Kafe Shan Western Grill, Subang Bestari

Saturday 18 January 2020


Dah lama nak makan dekat kafe ni tapi takut dia charge mahal kemain sebab interior agak stylish dari luar tapi bila tengok dekat Foodpanda, tak ada lah mahal sangat harga dia. Standard je harga nak compare dengan kafe steak yang lain. 


Menu dia memang banyak dan selain makanan western, ada juga masakan chinese style. Dekat sini ada shark fin tapi sedihnya tak ada yam cake. 



Walaupun ramai orang since kitorang pergi time dinner tapi service dia cepat lah. Walaupun dia gebang steak boleh siap masak dalam masa 10-15 minit tapi sampai lepas setengah jam kering tekak kitorang bercerita. 


Nasib baik dah order fresh orange dengan hot cappucino masa tu. For me the coffee tak brapa sedap lah. Tak berbaloi kalau order drinks dekat sini sebab mahal satu hal, tak memuaskan satu hal. Tapi tekak masing-masing kan, mana tahu you guys suka then just go for it. 


For appetizer haruslah order garlic bread dengan creamy mushroom soup. Satu keping roti ni harga dia RM1 so kalau jenis sayang duit, sila order ikut kemampuan perut untuk menampung. Roti dengan mushroom soup sama-sama sedap.

Great choice for the appetizer. Dah la masa tu hujan, pekena pulak mushroom soup panas-panas memang membuka selera sangat lah.


For main dish, kitorang pilih Grill Mix sebab dalam tu ada steak, lamb grill, chicken grill, sausage, telur, fries, jagung dan sayur. For me complete dah semua ni. Untuk dipping sauce, set ni bagi BBQ mushroom sauce. 


Not bad lah set ni, kenyang makan untuk dua orang tapi yang tak bestnya bila steak dia agak liat dan masak. Lupa nak bagitau nak medium je. Bila dah masak habis ni tak terasa juicy langsung lah cerita dia.


Dekat sini boleh bayar guna debit credit tapi cuma untuk transaksi RM30 ke atas. Kalau dah makan western memang tak lah bawah RM30 selalunya. Nak pulak bila makan berdua so no worries lah bab going cashless. 


Not bad lah deco Kafe Shan ni tapi masa pergi tu rasa nak lepak luar sebab nak menyembang lagipun angin dekat luar macam best sebab sejuk hujan. Kalau duduk dekat belah dalam boleh baca novel atau buku kanak-kanak untuk yang bawa budak kecil. 

Lepasni boleh datang lagi dan try menu yang lain pulak sebab menu dia sedap dan murah. Nak pergi time panas terik pulak sebab dah lama tak makan banana split haha. Service dengan ambiance kafe pun bagus for me. You guys should try come here as well. 

3 comments

  1. Kalau naik ke sana, dah tau nak pergi mana. ^^

    ReplyDelete
  2. memang design interior nya nampak 'panas' jadi cepat lapar. psikologi warna :D

    ReplyDelete
  3. deko dia memang nampak stylish.. kira okaylah harga dia affordable..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.