Telemovie Review | Tolong Saya Encik Dinosaur (2020)

Saturday 18 January 2020


Pengarah : Liyana Jasmay
Penulis Skrip : Nadia Khan
Pelakon : Syafiq Kyle, Liyana Jasmay, Razi Rashid, Megat Sharizal
Genre : Romantik / Drama
Durasi Tayangan : 97 minit
Tarikh Tayangan : 11 Januari 2020
Syarikat Produksi : Mermaid Studios
Pengedar : Bambam Studio & Astro Citra (slot Citra Eksklusif)
Trailer :



Elly (Liyana Jasmay) yang kemurungan klinikal cuba lari dari kenangan silam dan tragedy malang yang meragut nyawa kedua ibu bapanya ke sebuah kampung. Dia bekerja di sebuah kedai buku, Kedai Buku Terpakai Firdaus (Megat Sharizal) disebabkan buku merupakan kegemaran terutamanya buku fantasi seperti Harry Potter.


Kehadiran Elly mencuri tumpuan Karl (Syafiq Kyle) yang bekerja di kedai makan di hadapan kedai buku tempat Elly bekerja. Setiap hari Karl perhatikan Elly sampai satu hari Karl ternampak Elly di tingkat atas bangunan. Sangkanya Elly nak terjun untuk bunuh diri rupanya Elly cuma ambil angin.


Dari situ Karl mula berkawan dengan Elly dan cuba untuk buat Elly happy tapi bila balik ke rumah, perasaan Elly masih sama. Dia tak mampu tidur malam tanpa ubat tidur disebabkan trauma dengan kenyataan yang ibu bapanya sudah meninggal.


Dari kawan, Karl cuba ambil tahu masalah personal Elly sebab sayangkan Elly tapi Elly tak nak terima Karl dalam hidup disebabkan takut kehilangan lagi. Makin Karl paksa, makin Elly menjauh pergi. Max (Razi Rashid) sebagai kawan Karl cuba support Karl supaya tak putus asa pujuk Elly sebab dah lama tak nampak Karl happy macam tu sejak nenek dia meniggal gara-gara strok.


Disebabkan stress dengan surprise Karl, Elly makan pil tidur sampai pengsan. Karl yang risaukan Elly cuba cari Elly di rumah. Kerana Karl cepat bertindak, Elly disahkan stabil oleh doktor cuma ambil masa untuk sedar lepas telan banyak sangat pil tidur.

Bila tersedar, Elly bergaduh dengan Karl yang selamatkan dia sebab dia nak sangat mati. Dari hospital membawa ke jalan sudahnya Karl yang dilanggar kereta dan koma. Max nasihat Elly supaya kuatkan semangat dan hidup macam mana Karl nak Elly hidup.


Jalan cerita ni biasa je for me cuma watak Elly tak dikembangkan dengan baik dan lakonan Liyana Jasmay sebagai pesakit depress tak berapa menjadi. Mungkin dah lama tak berlakon ataupun dia memang tak berbakat mana sebab lakonan dia agak hambar.

Scene Karl nak selamatkan Elly dekat atas bangunan tu hambar sangat. Nampak flat dan tak ada element of surprise atau suspense langsung. Bila genre ringan dan jalan cerita cliché sepatutnya lakonan perlu lebih bagus lah tapi hampa sangat.


Sama jugak la dengan scene Karl selamatkan Elly masa dekat jalan tu sebab Elly berhenti dekat tepi jalan agak lama lah sementara tunggu Karl datang. Sepatutnya Karl tarik je Elly ke belakang bukannya tolak ke depan sampai dia yang kena langgar. Punya lah nak buat babak melankolik sampai ketepikan logik.


Kalau Liyana Jasmay beria pertahankan fesyen bertudung dia sampai bergaduh dekat Twitter, lain pula kesnya dalam telemovie ni bila dia pakai transparent cap dekat hospital. Nampak je rambut awak Liyana. Masa flashback scene dia kerja dekat law firm elok je dia bertudung tapi bila datang kampung tu pelik-pelik je fesyen dia. Mungkin panas sangat kot dekat kedai buku tu sebab tak ada air cond macam dalam office.



Masa Syafiq Kyle tweet poster telemovie ni rasa excited lah nak tengok sebab poster dia agak comel. Mati-mati ingatkan Syafiq Kyle bawak watak someone yang suka dinosaur ataupun kerja dekat Petrosains kea pa rupanya ada satu scene Karl pakai kostum dinosaur untuk gembirakan Elly. Hmmm boleh lah Karl, boleh lah.


Kecewa dengan telemovie ni sebab boleh dikembangkan lagi jalan cerita dan rencahkan dengan emosi tapi Liyana terlampau flat untuk jadi pelakon dan gagal juga sebagai pengarah. Penulis skrip telemovie ni Nadia Khan kot, bukan calang-calang penulis. Wasted! 

Chemistry Syafiq-Liyana pun tak menjadi sampai scene pegang sana sini dan hampir cium nampak dipaksa untuk wujudkan momen romantik tapi tak sampai. Sepatutnya tak perlu ada pun sebab telemovie tontonan keluarga dan watak Liyana yang bertudung. Dia patut belajar dengan Mira Filzah sebagai pelakon dan Michael Ang sebagai pengarah, seriously. 


Lakonan Syafiq Kyle bagus macam biasa sebab dari awal sampai hujung cerita dia je yang menyerlah. Sebab dia je bertahan tengok sampai habis. Kalau Mimi Lana yang berlakon rasanya lagi best hshshs #teamSyafiqMimi

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 4/10

5 comments

  1. alamak terlepas nak tengok. masa iklan dok tayangkan tu macam teringat tarikh nya T_T

    ReplyDelete
  2. bila jadi hambar mcm tu terus potong mood je nak tengok hehe

    ReplyDelete
  3. Bila baca tajuk telemovie ni, terus rasa tak nak tengok hurmm

    ReplyDelete
  4. Ala.. tak ada kena mengenalah tajuk dinosour tu ye.. Hurm.. tak jadilah nak tengok..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.