Drama Review | From Saga With Love (2025)
Saturday, 2 May 2026
Kejayaan From Saga With Love (2024) sampai menang anugerah Program Komedi Terbaik di Anugerah Akademi Kreatif Asia buatkan naskhah ni berkembang ke musim kedua. Kali ni percintaan Karma (Siti Khadijah Halim) dan Sham (Ikmal Amry) teruji bila mereka selalu bergaduh tentang cara masing-masing kendalikan kerja.
Sham sibuk dengan pottery dan biarkan Karma uruskan perniagaan tapi sikap acuh Karma buatkan banyak perkara gagal disiapkan. Sham terpaksa tinggalkan Karma untuk uruskan kedai tembikar di Kuala Lumpur untuk pergi ke Saga menjaga Akiro Shishou yang menghidap Parkinson. Malangnya, satu insiden berlaku hingga menyebabkan perniagaan mereka hancur dalam sekelip mata.
Karma pergi ke Saga ditemani oleh Bob (Fimie Don) untuk sampaikan berita tersebut dan meminta maaf dengan Sham namun melihatkan keadaan Akiro Shishou, Karma takut berita perihal kedai akan buatkan hubungan mereka rosak.
Bianca pula berada di Universiti Saga, Jepun untuk lanjutkan pengajian dalam bidang seni pemasaran bersama Hadri (Hun Haqeem). Sebelum Bianca perkenalkan Karma dengan Hadri, mereka berdua dah pun bertemu ketika Karma jejakkan kaki di Saga. Dari situ bermula lah episod cinta tiga segi antara Sham, Hadri dan Karma.
Kalau jadi Karma pun tak tahu nak pilih antara Sham dan Hadri sebab kedua-duanya green flag sebab yang red flag tu Karma. Dalam musim pertama nampak Sham terhibur dengan keletah Karma tapi dalam musim kedua, dia dah penat nak hadap sedangkan dia sayang sangat dengan Karma. I tengok Karma dekat musim pertama pun dah anxious, masuk musim kedua sampai berdoa tolonglah Karma jangan lah buat hal. Tapi dia buat jugak. Ya Allah….
Bila tengok Sham mengeluh gara-gara Karma, setiap kali tu juga lah teringat babak Sham tolak cinta Bianca tapi pilih Karma. Ingatkan penulis nak develop chemistry dan stability Bianca dan Sham dalam musim pertama rupanya tidak. Penulis lebih fokus pada kisah cinta tiga segi dan kembangkan watak Hadri yang betul-betul suka dekat Karma.
Babak Karma berjalan-jalan dekat love lock bila terdengar bunyi loceng tu adalah babak yang menguatkan lagi konflik cinta tiga segi. Senang sangat Hadri jumpa Karma dekat situ dan dia tahu hati Karma dekat mana tapi dia tetap mencuba nasib.
Sebab ada watak Hadri, watak Bob kena tone down sedikit. Sama juga dengan screentime keluarga Karma yang jadi punca Karma tak nak balik Malaysia, diberikan kepada perkembangan Aunty Kathy (Vanidah Imran) yang bertemu dengan cinta baru iaitu Jeff (Tony Eusoff). Dalam musim dua ni baru nampak yang Khatijah Musa ada kawan lain dan aktiviti sosial. Rimas juga bila tengok dia fokus sangat dekat Bianca sampai anak dia lari ke Saga.
Gap antara From Saga With Love Musim 1 dengan From Saga With Love Musim 2 tak lah jauh mana walaupun skrip musim 2 terhasil secara mengejut. Tapi drama dan konflik yang dimasukkan lebih menarik dari musim pertama. Boleh kata vibe dalam musim kedua dah berubah, dari rom-com kepada drama.
Drama dan konflik yang dimasukkan mungkin nampak menghiburkan sebagai naskhah komedi tapi pelik juga lah kenapa Sham tak uruskan sendiri benda penting macam insurans kedai kalau dia tahu Karma tak boleh diharap. Babak Sham mengamuk bila tahu pasal kedai pun macam pelik juga sebab kenapa landlord tak contact langsung Sham? Sebab Karma sendiri cakap dekat Hadri yang dia mengelak dan biar perkara tu selesai sendiri.
Masa Karma cuba jelaskan aliran duit untuk perniagaan tembikar tu boleh nampak yang Karma dan Sham tak ada berbincang pun pasal perniagaan sedangkan kewangan tak stabil langsung. Part ni tak make sense lah.
Sinematografi dari Harris Hue Abdullah buatkan Saga nampak lebih menarik dari naskhah sebelumnya. Seronok tengok road trip Karma, Bianca, Hadri dan Bob teroka tempat menarik di Saga untuk group assignment. Ada aktiviti unik dan menarik macam mandi lumpur dekat sana. Kisah hantu yokai pun dimasukkan sekali untuk elemen seram dan komedi.
Bak kata Fimie Don dalam behind the scene mungkin ada perkembangan lagi kisah mereka kalau dapat sambutan tapi I tak sanggup dah nak tengok watak Karma. Dia fun kalau pergi road trip lah tapi kalau urusan seharian memang boleh bikin murung.
Macam Sham cakaplah, kau memang boleh jumpa orang Malaysia yang boleh cakap Jepun tapi kau takkan boleh jumpa orang Malaysia boleh cakap Jepun yang tahan dengan perangai Karma. It’s proven. Hadri tu tengah angau lagi, kalau dia hadap apa yang Sham hadap, mungkin dia mudah sangat move on.
Kudos to team production From Saga With Love yang spend masa, tenaga dan kreativiti untuk drama ni. Thank you Viu!
Drama Review | Alter-Naratif (2023)
Tuesday, 17 March 2026
Electric dust Agency (EDA), sebuah syarikat yang berfungsi untuk memadam memori manusia dan berkebolehan dalam mengubah lalu menggantikan memori melalui kod yang dimasukkan. Mel Isa (Nabila Huda) bekerja keras meneruskan perniagaan dan legasi ayahnya, Dr. Isa (Rahhim Omar) memperjuangkan teknologi baharu yang mampu menyelamatkan manusia pulih dari trauma dan masalah hidup mereka.
Mel dibantu oleh Aira (Liyana Jasmay) yang juga rakan baiknya dan Dr. Rahim (Adlin Aman Ramlie) yang pakar dalam teknologi tersebut. Vinesh (Gisnervern Arikrishnan), Kina (Neera Azizi) dan Fahim (Anas Ridzuan) bekerja di bahagian operasi.
Sedang Mel berusaha mendapatkan dana dari Yoshimoto Corporation, Aira bertemu dengan Sam (Gambit Saifullah) yang mengendalikan Syne di mana pelanggan dapat merasai pengalaman memori melalui VR yang diberikan. Aira dapat pengalaman menggunakan pelbagai jenis dadah di Syne tanpa bahayakan otak dan fizikalnya.
Kina pula didekati oleh Judy (Yvonne Lee) yang cuba bertanya tentang keberadaan Zaiton (Marissa Yasmin), ibu kandung Kina yang dikatakan telah lama meninggal dunia. Kerana Judy, Kina dapat tahu ayahnya, Jaafar (Namron) simpan rahsia tentang Zaiton dan ibunya adalah salah seorang pakar saintis yang bekerja di EDA di bawah kelolaan Dr. Isa berpuluh tahun lepas.
Naskhah cereka sains Alter-Naratif ciptaan Aina Izzah merupakan naskhah yang dipilih ketika Viu Pitching Forum 2021. Penceritaan yang unik dan kreatif membawakan alternatif rawatan menggunakan teknologi moden di mana EDA boleh memadam memori dan mencipta memori palsu sementara Syne pula menggunakan memori orang untuk idea perniagaan.
Tapi sama seperti perniagaan yang lain, EDA pun struggle dengan kewangan sampai terpaksa ikut cakap klien macam babak Mel terpaksa padam memori anak Datuk Syafik (Mustapha Kamal) gara-gara dia salah seorang funder EDA.
Macam susah nak percaya keadaan kewangan EDA pun ada juga sebab tak diceritakan dengan mendalam berapa kos setiap rawatan walaupun pelanggan yang datang ke EDA tak pernah putus. Ada juga yang sanggup datang berkali-kali untuk hilangkan memori. Tengok pada teknologi yang EDA guna, tak lah macam mahal sangat tapi susah nak rely on props sebab obvious sangat series ni tak dapat peruntukan bajet yang besar.
Selain plot yang berlatarkan EDA, watak utama, Mel juga mempunyai konflik peribadi di mana dia mengalami halusinasi dan mimpi ngeri. Konflikni yang menghadirkan elemen misteri dan kejutan di awal series. Lakonan Nabila cemerlang sebagai Mel yang dimanipulasikan mindanya sampai tak senang duduk bila dia berjumpa dengan Isa. Kita tahu dia berhalusinasi tapi curious sangat nak tahu apa sebenarnya yang jadi.
Walaupun series Alter-Naratif paparkan mesej kekeluargaan dan kemanusiaan tapi series ni tak sesuai lah untuk tontonan keluarga. Gaya hidup Mel ke arah Barat, dalam pejabat penuh dengan arak dan rokok. Sama juga dengan kawan baik dia, Aira.
Personally, I tak berapa gemar dengan series yang tayang gaya hidup Barat semata untuk tampil moden dan urban. Memang lah realitinya ada tapi tak perlu masukkan pun tak apa. Somehow it looks cringe and poser. Dialog pun banyak yang tak bertapis. Watak Fahim dimasukkan untuk elemen komedi tapi lawak dia hambar.
Series Alter-Naratif arahan Faisal Ishak mempunyai pacing yang tak sekata bila di awalnya bergerak laju kemudian mula meleret dengan drama antara Mel dan Isa sehingga buatkan episod akhir rushing untuk habis. Masuk Episod 5 dah mula bosan tapi terselamat lah sebab ada romantic angle antara Aira dan Sam.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 6.6/10
Drama Review | Bisik Asmara (2026)
Saturday, 28 February 2026
Bisik Asmara mengisahkan Farhan (Zul Ariffin) dan Sheila (Sophia Albarakbah), pasangan suami isteri yang menjalani perkahwinan jarak jauh kerana tanggungjawab terhadap keluarga. Sheila mengajar sebagai guru sekolah rendah di Ipoh sambil menjaga uminya (Rusminah Sidek) sementara Farhan bekerja sebagai jurutera di Kuala Lumpur.
Setiap minggu Farhan akan pulang ke Ipoh untuk menemani Sheila atau pulang ke rumah ibunya (Fadilah Mansor) namun sejak berkawan rapat dengan Noreen (Uqasha Senrose), perhatian dia mula beralih. Noreen bukan sahaja pekerja atasan di pejabat malah jiran tingkat atas di rumahnya. Semakin hari Farhan dan Noreen semakin rapat hingga mereka berdua luahkan perasaan sayang antara satu sama lain.
Noreen mula obsess dengan Farhan dan mahukan perhatian yang penuh setiap masa sampai sanggup kacau Farhan di Ipoh dan bagi hint pada Sheila. Rakan sekerja mereka, Fikri (Syazuwan Hassan) perasan perubahan Noreen dan Farhan dan mula pelbagai cara untuk elakkan keadaan menjadi keruh. Dalam masa yang sama, Zhariff (Zaki Azeman), bekas tunang Noreen juga muncul untuk pujuk Noreen kembali ke dalam hidupnya.
Naskhah Bisik Asmara yang sarat dengan episod kecurangan arahan Jamal Khan dan ditulis oleh Rozie Rashid juga Zakinah Ab Zarith menggunakan tema kecurangan dan skandal di pejabat sebagai penggerak cerita. Awalnya tak berminat nak tengok tapi Zul Ariffin segak sangat dalam Bisik Asmara ni.
I tak letak expectation tinggi pun untuk Bisik Asmara sebab drama tempatan yang biasa je cuma terkejut dengan lakonan Sofia Albarakbah. Nampak macam dah improve banyak tambah pula untuk babak emosi. Chemistry dengan Zul pun nampak meyakinkan sebagai pasangan suami isteri cuma kekangan haruslah pada skrip bila tak diperkuat atau diperdalamkan lagi tentang hubungan Sheila dan Farhan.
Tumpuan banyak diberikan pada hubungan terlarang Farhan dan Noreen sebab taktik produser pun nak tarik penonton dengan babak-babak curang. Dalam promo Zul Ariffin ada bagitahu yang love language dia adalah physical touch sebab tu dia mudah sangat sayang Noreen dan tak boleh adapt dengan PJJ. Tengok gaya Farhan ni, bukan love language yang jadi isu tapi memang lemah dengan godaan Noreen.
Tak ada beza pun plot curang Bisik Asmara dengan naskhah curang yang lain. Cara Farhan kena sondol pun sama je dengan suami orang yang lain. Pengakhiran watak-watak utama pun dah boleh dijangka tapi akan ada telemovie masa Raya nanti jadi tak tahu lah kalau Noreen berjaya dapat apa dia nak.
Latar pekerjaan yang dimasukkan dalam Bisik Asmara ni lemah lah jugak sebab I pernah terlibat dalam sektor pembinaan jadi bila tengok babak Noreen dengan Farhan dekat tempat kerja rasa nak geleng kepala. Reaksi Noreen dengan Farhan setiap kali ada masalah dekat site pun muka tenang je padahal benda tu tak sepatutnya berlaku pun. Tersalah measurement pun Farhan boleh cool padahal isu tu isu besar. Tak pasti lah siapa jadi rujukan penulis, yang pastinya tak buat extra homework. Kalau tak tahu tak payah masukkan.
Episod akhir makin merepek sebab meleret dengan doa dan tazkirah dari pelakon pembantu padahal tak memberi impak apa pun pada cerita. Makin bosan ada lah. Ingatkan Kak Long (Nadia Brian) nak bergaduh dengan Noreen rupanya ulang dialog sama je. Umi yang demensia pun kemain panjang pula doa dia.
Selain watak Sheila, kesian dengan watak Puan Mahani (Aleza Shadan) sebab dapat suami tak guna dan anak tak kenang budi. Kesian bila dengar dia kata anak yang dibesarkan dengan doa sebab dia terkesan dengan episod kecurangan tapi alih-alih anak dia sondol suami orang pulak. Memang patut lah Pn Mahani bercerai dengan En Mustapha (Arash Mohamad), nak jadi bapa pun tak mampu, nak jadi suami yang qawwam jauh sekali. Geli tengok episod-episod awal bila dia jumpa Noreen. Puas hati bila Pn Mahani bertempik bila tahu Noreen sondol suami orang.
I layan dekat iQiyi jadi tak ada masalah dengan bisikan-bisikan dalam drama Bisik Asmara ni sebab ada sari kata disediakan. Dua hari pun dah boleh habis sebab boleh tukar speed 2x.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 4.7/10



.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)


