Seperti tahun-tahun sebelumnya, Urvashi Rautela, the Miss Universe legend yang akan merasmikan hari pertama Filem Festival Cannes. Tahun ni tak ada pula airport looks Urvashi, know know arrive. Know know dah berjalan dekat karpet merah.
1. Opening Festival
Outfit pertama Urvashi adalah custom couture dari JoliPoli untuk tayangan perdana filem La Venus Electrique. Persalinan khas yang direka oleh pereka fesyen Vietnam menggunakan sulaman kristal dan manik untuk menghidupkan kesan fairytale dan dreamy kepada si pemakai. Gabungan warna lavender cerah dan silver menguatkan lagi elemen magis pada persalinan tersebut.
Hiasan utama pada bahagian korset dan di bahagian leher menggunakan motif rama-rama dan swirling sculpture. Hiasan di bahagian bahu pula menggunakan motif rama-rama bertindih sesuai dengan posisi di bahagian tersebut. Dress berwarna lavender cerah ini ditemani oleh shoulder drape diperbuat dari material organza yang sarat dengan juraian sulaman kristal.
Urvashi tampil memukau dengan perhiasan di kepala dan clutch berbentuk carousel dan perhiasan lain seperti anting-anting berjurai dan bangle dipenuhi dengan kristal. Menambahkan lagi elemen dramatik pada penampilan pertama, eyeliner tebal berwarna silver dipadankan dengan nude makeup dan lipstick.
Outfit pertama Urvashi sama dengan pelakon Soniya Bansal tapi rasanya dia purchase sendiri dekat butik Joli Poli sebab gambar dia tak masuk dekat feed butik pun. Walaupun cantik dia pakai tapi lagi suka Urvashi punya sebab ada headpiece menarik dan lebih bergaya.
2. Sparkling Pearl
Penampilan kedua Urvashi sekali lagi memukau dalam persalinan berwarna nude dari butik Tasmim Zobaear untuk tayangan perdana filem Fatherland arahan Paweł Pawlikowski. Seluruh bahagian disulam dengan mutiara dan manik untuk menonjolkan ilusi dreamy. Outfit Urvashi yang dirias oleh Komal Ehsan mempunyai 3 bahagian di mana bahagian atas menggunakan konsep halter neck dengan penggunaan manik yang lebih gelap mencipta sempadan di antara bahagian utama.
Bahagian belakang atau long train menggunakan kain yang lebih lembut dan dihiasi oleh manik juga mutiara yang sama pada bahagian baju di bahagian hadapan. Urvashi menggunakan perhiasan dari Amayra Jewels. Melengkapkan gaya dengan clutch berbentuk tiara yang dipakai oleh Princess Diana dari butik Judith Leiber.
Make-up berona coklat perang dan hairstyle ponytail tinggi dan sedikit curl menjadikan Urvashi tampil elegan dan menawan di persisiran French Riviera.
3. Gold Chinkari
Penampilan ketiga Urvashi menjadi bualan kerana seakan sama dengan sari rekaan khas Abu Jani Sandeep Khosla yang dipakai oleh Gigi Hadid ketika majlis perasmian Nita Mukesh Ambani Cultural Centre tahun lepas.
Urvashi mengenakan sari berona putih dan emas dari Mihir Designer studio untuk tayangan perdana El Ser Querido arahan Rodrigo Sorogoyen. Tak pasti kenapa Urvashi dan Komal Ehsan pilih beg berbentuk pokok di dalam baldi sebab nampak tak padan dengan outfit utama.
Make-up pun tone down banyak dari penampilan-penampilan sebelumnya. Macam tergesa-gesa nak berjalan dekat karpet merah pun ye jugak. Antara penampilan Gigi dengan Urvashi, dah tentulah Gigi menang sebab Indian vibe lebih terserlah dengan chinkari yang lebih halus pembuatannya dan bangle berona emas dan susunan drape yang lebih kemas.
4. Silver Studded
Urvashi mengenakan dress dari butik Qirat berwarna silver diselangi organza hitam pada bahagian skirt untuk majlis makan malam anjuran Chopard. Bahagian atas direka seakan korset dengan tali bersaiz besar di bahagian belakang untuk kesan vintaj.
I'm not a fan untuk bahagian skirt sebab nampak messy bila berselang-seli antara material utama dan organza. Juraian kain di bahagian bawah lagi mencacatkan pandangan. Kali ni Urvashi lebih selesa dengan clutch yang ringkas berwarna perak.
5. Glitter and Feathers
Disebabkan tak ada gambar rasmi, terpaksa lah letak reels dari akaun rasmi Urvashi sendiri. Tak faham kenapa gambar tak keluar lagi padahal outfit ni cantik juga. Sesuai lah dengan imej Urvashi yang menggoda dan menawan.
Outfit dari butik Joli Poli sekali lagi menjadi pilihan Urvashi untuk diperagakan pada majlis makan malam Amfar yang dianjurkan oleh Chopard di Hôtel du Cap-Eden-Roc. Hugging dress dari koleksi pengantin 2025-2026, Pantheon Aurorae yang sarat dengan manik kristal di bahagian korset menjadi perhatian utama sementara manik di bahagian hujung skirt menjadi pelengkap gaya yang penuh drama dan elegan.
Persalinan ini ditemani oleh cape yang sarat dengan bulu pelepah berona putih dan juga clutch berbentuk Espresso Martini rekaan popular Judith Leiber. Sharp wing eyeliner dan bold make-up dipadankan dengan bun tinggi berbentuk reben mini bersama juntaian curl menampilkan penampilan terakhir yang memukau.
Keseluruhannya, Urvashi tampil menawan sepanjang berada di Cannes kecuali penampilan ketiga. Tak pasti lah apa yang jadi pada hari kejadian tapi dia berjaya menjadi sebutan sebagai diva nombor satu Bollywood.








Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.