IZZUE ISLAM SANGGUP PERTARUH SEGALANYA DEMI ANAK MURID

Tuesday, 5 May 2026

IZZUE ISLAM SANGGUP PERTARUH SEGALANYA DEMI ANAK MURID | Cahaya Anak Lorong Angkat Perjuangan Bangkit Dari Kegelapan

Kuala Lumpur, 5 Mei 2026 – “Kau kena masuk frekuensi mereka, baru kau boleh ubah hidup mereka.” Di sebalik label ‘anak lorong,’ tersimpan kisah yang jarang didengar serta seorang guru yang memilih untuk memahami, bukan menghukum. Cahaya Anak Lorong bakal bersiaran mulai 7 Mei 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda TV3.

Diterajui Izzue Islam sebagai Cikgu Amir, bersama Ranea Ezreen, Fariz Isqandar, Syad Mutalib dan Areef Amran, drama ini diarahkan oleh Pali Yahya dan diterbitkan oleh Mache Allstar United. Sepanjang 13 episod, Cahaya Anak Lorong merangkum emosi, realiti kota dan ancaman jenayah dalam penceritaan yang menyelami dunia remaja terpinggir, dekat di depan mata namun jarang benar difahami.


Dipindahkan ke Sekolah Bimbingan Kasih (SBK), Cikgu Amir (Izzue Islam) hanya mahu keluar secepat mungkin. Di situ, dia berdepan pelajar yang hidup di luar norma, bermasalah dan tiada arah.


Sofea (Ranea Ezreen), Bad (Fariz Isqandar) dan Mok (Azrell Iskandar) ialah anak-anak lorong yang hidup dengan cara sendiri, termasuk menyeluk saku untuk bertahan. Kelicikan mereka menarik perhatian Hakimi (Areef Amran), pemuda setempat yang merekrut golongan jalanan sebagai keldai dadah. Sofea yang berjiwa memberontak pula sering mengenakan guru-guru di SBK, termasuk Cikgu Amir yang dilabel sebagai “kekwat”.


Apabila tekanan memuncak, Amir cuba memohon untuk ditukarkan. Namun, dia diberi syarat untuk memastikan pelajar-pelajar tersebut lulus ujian 3M, membaca, menulis dan mengira. Dari situ, dia mula mengenali mereka. Dalam dunia yang penuh manipulasi dan bahaya, mampukah dia benar-benar keluar, atau segalanya akan menariknya lebih dalam?


Menurut Izzue Islam, watak Cikgu Amir bukanlah seorang hero sempurna. Dia datang dengan ego dan persepsi sendiri, tetapi perlahan-lahan belajar untuk melihat dunia dari sudut yang berbeza. “Kadang-kadang kita terlalu cepat melabel orang. Tapi bila kita benar-benar dengar cerita mereka, kita sedar hidup mereka tak pernah beri pilihan yang mudah,” katanya.


Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama bersiri Cahaya Anak Lorong mulai 7 Mei 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam hanya di TV3. Penonton juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.


Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti TV3 di Facebook, X, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.