Pengarah: Wan Alauddin (Alak), Wan Hasliza Wan Zainuddin
Penulis Skrip:
Pelakon: Kimberly Chuah, Sharifah Sakinah, Mierul Aiman, Nazeri Md Isa, Rashidi Ishak, Sathisvaran, Riesha Aslan, Marsya A. Zamani, Farhana Fahizam, Kumika Kufaizul, Kismah Johar, Silfeny Osman, Amir Nafis, Haidar Hasanudin, Areef Amran, Haeriyanto Hassan, Raja Ema, Wan Adila Noor, Shahril Sarjen, Cheee Cheong Hoe, Aishah Sudin, Ranea Ezreen,
Syarikat Produksi: KL Motion Pictures & Co.
Penyiaran: Astro Warna, Sooka, Netflix
Genre: Komedi / Seram
Jumlah Episod: 12 Episod (50 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 03 Mei – 12 Julai 2024
Trailer:
Hospital Kechik Mega Utara pernah dihantui oleh makhluk halus namun semuanya berjaya dihalau oleh Pak Us (Nazeri Md Isa) kecuali Edna (Sharifah Sakinah) yang mempunyai perjanjian bersama perawat tersebut untuk terus tinggal di situ.
Satu hari salah seorang doktor pelatih bernama Dr. Viviana (Kimberly Chuah) menangis mengenangkan nasibnya di hospital tersebut lalu ternampak Edna yang sedap sibuk menaip draf novelnya yang tidak akan diterbitkan sampai bila-bila. Edna mula menyiasat kenapa Vivy boleh melihat dia sedangkan dia adalah manusia.
Melihat tanda-tanda yang dialami oleh Vivy, Pak Us simpulkan yang dia berada di dalam fasa transisi untuk menjadi pontianak. Anehnya, dia tak sedar pun bila dia mati, dia tak pernah mengandung atau mempunyai anak pun tapi di bahagian leher Vivy ada paku yang panjang. Selagi pak utu tercucuk elok di leher, dia akan menjadi manusia tapi sekiranya dicabut, Vivy akan bertukar menjadi pontianak yang menakutkan.
Pak Us sarankan Vivy dengan Edna merungkai misteri yang berlaku terhadap Vivy dan mereka cuma mempunyai masa selama 90 hari sahaja sebelum Vivy bertukar menjadi pontianak sepenuhnya. Namun tempoh Vivy semakin pendek bila dia minum darah manusia. Fasa transisi pun buatkan badan dia semakin tidak boleh dikawal.
Drama Dr. Pontianak siaran Astro Warna arahan Wan Alauddin Wan Zainuddin menggunakan genre komedi, seram dan misteri yang berlaku di sebuah hospital. Penceritaan Dr. Pontianak mempunyai jalan cerita utama dan sesi interview dengan watak-watak utama semasa cerita bergerak. Vibe drama Dr. Pontianak seakan sama dengan drama Kampung People yang pernah diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin.
Selalu nampak klip Mierul Aiman kena rasuk dengan Edna atau klip Sharifah Sakinah sebagai Edna yang kelakar sebab tu layan drama Dr. Pontianak bila masuk dalam Netflix. Ingatkan screentime Mierul Aiman banyak rupanya tak pun sebab dia lambat sikit team-up dengan Vivy dan Edna untuk menyelamatkan keadaan. Terhibur juga lah tengok dia beef dengan Vivy cuma penulis tak kembangkan sangat personal conflict antara Dr. Adam dengan Dr. Linda (Riesha Aslan).
Kimberly Chuah bersahaja dan kelakar sebagai Dr. Viviana Wong Xing Yi dalam Dr. Pontianak. Kimberly buat muka hodoh tapi tetap nampak comel so I rasa dia pun confident dalam avatar Viviana yang masuk air juga kacip aras tinggi.
Dinamik Kimberly dengan Sharifah Sakinah pun bertenaga dan carry drama ni dengan cemerlang sehingga ke Episod 12. Mungkin juga sebab Kimberly fasih berbahasa Melayu tanpa pelat, lenggok dia bercakap pun slang Gen Z dan buatkan mood penceritaan santai dan menghiburkan. Power lah Kimberly bila dia boleh switch Bahasa Melayu, Mandarin dengan English dalam satu dialog walaupun English dia more to Manglish.
Bukan pertama kali Sharifah Sakinah jadi hantu yang kelakar dan watak komedi memang makanan dia. Skrip dia dalam Dr. Pontianak pun banyak kena improvise sebab dia sendiri pun tergelak dengan dialog dia.
Walaupun I terhibur setiap episod Dr. Pontianak tapi alur cerita dia gagal seimbangkan ketiga-tiga genre utama. Dah excited dekat awal bila Vivy dan Edna perlu bekerjasama merungkai misteri tapi bak kata Pak Us, dua-dua pun lembab buat kerja. Patutnya bagi ruang dekat Dr. Adam (Mierul Aiman) korek misteri kematian wanita di hospital tu daripada tunggu Vivy dan Edna sampai ke hujung drama.
Revelation dari watak antagonis pun drag sangat sampai cerita jatuh mendatar dan bosan. Tak thrill sangat lah bila antagonis sendiri yang kena dedahkan dan cerita satu-persatu motif dan modus jenayah tu. Vivy dengan Edna terjumpa klu pun secara kebetulan dan bukan sebab dia mencari.
Editing drama Dr. Pontianak pun ada masanya buatkan penceritaan nampak lemah macam babak Vivy dengan Pipit terkejut Wayan (Areef Amran) ada nadi lepas flatline. Nasib baik drama ni santai dan kacip, so pejam mata je lah bila tengok sampai 12 episod.
Selain komedi, Dr. Pontianak selitkan juga mesej sosial dalam beberapa babak. Dunia medik terlihat meyakinkan bila ada jargon dan prosedur asas yang dimasukkan secara serius.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.7 = 7.3/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.