Petaling Jaya, 4 Mei 2026 – Demam Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia makin panas, platform penstriman digital Tonton terus memperkukuh kedudukannya dalam arena esports tempatan menerusi kerjasama strategik bersama Moonton dengan penstriman eksklusif MPL Malaysia Season 17 kepada peminat di seluruh negara.
Inisiatif ini bukan sahaja membuka akses lebih luas kepada aksi kompetitif bertaraf profesional, malah mengukuhkan Tonton sebagai destinasi utama komuniti Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) tempatan. Seiring dengan itu, Tonton memperkenalkan kempen “Tonton & Menang: MPL MY S17”, sebuah peraduan tonton dan menang yang berlangsung dari 29 April hingga 7 Jun 2026 bagi meningkatkan penglibatan pengguna serta mengukuhkan pertumbuhan platform.
Kempen ini menawarkan cara penyertaan yang amat mudah dan mesra pengguna. Berikut merupakan syarat serta langkah penyertaan yang perlu diikuti oleh peserta untuk mengambil bahagian dalam kempen ini:
- Imbas kod QR pada poster atau klik link ini https://microsite.tonton.com.my/mplmalaysia/index.html
- Log masuk ke akaun Tonton atau daftar jika belum mempunyai akaun
- Tonton kandungan dan perlawanan MPL Malaysia Season 17 di Live TV untuk mengumpul mata
- Penyertaan adalah automatik selepas mula menonton
- Mata dikira berdasarkan jumlah jam tontonan yang dikumpul dalam tempoh seminggu
- Pemenang dipilih berdasarkan jumlah jam tontonan tertinggi
- Pemenang akan dihubungi oleh pihak Tonton untuk proses pengkreditan hadiah ke dalam aplikasi MLBB
Antara tarikan utama kempen ini termasuk sistem mata berasaskan jumlah jam tontonan melalui leaderboard, yang membuka peluang kepada peserta untuk memenangi sehingga 4,450 Diamonds in-game serta Skin Chests eksklusif. Peserta juga boleh menikmati penstriman tanpa gangguan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad di Tonton.
Tunggu apa lagi? Ayuh saksikan MPL Malaysia Season 17 di Tonton dan rebut peluang untuk menang ganjaran eksklusif! Untuk maklumat terkini mengenai program kegemaran anda serta kandungan eksklusif, ikuti kami di Facebook, X, TikTok dan Instagram di @tontonmy.



Tu dia.. Hadiah dia kemain..
ReplyDelete