HARGAI SETIAP DETIK AIDILADHA BERSAMA YANG TERBAIK DARIPADA ASTRO | Kandungan istimewa penuh penghayatan dan hiburan bermakna pada Aidiladha ini untuk seisi keluarga
Kuala Lumpur, 21 Mei 2026 – Astro, selaku peneraju industri hiburan di Malaysia, tahun ini teruja menyambut kehadiran Aidiladha 1447 Hijrah, mempersembahkan barisan kandungan istimewa yang menyentuh hati, sarat nilai kemanusiaan serta penuh hiburan berkualiti untuk seisi keluarga. Mengangkat tema kesyukuran, kebersamaan dan pengorbanan, penonton boleh menikmati pelbagai program menarik merangkumi hiburan, konsert, telefilem, filem pecah panggung serta program informasi khas bermula 20 Mei di setiap saluran Melayu Astro. Antara yang boleh dinikmati bersama seisi keluarga, termasuk:
Program Istimewa Aidiladha Penuh Informasi & Inspirasi
- Khabar Haji 2026: Bermula 20 – 29 Mei 2026, jam 7.30 malam di Astro Oasis (Saluran 106) & Astro Awani (Saluran 501): Khusus buat penonton yang ingin mengikuti perkembangan ibadah haji, Khabar Haji 2026 tampil sebagai program berita dan hal ehwal semasa khas sempena musim Haji 1447 Hijrah. Dikendalikan oleh Mualim Muda Musim 1, Anas dan Ashraf, program ini membawakan laporan langsung dari Tanah Suci Mekah bersama koresponden AWANI, Essan Yahya dan Hilal Azmi, dan hos di studio, Mualim Muda Anas & Mualim Muda Ashraf, menyajikan liputan menyeluruh, tepat dan menyentuh emosi mengenai perjalanan spiritual jemaah haji.
- MeleTOP Aidiladha Istimewa: Pada 26 Mei 2026, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104): Episod khas yang mengangkat semangat Aidiladha dengan pengisian penuh makna. Istimewanya, program ini membawakan alunan takbir eksklusif daripada barisan ustaz, mualim muda, dan selebriti lelaki. Selain persembahan meriah, penonton turut disajikan dengan sorotan tawaran menarik Aidiladha di Astro antaranya telefilem menyentuh nilai kekeluargaan dan pengorbanan.
Himpunan Konsert Istimewa Legenda Nasyid Tanah Air
- Konsert Intifada Rabbani: Pada 26 Mei 2026, jam 11 malam di Astro Ria (Saluran 104) & Astro Oasis (Saluran 106): Astro turut mempersembahkan tiga konsert nasyid eksklusif yang sarat dengan mesej dakwah, keinsafan dan penghayatan spiritual, menampilkan kumpulan nasyid legenda tanah air, Rabbani. Konsert ini bakal membawa penonton mengimbau nostalgia menerusi alunan lagu-lagu penuh inspirasi yang mengangkat nilai keimanan, perpaduan, perjuangan dan ketabahan yang dekat di hati masyarakat. Konsert ini menjanjikan pengalaman yang menyentuh jiwa melalui gabungan persembahan muzik secara langsung, visual penceritaan yang mendalam serta interaksi bersama penonton, diiringi lagu-lagu malar segar seperti Intifada, Pergi Tak Kembali dan Iman Mutiara yang terus kekal relevan dan dekat di hati rakyat Malaysia merentasi generasi.
- This Is UNIC: Live in Concert: Pada 28 Mei 2026, jam 9 malam di Astro Oasis (Saluran 106): Sebuah konsert istimewa yang mengangkat perjalanan seni UNIC daripada titik permulaan, era kegemilangan, liku perjuangan hingga kematangan yang dikecapi hari ini. Konsert ini menggabungkan persembahan muzik secara langsung, visual penceritaan dan perkongsian reflektif daripada para artis, membawa penonton menyusuri nostalgia, inspirasi dan makna di sebalik perjalanan mereka.
- Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun: Pada 30 Mei 2026, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) Astro Oasis (Saluran 106): Meraikan perjalanan 25 tahun kumpulan Inteam dalam menyampaikan mesej Islam melalui muzik, konsert ini memaparkan evolusi seni mereka, daripada permulaan hingga ke kematangan, dengan tema kasih sesama insan, nilai kekeluargaan, cinta kepada Rasulullah SAW serta hubungan dengan Allah SWT. Dengan kualiti audiovisual tinggi dan susunan muzik istimewa, ia menjadi sebuah pengalaman yang menyentuh jiwa dan merapatkan hubungan sesama penonton.
Koleksi Telefilem Aidiladha Penuh Warna & Emosi
- Pakwa Bonda Letop: Pada 27 Mei 2026, jam 10 malam di Astro Ria (Saluran 104): Istimewa buat penggemar hiburan santai, Astro membawakan sebuah telefilem kekeluargaan yang dibintangi oleh pelawak handalan Achey, Namie dan Shashic sebagai tiga adik-beradik tiri yang terlalu melindungi bonda mereka, lakonan sulung Nonna Ejie. Mereka nekad mensabotaj hubungan bonda dengan seorang lelaki muda lakonan pendatang baharu Areef Amran yang diragui niatnya. Namun apabila rancangan mereka mencetuskan kekecohan di luar kawalan, mereka akhirnya terperangkap dalam permainan sendiri hingga hampir memusnahkan hubungan kekeluargaan. Telefilem ini turut dimeriahkan dengan lakonan hebat Pak Ya, Mia Nasir dan ramai lagi.
- Ops Bapak-Bapak Naik Haji: Pada 29 Mei 2026, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105): Sebuah kampung yang tenang mulai menjadi kecoh apabila tiga sahabat lama Tok Jalal, Pak Mus dan Roy tiba-tiba dapat peluang untuk pergi menunaikan haji, satu peluang yang memang semua orang pandang tinggi. Orang kampung semua tumpang gembira, tetapi sebaliknya dengan mereka yang sebelum ini bermusuhan akibat satu kejadian. Masing-masing ingin bersaing untuk menjadi bakal Haji yang paling menyerlah. Dibutakan oleh ego dan keinginan untuk menebus kesilapan, mereka sanggup mengorbankan seluruh simpanan hidup, hanya untuk menyedari kebenaran yang memilukan sebelum perjalanan itu sempat bermula. Akhirnya mereka menyedari permusuhan itu membuatkan mereka berdepan dengan kebenaran yang sangat menyakitkan. Lakonan Dato' Jalaluddin Hasan, Aziz M.Osman, Roy Azman, Ropie dan ramai lagi.
Filem Blockbuster Pilihan Ramai di Pawagam Rumah Anda
- Don Dukun, 31 Mei 2026, jam 7 malam di Astro Ria (Saluran 104): Astro membawakan “Don Dukun”, sebuah filem komedi-seram tentang seorang bomoh ‘influencer’ media sosial yang terpaksa berdepan kuasa gelap sebenar.
- Baik Punya Ah Long, 27 Mei 2026, jam 12 tengah hari di Astro Prima (Saluran 105): Kisah dua beradik yang cuba membina perniagaan pinjaman wang sambil berdepan cabaran daripada musuh yang berbahaya.
Tayangan Filem Tempatan Terbaharu di Astro First
- Duyung: Legend Aurora, 21 Mei 2026: Astro First membawakan sekuel yang dinanti-nantikan dengan menyaksikan kemunculan semula Puteri Duyung lakonan Maya Karin. Filem ini mengisahkan usaha Jimmy untuk membantu menyelamatkan Aurora selepas ditangkap oleh Kumpulan pukat tunda haram dan dilelong kepada seorang saintis misteri, Dr Evo. Sarat dengan elemen fantasi, pengembaraan dan nostalgia, filem ini turut menampilkan Anna Jobling, Saiful Apek dan Datuk Yusry Abdul Halim dalam sebuah kisah penuh dramatik dan visual memukau. Sebagai tawaran Istimewa, Astro First turut menawarkan pakej Kombo Duyung yang menggabungkan Duyung: Legenda Aurora dan filem Duyung (2008) pada harga RM 19.90.
- Mikael: Pemburu Dua Alam, 4 Jun 2026: Menggabungkan aksi, komedi dan elemen supernatural, filem ini mengikuti kisah Mikael, seorang anggota polis yang juga pemburu jin, dalam membongkar siri pembunuhan ngeri di sebuah pekan kecil. Penyiasatan tersebut membawanya berdepan ancaman makhluk ghaib dan pertarungan akhir yang bakal menentukan nasib dunia.
- The Super Mario Galaxy Movie: Pada 25 Mei 2026: Astro turut membawakan akses awal eksklusif kepada The Super Mario Galaxy Movie, sebuah pengembaraan galaksi penuh warna yang mengikuti Mario dan Luigi menjelajah dunia baharu bersama Yoshi sambil berdepan ancaman daripada Bowser Jr. dan watak-watak ikonik lain termasuk Rosalina.
- Lee Cronin’s The Mummy, 22 Mei 2026: Daripada pengarah terkenal Lee Cronin hadir sebuah interpretasi baharu The Mummy yang lebih gelap dan mendebarkan. Bermula 22 Mei 2026, filem ini mengisahkan kehilangan misteri seorang kanak-kanak di padang pasir sebelum kemunculannya semula lapan tahun kemudian mencetuskan mimpi ngeri buat keluarganya.
- Michael, 9 Jun 2026: Sebuah bipik epic mengenai Raja Pop Dunia, Michael menampilkan kisah intim Michael Jaclson menerusi arahan Antoine Fuqua dan penulisan John Logan. Dibintangi Jaafar Jackson sebagai Michael Jackson, file mini turut menampilkan Colman Domingo, Miles Teller dan Kat Graham dalam sebuah karya yang dihangka menjadi antara tayangan paling dinanti tahun ini yang akan bermula pada 9 Jun 2026.
Raikan Aidiladha Bersama Kandungan Astro Audio Penuh Makna
- ZAYAN: Sempena Aidiladha tahun ini, ZAYAN mengajak pendengar menghayati semangat pengorbanan dan kebersamaan menerusi sebuah pengembaraan bermakna dari hati Sabah. Bersama penyampai Anas Tahir, pendengar dibawa menyelami pengalaman Aidiladha yang unik di Semporna, Sabah, sebuah lokasi yang kaya dengan tradisi, nilai komuniti dan kesyukuran. Dengan kerjasama Komuniti Dakwah Tarbiah (KDT), inisiatif istimewa ini mengetengahkan keindahan berkongsi rezeki, mengeratkan silaturahim dan semangat kebersamaan dalam komuniti setempat. Daripada persiapan ibadah korban hinggalah kemeriahan aktiviti komuniti, Anas turut berkongsi kisah-kisah menyentuh hati yang mencerminkan makna sebenar Aidiladha.
- THR GEGAR: Pendengar boleh menikmati “Playlist Pengorbanan”, sebuah segmen muzik khas selama satu jam yang menampilkan lagu-lagu bertemakan pengorbanan, kasih sayang dan penghargaan, diselitkan dengan perkongsian kisah benar daripada para pendengar. Di platform digital pula, “Kapsul Aidiladha bersama Ustaz Zarifi” menyajikan video pendek berinformasi mengenai pengertian Aidiladha, konsep pengorbanan dan keikhlasan dalam ibadah. Menambahkan elemen santai dan menghiburkan, “BPG Masak Singgang Daging” membawa pendengar menyaksikan pengalaman penyediaan hidangan tradisional Pantai Timur yang sinonim dengan Aidiladha, sekali gus melengkapkan sambutan penuh bermakna buat warga THR Gegar.
- SINAR: Bersempena sambutan Aidiladha kali ini, SINAR membawakan pengalaman istimewa menerusi program Lapah Korban bersama Agrobank. Pendengar berpeluang merasai sendiri pengalaman melapah korban bersama barisan GenSINAR Pagi iaitu Roy Azman, Sharifah Shahirah dan Hefny yang berlangsung di Tanjung Karang. Kerjasama julung kali antara SINAR dan Agrobank ini bertujuan memeriahkan lagi sambutan Aidiladha dengan pengisian yang lebih bermakna melalui aktiviti ibadah korban. Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada pendengar mendekati penyampai SINAR, malah turut mengeratkan ukhuwah antara pihak penganjur, komuniti setempat dan orang ramai dalam semangat kebersamaan serta gotong-royong.
Rangkaian kandungan Aidiladha Astro ini menjanjikan pengalaman tontonan yang bukan sahaja menghiburkan, malah menyentuh hati dan memperkukuhkan nilai kekeluargaan serta keimanan. Langgan Pek Entertainment Astro One berserta Netflix bermula RM74.90/sebulan* atau pilih Pek Sports Astro One beserta Netflix bermula RM94.90/sebulan*. Strim senang hati, hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga. Pelanggan yang berminat boleh layari astro.com.my atau hubungi Astro menerusi WhatsApp di 03 9543 3838.







.jpg)
.jpg)





Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.