Pengarah: Wes Craven
Penulis Skrip: Kevin Williamson
Pelakon: David Arquette, Neve Campbell, Courteney Cox, Matthew Lillard, Rose McGowan, Skeet Ulrich, Drew Barrymore
Syarikat Produksi: Woods Entertainment
Pengedar: Dimension Films
Genre: Slasher
Durasi Tayangan: 111 minit
Tarikh Tayangan: 18 Disember 1996 (Los Angeles), 20 Disember 1996 (United States)
Trailer:
Cadangnya nak tengok Scream 7 tapi baru teringat tak pernah layan lagi franchise Scream. Macam tak best pula kalau tengok yang terbaru tanpa tahu premis asal macam mana. Tak susah pun nak cari filem Scream yang lama, mungkin sebab yang terbaru ni keluar.
Berlatarkan pekan kecil bernama Woodsboro di California, seorang pelajar sekolah, Casey Becker (Drew Barrymore) terima panggilan dari lelaki asing. Perbualan mereka tentang filem seram bertukar tragedi apabila teman lelakinya, Steve Orth (Kevin Patrick Walls) diikat di kerusi berhadapan kolam renang rumahnya. Kalau Casey salah jawab, nyawa Steve jadi taruhan.
Casey cuba bertenang dan jawab tentang pembunuh dalam filem Friday the 13th tapi jawapan dia tak diterima lantas menyebabkan perut Steve terburai dan mati dengan ngeri. Gerun dengan situasi tersebut, Casey cuba lari keluar dari rumah tapi Ghostface lagi laju menyerang. Casey diheret dalam keadaan berlumuran darah dan digantung di pokok besar di laman rumahnya.
Keesokan harinya, berita pembunuhan Casey dan Steve menjadi topik utama media. Sydney Prescott (Neve Campbell) terkesan dengan berita tersebut kerana Casey adalah rakan sekelasnya. Dia pun belum lagi move on dari tragedi pembunuhan ibunya sendiri. Gale Weather (Courteney Cox), wartawan terkenal cuba mendapatkan berita eksklusif dari Sydney tapi gagal.
Sydney ditinggalkan bersendirian kerana Neil perlu menghadiri kursus di luar kawasan. Sydney terlelap sementara menunggu rakannya, Tatum Riley (Rose McGowan) datang jemput pada jam 7 petang. Tak lama kemudian dia terima panggilan dari Ghostface namun dia sempat selamatkan diri. Teman lelakinya, Billy Loomis (Skeet Ulrich) datang tepat pada waktunya tapi sebuah telefon satelit terjatuh dari poket seluarnya. Sydney terus membuat laporan polis yang mengesyaki Billy adalah Ghostface.
Masa tengok filem Scream ni macam tak sangka sangat Drew Barrymore antara yang awal mati dibunuh padahal muka dia ada dekat poster. Mungkin sebab watak dia solid walaupun muncul cuma sekejap dan babak dia tinggalkan impak yang kuat sebagai introduction scene. Disebabkan babak dia, rasa ngeri bila tinggal seorang diri di rumah.
Tak sangka juga jalan cerita Scream ni menarik walaupun genre slasher yang gore tambah pula kebanyakan watak adalah remaja. Filem Scream adalah tribute kepada beberapa filem seram popular era lama macam nama watak utama, Billy Loomis pun diambil dari watak Dr. Samuel Loomis dalam filem Halloween (1978), Sam Loomis dari filem Psycho (1960) dan Billy Lenz dari filem Black Christmas (1974). Ada juga watak janitor bernama Freddy yang diambil dari filem Nightmare on Elm Street (1984) dengan baju belang merah dan hijau.
Penceritaan bergerak laju dengan kejutan demi kejutan sama ada dari Ghostface ataupun jumpscare yang tak disengajakan. Musik latar dari Marco Beltrami sangat mainkan peranan, nak pula audio zaman 90s memang bingit, senang sangat terkejut bila ada babak saspens.
Masa pengarah reveal siapa Ghostface rasa macam tak boleh terima sebab watak tu tak disangka langsung. Geleng kepala bila dia kata ‘peer pressure’ padahal boleh sangat terpengaruh untuk benda lain. Zaman tak ada internet pun boleh tahan mencabar kes anxiety dia.
Dekat hujung filem ada pan wide shot tunjuk kedudukan rumah beberapa watak di pekan tu. Jarak antara rumah ke rumah memang sangat jauh, tak hairan lah kalau ada pembunuh bersiri tengah naik hantu, tak ada orang boleh tolong. Menjerit pun belum tentu jiran dapat dengar. Mungkin sebab tu lah kot Scream berlatarkan pekan kecil instead of bandar.
Seronoknya tengok Scream bila barisan pelakon lelaki kebanyakannya serve face card macam watak Billy, Stu Macher (Matthew Lillard), Dewey (David Arquette) dan ramai lagi pelakon ekstra di sekolah tu. Menggamit kenangan betul bila layan filem berlatarkan 90-an ni sebab hairstyle Billy antara ultimate hairstyle zaman tu. Outfit masing-masing pun fashionable.
Bila tengok Scream, teringat Final Destination. No wonder lah millennial kids takut nak buat benda merepek gara-gara membesar dengan franchise macam ni T.T
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.5/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.