Movie Review | Scream VI (2023)

Sunday, 31 May 2026

 

Pengarah: Tyler Gillett, Matt Bettinelli-Olpin  
Penulis Skrip: James Vanderbilt, Guy Busick, Kevin Williamson  
Pelakon:  Melissa Barrera, Jenna Ortega, Jasmin Savoy Brown, Mason Gooding, Jack Champion, Henry Czerny, Courteney Cox, Hayden Panettiere, Roger L. Jackson, Liana Liberato, Dermot Mulroney, Devyn Nekoda, Skeet Ulrich, Samara Weaving 
Syarikat Produksi: Paramount Pictures, Spyglass Media Group, Project X Entertainment   
Pengedar: Paramount Distribution, Feelgood Entertainment, Constantin Film 
Genre: Slasher/ Misteri / Thriller  
Durasi Tayangan: 122 minit
Tarikh Tayangan: 10 Mac 2023  
Trailer:


Selepas insiden ngeri yang berlaku di Woodsboro, Tara Carpenter (Jenna Ortega), Samantha Carpenter (Melissa Barrera), Mindy Meeks-Martin (Jasmin Savoy Brown) dan Chad Meeks-Martin (Mason Gooding) tinggal bersama di New York. 

Satu hari professor Laura Crane (Samara Weaving) dibunuh oleh pelajarnya yang menyamar sebagai Ghostface kerana sakit hati diberikan gred rendah. Kedua-dua pelajarnya yang obsess dengan franchise Stab kemudiannya dibunuh oleh Ghostface dan berita tersebut sampai ke pengetahuan Gale Weathers (Courteney Cox).


Gale maklumkan pada mereka yang peminat Stab mempunyai galeri di mana semua barang yang berkaitan dengan franchise tersebut dikumpulkan dan disimpan di situ. Televisyen yang membunuh Stu Macher dalam Scream (1996) pun ada. 

Kesemua topeng Ghostface, jubah hitam dan pisau juga dikumpulkan namun topeng milik Billy Loomis (Skeet Ulrich) hilang dari galeri tersebut dan Ghostface yang menggunakan topeng tersebut lah yang menyerang Tara dan Sam. Selepas rakan serumah Tara, Quinn Bailey (Liana Liberato) dibunuh dalam bilik bersama teman lelakinya, mereka semua diawasi oleh pihak polis dan FBI. 


Instalment keenam arahan Tyler Gillett dan Matt Bettinelli-Olpin akhirnya berjaya membawa Samara Weaving ke dalam franchise Scream walaupun dibunuh pada opening scene. Pengarah duo mempunyai projek bersama Samara dalam franchise slasher Ready or Not (2019). Sebelum ni mereka cuba offer Samara untuk berlakon dalam Scream 5 (2022) tapi tak ada tarikh yang sesuai. 


Kalau dalam Scream 5 (2022), Sam dan yang lainnya berjumpa dengan Dewey Riley untuk minta bantuan, di New York pula tugas tersebut diberikan kepada Gale sementara Sidney Prescott (Neve Campbell) berpindah dan tidak mahu lokasinya didedahkan. Filem Scream VI adalah satu-satunya filem Scream yang tak mempunyai Neve Campbell kerana isu bayaran yang rendah walaupun menjadi peneraju utama franchise Scream. 

Selepas Scream 3 (2000), instalment keenam yang ditulis oleh James Vanderbilt, Guy Busick, Kevin Williamson mempunyai jalan cerita yang agak lemah dan dangkal. Banyak kali juga mereka dapat peluang untuk tembak Ghostface sampai mati tapi lebih pilih untuk lari kemudian datang balik. Patutnya dah belajar dalam Scream 5 yang cara tu buang masa dan bahaya. 


Kemunculan semula watak Kirby Reed (Hayden Panettiere) makin mengeruhkan keadaan sebab dia tak membantu pun walaupun bekerja sebagai FBI. Personaliti dan cara dia tak nampak macam FBI, kehadiran dia tak membantu kurangkan serangan Ghostface pun. Makin menyampah tengok final act bila dia yang tumbang dulu. 

Sama dengan watak Danny Brackett (Josh Segarra) yang lambat contact Sam atau polis. Nasib baik dekat third act, penulis redeem balik watak dia untuk buat benda yang sama. Watak Mindy tersangatlah menjengkelkan dalam instalment keenam sebab dia dah mula jadi cocky dapat survive dari Ghostface. 


Sakit hati bila Tara cadangkan untuk berlindung dekat galeri Stab padahal tak ada siapa yang tahu layout galeri tu, tak tahu berapa banyak pintu keluar masuk atau details lain. Lagi parah bila semua setuju untuk guna subway padahal tinggi sangat risiko untuk kena serang sebab tengah Halloween. Babak Mindy reveal siapa Ghostface sebenar pun tak didedahkan macam mana dia dapat petunjuk tu. Penulis cuma bagi dialog tu untuk penonton tahu yang Mindy memang bijak tapi untuk apa?

Watak antagonis dalam Scream VI adalah antara Ghostface yang paling lemah dan mudah sangat dilupakan. Ada unsur balas dendam macam Scream 3 (2000) tapi sama-sama merepek. Kalau tak buat, mungkin semua boleh hidup aman. Just as much I hate Gale's bang in Scream 3 (2000), muka botox dia terutamanya bahagian mulut pun annoying. Sama juga dengan fillers dan botox di muka Kirby. Nak emote pun susah.


Watak Samantha masih lagi bergelut dengan fakta dia adalah anak kepada Billy Loomis dan Ghostface sentiasa mencari cara untuk provok Sam untuk melakukan pembunuhan. Dari previous instalment lagi penulis dah bagi hint tentang idea Sam menjadi Ghostface tapi kehidupan Sam tak sama dengan Billy bila dia ada strong support system. Menyampah bila watak Tara jadi rebel padahal dah pernah kena serang dengan Ghostface. Relevan sangat kalau semua kawan dia risau terutamanya Sam. 


‘Come on, Sam, you got to be excited to get out murder on again. Together. Billy and Sam. Team Loomis. Get ready to slice up more motherfuckers.’ - Billy Loomis

Lepas layan Scream VI boleh faham lah kenapa peminat farnchise Scream letak instalment ni dekat bottom 3. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 6.3/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.