Selepas mencetuskan perhatian menerusi teaser yang meraih jutaan tontonan, kini filem seram thriller tempatan Polong tampil dengan pelancaran poster dan trailer rasmi yang mula dilancarkan hari ini.
Poster ini memberi gambaran lebih mendalam tentang dunia gelap yang menyelubungi Polong, sementara trailer menampilkan visual dipenuhi elemen mistik, legasi dosa silam dan gangguan yang mengheret penonton ke dalam ketakutan yang sukar dijangka.
Berbeza dengan filem seram biasa, Polong dilihat membawa pendekatan yang lebih dekat dengan realiti apabila menggabungkan elemen jenayah dan psikologi. Ramai yang berpendapat bahawa inilah yang membuatkan ia terasa lebih ‘berat’ dan meninggalkan kesan berbeza kepada penonton.
Diarahkan oleh Zulkarnain Azhar dan diterbitkan oleh Golden Star Pictures Sdn. Bhd. (GSPSB), filem ini turut mendapat sokongan pengedaran daripada 10 Star Cinemas Sdn Bhd serta kerjasama pemasaran bersama Primeworks Studios, menampilkan barisan pelakon hebat seperti Mimi Lana, Fad Anuar, Jun Lojong, Namron dan Nadiya Nisaa.
Polong mengisahkan Fatima, seorang wartawan bercita-cita tinggi yang tanpa sengaja membongkar kisah silam seorang bomoh wanita bersiri Maria Hadi, juga pernah cuba menebus dosa di penghujung hayatnya. Namun, pencarian kebenaran itu bukan sahaja mendedahkan jenayah lampau, malah membebaskan sesuatu yang jauh lebih berbahaya, entiti yang pernah dipelihara dan cuba dikawal oleh Maria.
Polong bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 28 Mei 2026.
#Polong #DiaKembali
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.