Movie Review | Scream 7 (2026)

Sunday, 31 May 2026

  

Pengarah: Kevin Williamson  
Penulis Skrip: Kevin Williamson, Guy Busick 
Pelakon: Neve Campbell, Courteney Cox, Isabel May, Roger L. Jackson, Jasmin Savoy Brown, 
Mason Gooding, Joel McHale, Sam Rechner, Matthew Lillard   
Syarikat Produksi: Paramount Pictures, Outerbanks Entertainment, Project X Entertainment  
Pengedar: Paramount Pictures
Genre: Slasher / Misteri / Thriller
Durasi Tayangan: 114 minit
Tarikh Tayangan: 25 Februari 2026
Trailer:

Filem bermula dengan pasangan kekasih yang menempah Macher Residence untuk bermalam di sana sepanjang hujung minggu. Namun percutian mereka bertukar tragedi apabila mereka dibunuh oleh Ghostface lalu rumah tersebut dibakar oleh Ghostface. Kejadian tersebut menimbulkan pertanyaan yang pernah dibincangkan dalam Scream VI (2023) adakah Stu Macher benar-benar sudah meninggal dalam Scream (1996).

Sidney Prescott yang kini selesa dengan nama Sidney Evans (Neve Campbell) mendapat panggilan dari Stu Macher (Matthew Lillard) yang mengugut ingin membalas dendam terhadap Sidney dan anak perempuannya, Tatum Evans (Isabel May). 


Kehadiran Stu buatkan Sidney kembali paranoid dan mengawasi pergerakan Tatum sampai anak dia naik rimas. Disebabkan pembunuhan yang berlaku di situ, Gale Weathers muncul bersama Mindy Meeks-Martin (Jasmin Savoy Brown) dan Chad Meeks-Martin (Mason Gooding) yang menjadi pelatih untuk jurnalis. 

Setelah konflik yang berlaku ketika penggambaran Scream VI (2023), Kevin Williamson pujuk Neve Campbell untuk kembali berlakon sebagai watak utama dalam Scream 7. Neve pula pujuk Kevin untuk berada di bangku pengarah. Patutnya dua-dua tak perlu pujuk each other sebab instalment terbaru ni juga mempunyai skrip yang lemah. 


Sama seperti sebelumnya, Chad dan Mindy tak belajar dari kesilapan bila berkumpul di bar yang mereka tak tahu keselamatannya walaupun kedua-dua watak dah seriau kena tikam. Mindy dan Chad tak dapat banyak screentime berbanding sebelumnya sebab Kevin lebih fokus pada relationship dan konflik keluarga Evans. 

Dalam Scream 5 (2022), perbualan antara Sidney dan Dewey ada sebut tentang Mark. Masa tu ingatkan Sidney berkahwin dengan Detektif Mark Kincaid (Patrick Dempsey) rupanya Detektif Mark Evans. Kalau ikutkan, pengarah Scream 5 (2022) dan Scream VI (2023) iaitu Matt Bettinelli-Olpin dan Tyler Gillett nak bawa masuk Patrick balik tapi tarikh tak cun. Tahun 2025 pula rumah Patrick di Malibu terbakar jadi production team terpaksa cipta watak baru. 


Scream 7 mempunyai reference kepada instalment sebelumnya dengan masukkan babak Ben masuk ke bilik Tatum melalui tingkap. Watak ketiga dalam franchise Scream yang buat macam tu selepas Billy Loomis dalam Scream (1996) dan watak Trevor Sheldon menyelinap masuk untuk bertemu dengan Jill Roberts dalam Scream 4 (2011). Masa tengok babak Ben masuk ikut tingkap dah syak dia adalah pengganti Billy tapi lepas dah tengok 6 filem Scream, tak mungkin Ben pembunuhnya sebab suspek awal tak pernah jadi Ghostface. 


Lepas Scream 5 (2022), watak Tatum Riley sekali lagi disebut dalam Scream 7 bila Sidney namakan anak sulung dia Tatum sebagai tanda kenangan kepada persahabatan mereka berdua dalam Scream (1996). Walaupun pembunuhan Tatum antara yang ngeri dalam franchise Scream tapi watak Tatum antara watak yang berani dan disukai. Babak Sidney dan Tatum bergaduh pasal jaket kulit tu pun jadi reference untuk Scream 2 (1997) bila Sidney pakai di Kolej Windsboro. 


Watak antagonis dalam Scream 7 senasib dengan Scream 3 (2000) dan Scream VI (2023) bila tampil lemah sebagai Ghostface. Alasan untuk mengganggu Sidney dan keluarganya juga merepek tapi lagi merepek lah bila Sidney sendiri terlampau nak jaga anak sampai lupa nak buat background check semua jiran di situ. Dah kagum dengan kawalan keselamatan yang dia bina dalam rumah tapi masa Ghostface datang lah masa tu nak renovate rumah. 

Tak pasti kenapa Samantha dan Tara Carpenter hilang tanpa jejak dalam Scream 7 padahal dah jadi watak utama untuk dua instalment. Jenna kata nak fokus dengan franchise Wednesday tapi alasan dia tak kuat pun untuk dia keluar tanpa berita dari franchise Scream. 


Scream 7 ada pembunuhan yang menarik seperti apa yang terjadi atas pentas teater tapi panggilan ikonik Ghostface tak banyak dalam instalment terbaru dan buatkan elemen thriller agak kurang menyengat. Tak pasti akan ada Scream 8 atau tak tapi harapnya produser cari penulis dan pengarah yang lebih baik. By the way I amabil keputusan yang tepat untuk layan Scream dari awal sebab setiap instalment ada meta reference yang sangat kuat hingga ke instalment terbaru.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.4 = 6.7/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.