TAPAK TRUNK | Carbooth Sale @ Subest

Monday, 4 May 2026


Bila tengok banner ni baru perasan rupanya Tapak Trunk ni Sabtu dan Ahad sahaja sebab masa pengumuman awal lepas raya haritu, dia bagitahu Jumaat sampai Ahad. Sebelum ni dah pernah datang menjenguk apa yang ada dekat sini tapi masa tu awal sangat pergi jam 6.30 petang. Kitorang beli dessert je dekat tapak carbooth sale Subest ni.

So kitorang decide untuk pergi lagi kali kedua tapi lambat sikit dari sebelumnya. Lepas Maghrib dalam pukul 8.15 macam tu dah sampai dekat Tapak Trunk tapi tak ada lah banyak beza pun. Sikit sangat yang jual barang dan selebihnya bahagian makanan. 



Ada nasi goreng daging salai atau nasi impit goreng, pasta, puding, matcha, popia, jus oren macam tu. Dekat bahagian tengah ada meja untuk pengunjung makan tapi tak banyak pun diorang buka dalam 3 buah meja macam tu. 

Kitorang plan nak makan dekat sini tapi meja dia macam tak sesuai untuk kitorang. Macam boleh lenguh kaki jugak kalau lepak situ. So kitorang pergi makan dekat restoran. Dah habis makan, datang balik pun tak lah berubah banyak pun. Gerai makanan masih lagi sama. 

Bergerak ke belakang sikit ada trek lumba kereta. Sebelum makan tu abang yang jual tu yang main sorang-sorang. Lepas Isyak, dah ada geng berlumba dah. 


Berhadapan dengan khemah trek lumba kereta ni ada mini petting zoo tapi tak berani nak masuk sebab geli dengan reptilia yang ada. Kalau tak ada ular mungkin dah masuk main dengan arnab sebab semua arnab dia comel. Harga tiket RM8.00 sekali masuk dan boleh pegang semua haiwan yang ada. 



Selain mini petting zoo dengan trek lumba kereta, ada ruang menembak kuntuk kanak-kanak dan gerai bubbles. Kalau bawa anak-anak menarik lah juga sebab ada banyak aktiviti sementara tunggu kaum wanita cuci mata. 

Sebelum balik menyinggah dekat kawasan yang jual barang preloved atau baru. Ada booth jual perhiasan dengan harga murah. 3 items RM10 sahaja. Ada yang jual kasut serendah RM7 hingga ke atas. Ada perfume, sticker, ada baju preloved dan ada juga peniaga yang jual pampers dan sanitary pad harga kilang. 



Sekarang ni masih tak banyak lagi gerai yang menjual barang sebab ramai lagi tak tahu kewujudan Tapak Trunk. Sebelum covid-19 dulu carbooth dekat Subest antara yang meriah, lagi meriah dari Kota Damansara tapi tak tahu kenapa lama sangat ambil masa untuk hidupkan balik carbooth sale ni. 

Hopefully minggu yang mendatang makin ramai lah peniaga dan pengunjung yang join Tapak Trunk ni. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.