Cinta Kedua terus mencuri perhatian apabila berjaya merekodkan lonjakan lebih 40% jumlah penstriman serta peningkatan lebih 50% masa tontonan (watch time) pada minggu kedua tayangan berbanding minggu pertama. Prestasi memberangsangkan itu sekali gus meletakkan siri ini sebagai antara 3 drama paling banyak distrim di platform Tonton sejak mula ditayangkan pada 20 April lalu, dengan momentum tontonan yang terus meningkat dari minggu ke minggu.
Pertembungan emosi, cinta dan rahsia keluarga dalam Cinta Kedua terus membawa penonton hanyut dalam perjalanan hidup Bella Ammara dan Daniel Rizki. Dibintangi Hafidz Roshdi, Raden Zaharatul dan Syarul Ezani, drama 28 episod ini mengangkat kisah seorang wanita bernama Ammara (Raden Zaharatul) yang cuba membina semula hidupnya selepas diceraikan dengan talak tiga, sebelum dipertemukan semula dengan lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya, Rizki (Hafidz Roshdi) pada waktu yang paling tidak dijangka.
Memasuki separuh kedua tayangan, drama ini kini bergerak ke fasa penceritaan yang lebih emosional dan sukar dijangka. Selepas dipertemukan semula oleh takdir, mampukah Ammara membuka kembali ruang di hatinya untuk Rizki? Atau rahsia yang masih tersembunyi bakal memusnahkan segalanya sebelum cinta mereka sempat bersatu?
Seperti luka yang belum benar-benar sembuh, kisah Ammara dan Rizki juga mungkin jauh dari penghujungnya. Jangan lepaskan pengakhiran kisah ini yang bersiaran secara eksklusif di Tonton, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 12.00 tengah malam.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti Tonton di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram @tontonmy.

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.