KUALA LUMPUR, 14 Mei 2026 – Astro, peneraju kandungan dan hiburan di Malaysia, kini menawarkan nilai berganda menerusi pakej Astro One untuk pelanggan baharu dan sedia ada menikmati kandungan kegemaran mereka merangkumi hiburan, siaran langsung sukan dan penstriman — semuanya dalam satu pengalaman yang lebih mudah dan lancar. Direka untuk semua pelanggan, pakej ini merangkumi akses kepada perkhidmatan hiburan global terkemuka, Netflix, serta akses kepada Astro GO untuk penstriman bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua peranti secara serentak. Pelanggan juga akan menerima akses percuma kepada Pek Blockbuster serba baru.
Bermula 1 Mei 2026, pelanggan yang melanggan Pek Entertainment atau Pek Sports Astro One boleh menikmati harga promosi istimewa bernilai RM74.90 dan RM94.90 masing- masing. Tawaran ini memberikan akses kepada Netflix serta akses percuma kepada Pek Blockbuster selama 24 bulan tanpa caj tambahan. Pek Blockbuster membawakan empat saluran filem dan hiburan baharu iaitu Astro Showtime (CH 411), Astro FAM Time (CH 412), Rock Action (CH 414) dan Rock X Stream (CH 415).
Sila rujuk jadual di bawah untuk maklumat harga:
Dengan lebih banyak ciri disertakan dalam kedua-dua pek, pelanggan boleh menikmati pelbagai kandungan hiburan, drama dan siaran langsung sukan di Astro. Peminat rancangan realiti dan hiburan boleh menonton judul terbaharu serta akan datang seperti Talk To My Manager (Musim 2) dan Singer 2026 – Malaysia (tayangan bermula 30 Mei). Peminat drama pula boleh menikmati siri seperti Isteri Rahsia Ungku Jabbar serta drama Tamil baharu Thural yang akan mula ditayangkan pada 13 Mei. Barisan kandungan turut diperkukuh dengan Astro Originals Good Boys Go To Heaven serta siri drama Cina baharu Lie To Love.
Peminat sukan juga boleh menyaksikan pelbagai acara langsung utama termasuk MotoGP World Championship, Wimbledon Championships, Premier League, AFC Champions League, UEFA Champions League, La Liga, Bundesliga, BWF Malaysia Masters, SUKMA Selangor dan 2026 Asian Games. Kesemua rancangan ini boleh ditonton di rumah atau ketika dalam perjalanan melalui Astro GO.
Bagi melengkapkan lagi pengalaman tontonan, Netflix menawarkan pelbagai pilihan kandungan bertaraf dunia yang mendapat pengiktirafan global, termasuk filem dan siri yang menjadi bualan ramai. Pelanggan boleh menantikan tayangan seperti Avatar: The Last Airbender Musim 2 yang akan ditayangkan pada 25 Jun, bersama The WONDERfools, drama komedi Korea lakonan Park Eun-bin dan Cha Eun-woo, serta Swapped, filem animasi pengembaraan fantasi komedi yang menampilkan Michael B. Jordan.
Tawaran ini tersedia untuk pelanggan baharu dan sedia ada yang melanggan Pek Entertainment atau Pek Sports Astro One sepanjang tempoh promosi. Pelanggan baharu akan memulakan kontrak baharu selama 24 bulan selepas pengaktifan, manakala pelanggan sedia ada yang layak dan menaik taraf atau menukar pakej semasa mereka juga boleh menikmati tawaran ini, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
Pelanggan boleh melanggan tawaran ini melalui Astro Authorised Experience Partners, kiosk premium, booth mudah alih, semua saluran jualan Astro, atau menghubungi Astro melalui panggilan telefon atau WhatsApp di +603 9543 3838. Untuk maklumat lanjut, layari promotions.astro.com.my.
*Promosi adalah untuk tempoh terhad sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.

tak sabar nak tunggu Avatar: The Last Airbender musim 2 tu..
ReplyDelete