PELUANG EKSKLUSIF JUMPA BINTANG DRAMA TV3 DENGAN LEBIH DEKAT!

Friday, 29 May 2026

PELUANG EKSKLUSIF JUMPA BINTANG DRAMA TV3 DENGAN LEBIH DEKAT! | Jom Serbu PBAKL2026 Hujung Minggu Ini! 

Peminat drama dan novel, inilah masa yang anda tunggu-tunggu! TV3 bakal membawakan siri meet & greet eksklusif bersama barisan pelakon popular dan penulis kegemaran anda sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Lebih daripada sekadar pameran buku, PBAKL2026 kali ini menjadi ruang pertemuan apabila dunia novel dan layar kaca bergabung dalam suasana yang lebih dekat dan penuh keterujaan. Pengunjung bukan sahaja dapat bertemu pelakon dan penulis kegemaran secara lebih intimate, malah boleh bergambar, beramah mesra serta menyertai sesi autograf, di samping memberi sokongan kepada karya-karya baharu yang bakal menghiasi slot drama TV3 tidak lama lagi.

Pada 30 Mei (Sabtu), jam 2.00 hingga 4.00 petang, sesi meet & greet bakal dimeriahkan dengan kehadiran barisan pelakon drama Akasia Yes! Captain Zul Aaryan yang akan bersiaran Julai ini, seperti Jazmy Juma, Anna Jobling, Nafiz Muaz, Daniel Fong, Natasha Sass dan ramai lagi di Booth Drama Sangat, Legar Putra, Tingkat 2, selain penampilan khas mereka di Pentas Utama.

Lebih istimewa, peminat turut dapat mendekati penulis novelnya, Wnfhanna, yang akan berada di booth berkenaan sepanjang 30 Mei hingga 1 Jun. Novel Yes! Captain Zul Aaryan terlebih dahulu mencetuskan fenomena di platform Wattpad dengan meraih lebih 2.48 juta bacaan sebelum diterbitkan dalam bentuk fizikal dan kini diadaptasi ke drama.

Manakala pada 31 Mei (Ahad), pengunjung boleh meluangkan masa bersama barisan pelakon drama Lestary Anom Suraya yang juga akan ditayangkan pada Julai ini, iaitu Daiyan Trisha, Idris Khan dan Yusuf Bahrin menerusi sesi istimewa dari jam 6.00 hingga 7.00 petang di booth, sebelum mereka tampil di Pentas Utama dari jam 8.00 hingga 9.00 malam. Turut hadir ialah penulis novel asalnya, Dr. Samsiah Mohd Nor, yang juga merupakan ibu kepada Daiyan Trisha sendiri.

Selain dua drama tersebut, pengunjung PBAKL2026 juga bakal disajikan dengan pelbagai penampilan istimewa di Booth Drama Sangat. Antaranya termasuk Nabil Aqil dan Alya Iman menerusi drama Fathi Gabrielle; Sophia Albarakbah, Rita Rudaini dan Shahz Jaszle daripada Jiwa Seorang Pentaksub; Lorenzo Irmann dan Arfie Shah daripada Neraka Yang Terhijab; serta Imran Aqil dan Ariana Yusof daripada drama bersiri mikro baharu Offside Husband. Turut memeriahkan booth ialah wajah Tonton yang pastinya menambahkan lagi keterujaan pesta buku.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan ini! Jom datang beramai-ramai ke PBAKL2026 di WTCKL dan rasai sendiri momen bertemu bintang kegemaran anda dengan lebih dekat dalam suasana yang penuh happening dan mengujakan!

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.