DATO’ ADI PUTRA DIUJI DENGAN PENGKHIANATAN CINTA? | “Luka Di Hujung Setia” Uji Pengorbanan Isteri & Kesetiaan Suami
Kuala Lumpur, 26 Mei 2026 – Sebuah keputusan yang dibuat demi menyelamatkan keluarga akhirnya membuka ruang kepada keretakan yang tidak pernah dijangka. Luka Di Hujung Setia, drama terbaharu slot Akasia TV3, membawakan kisah penuh emosi tentang seorang isteri dan ibu yang sanggup berhijrah ke ibu kota demi keluarga, namun pengorbanan itu perlahan-lahan mula menggugat rumah tangga yang dibina selama ini.
Merupakan terbitan Country & Universal Sdn Bhd, drama 28 episod ini menampilkan gandingan Dato’ Adi Putra dan Zara Zya sebagai pasangan suami isteri, bersama barisan pelakon lain seperti Irfan Zaini, Cahaya Nilam, Angella Joliey, Puteri Khareeza dan ramai lagi. Luka Di Hujung Setia akan bersiaran mulai 2 Jun 2026, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3.
Dhia (Zara Zya), seorang isteri dan ibu, nekad meninggalkan kampung halaman demi membantu suaminya, Irsyad (Dato’ Adi Putra) yang kehilangan kerja tetap dan kini bekerja sambilan di sebuah ladang sambil menanggung hutang adiknya. Demi memastikan keluarga mereka terus bertahan, Dhia sanggup berjauhan daripada anak dan keluarga buat pertama kali demi mencari kehidupan yang lebih baik.
Dalam masa sama, Irsyad pula merelakan isterinya berhijrah walaupun keputusan itu sedikit demi sedikit mula menguji ketahanan rumah tangga mereka. Namun tanpa diduga, kehidupan Dhia di ibu kota mula berubah apabila dia semakin rapat dengan pengurus projeknya, Faris (Irfan Zaini), yang banyak membantunya ketika berdepan tekanan hidup, tanpa menyedari lelaki itu sebenarnya sudah berkahwin dengan Nuha (Angella Joliey).
Hubungan yang pada awalnya sekadar persahabatan akhirnya bertukar menjadi punca keretakan antara Dhia dan Irsyad. Selepas rumah tangga mereka musnah, Irsyad terpaksa membesarkan anak mereka, Aira, seorang diri di kampung sambil memendam luka yang masih belum sembuh. Dalam pada itu, kehadiran Zulin (Cahaya Nilam), yang banyak membantu menguruskan Aira dan kehidupan Irsyad, perlahan-lahan membuka ruang baharu buat Irsyad untuk meneruskan hidup.
Menurut Dato’ Adi Putra, watak Irsyad hadir dengan cabaran emosi yang tersendiri apabila perlu berdepan situasi rumah tangga yang goyah tanpa ruang untuk benar-benar meluahkan apa yang dirasai. “Irsyad bukan seorang lelaki yang melawan dengan kemarahan. Dia lebih banyak menanggung, memendam dan cuba mempertahankan keluarga walaupun dirinya sendiri terluka. Itu yang buat watak ini sangat berat,” katanya.

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.