Movie Review : Ready Or Not

Wednesday 29 January 2020


Director : Matt Bettinelli-Olpin, Tyler Gillett
Writer : Guy Busick, R. Christopher Murphy
Cast : Samara Weaving, Adam Brody, Mark O'Brien, Henry Czerny, Andie MacDowell, Melanie Scrofano 
Production Company : Mythology Entertainment, Vinson Films
Distributor : Fox Searchlight Pictures
Genre : Thriller/Horror
Running Time : 95 minutes
Release Date :  July 27, 2019 (Fantasia)
August 21, 2019 (United States)
Trailer :



Judging by the trailer, movie ni nampak menarik sebab genre horror thriller sama macam franchise The Purge. Tambah pula game dia hide and seek, dah boleh agak level saspen dia macam mana. Ikut adat keturunan keluarga Le Domas yang kaya-raya ni, setiap pasangan yang berkahwin kena main game pada jam 12 malam. 

Dan malang berpihak pada Grace (Samara Weaving) dan Alex (Mark O'Brien) bila Grace dapat kad game Hide & Seek. Game hide & seek keluarga Le Domas ni tak sama macam keluarga Conjuring ataupun keluarga biasa which end up with peek-a-boo.


Le Domas punya tradisi, either ahli baru yang mati ataupun satu keluarga mati. 30 tahun lalu masa Alex dengan Daniel (Adam Brody) masih kecil, Aunt Helene (Nicky Guadagni) terpaksa korbankan suami dia supaya keluarga dia terselamat dari dibunuh oleh roh Le Bail.


Alex tak percaya dengan tradisi gila tu tapi dia takut juga kalau apa-apa terjadi dengan keluargaa dia bila dia kahwin lari dengan Grace sebab dia tak mampu nak pilih family ataupun Grace. Dia cuba untuk tak bagitahu details tentang game ni sebab dia taknak Grace tinggalkan dia. 

Alex cuma bagi hint supaya Grace fikir masak-masak sama ada nak teruskan perkahwinan ataupun lari sebab once diorang exchange vows, memang dah tak ada jalan keluar untuk Grace. Bagi Grace, Alex mungkin nervous sebab dia memang dah ready untuk new chapter dalam hidup dia walaupun Daniel selalu pukul ataupun ayah Alex tak suka dengan dia.


Jam 12 malam semua ahli keluarga berkumpul di bilik tingkat bawah di mana Grace kena pilih kad game apa untuk satu keluarga ni main. Since it was hide and seek, semua ahli keluarga boleh pilih senjata yang diorang nak.


Awalnya Grace cuma menyorok dekat dalam laundry lift tapi lepas bosan, dia naik ke tingkat atas dan jumpa dengan Alex. Dalam bilik tu Emilie (Melanie Scrofano) tertembak orang gaji and both Alex and Grace witnessed that. Masa tu baru Grace faham kenapa Alex cuak dari siang tadi.


Alex bagi sneakers supaya mudah untuk Grace lari keluar sementara Alex padamkan semua CCTV dan unlock semua kunci dalam rumah tu. Belum sempat Grace lari keluar, butler Stevens (John Ralston) dah jumpa dia di taman. 

Bila family Le Domas ni dapat tangkap Grace, diorang buat ritual kepada Satan and that's why lah kenapa masing-masing cuak sangat kalau tak dapat tangkap dan sacrifice Grace. Nak tak nak memang kena korbankan nyawa kepada Satan. Even dah beberapa generasi, keluarga ni tetap tak mampu nak ringankan syarat-syarat perjanjian.


Sembang pasal jalan cerita dan plot dia memang agak menarik dan saspen lah sebab banyak unexpected scene. Kalau bukan sebab ehsan beberapa watak, tak mungkin pun Grace dapat lari dalam rumah tu and that's what I love the most sebab team RON ni tak tonjolkan watak Grace sebagai superhuman. She is as what a normal human should be. Panic, restless, angry, anxious semua ada.

Duration period movie ni agak sekejap lah so tak banyak scene komedi yang ditonjolkan tapi setiap kali scene komedi muncul for me memang menghiburkan walaupun tengah cuak. Applause for visual team and music score for giving their best. Tak sangka game Hide & Seek ni ada lagu dia tersendiri and I will never play that song ever! Lepas tengok movie ni tak tahu lah I patut stop main Hide & Seek ataupun patut chill je bab kahwin. Both creepy either way. Hihu

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.9 = 9.3/10

5 comments

  1. dah tengok cerita ini..tak dapat nak terima ending dia mcm tu...ingatkan selamat lah, permainan semata...rupa-rupanya wujud kawan keluarga mereka itu…

    https://yamanaimy.blogspot.com/


    ReplyDelete
  2. tgk poster igt kan Nicole Kidman masa memuda ;-)

    ReplyDelete
  3. hehe akak surrender citer macam ni..
    lemah semangat hahah..

    ReplyDelete
  4. Nak tengok tapi bab terkejut-terkejut tu ngeri pula.. huhuhu..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.