Facebook, X, TikTok dan Instagram menerusi @tontonmy.

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.