Telemovie Review | Shiba Shiba Doo (2019)

Sunday 12 January 2020


Pengarah : Ariff Zulkarnain
Penulis Skrip : Nazri M Annuar
Pelakon :Zahiril Adzim, Syafiq Kyle, Aloy Paradoks, Nesa Idrus, Taqim Zaki, Sharifah Sakinah, Amirul Effendy
Genre : Komedi / Thriller
Durasi Tayangan : 94 minit
Tarikh Tayangan : 21 Disember 2019
Syarikat Produksi : Lumatic Films Sdn Bhd
Pengedar : Astro Citra
Trailer :


Blogwalking haritu ternampak Miss Banu post sinopsis telemovie Shiba Shiba Doo ni lepastu rasa nak tengok sangat sebab jalan cerita dia kelakar dan lain dari yang lain. Agak skeptikal lah pada awalnya sampai peram lama telemovie ni baru terasa nak tengok sebab genre komedi local production kadang hambar kemain. But I give it a try sebab ada Zahiril Adzim dengan Syafiq Kyle. So far tak pernah tengok lagi lakonan bersama diorang. 


Dalam telemovie ni Chulat (Zahiril Adzim) dengan Shiba aka Shib (Syafiq Kyle) pantang berjumpa mesti nak bertekak. Pertemuan pertama diorang berdua di sebuah kelab di KL bila Chulat bitter tak dapat nak tackle Sakinah (Sharifah Sakinah). Bila pergi tandas Shiba pula buat hal dalam tandas sampai Chulat kena tunggu lama untuk guna. 


Sementara Abil (Nesa Idrus) teragak-agak nak bertemu Chulat ataupun batalkan saja hasrat tu sebab segan. Selama 5 tahun Abil dengan Chulat berborak dekat pantry selama 5 minit setiap hari. Mun (Taqim Zaki) yang dah lama syok dengan Abil cuba yakinkan Abil untuk tak teruskan niat dia untuk approach Chulat. Semua orang tahu Chulat sejenis playboy so Mun taknak Chulat mainkan hati dan perasaan Abil.


Impian Abil untuk bercakap dengan Chulat lebih dari 5 minit berjaya bila Chulat gunakan Abil untuk umpan Sakinah. Tapi lain pula halnya bila ada lelaki tersalah pukul punggung Chulat bila sasaran sebenarnya Shiba. Makin berapi Chulat dengan Shiba sebab dia ingat Shiba nak try dia. 

Chulat tumbuk Shiba tapi terkena kawan dia sampai pengsan sudahnya Chulat, Abil dengan Mun kena halau keluar. Abil buat keputusan untuk ikut Chulat balik ke rumah tapi Mun join sekali sebab dia tahu apa niat Chulat. Bila Chulat nak keluar parking, dia tanpa sengaja terlanggar Shiba yang tunduk untuk kutip kunci kereta. 


Disebabkan panik dan cuak, Mun sahkan yang Shiba dah mati. Abil cadangkan untuk buang mayat Shiba dekat hutan tapi malangnya lepas selesai mengorek lubang, Shiba hilang entah ke mana. Masa mencari Shiba, mereka bertiga terserempak dengan En Kanji (Aloy Paradoks) yang suka berburu dan tinggal dalam hutan selama 20 tahun. Turns out, En Kanji sebenarnya perogol bersiri yang dah bunuh seramai 12 orang lelaki dalam hutan tu dan cuba nak merogol Chulat. 


Dari awal sampai ke hujung movie tak berhenti gelak tengok gelagat Chulat, Abil, Mun dengan Shiba walaupun Shiba tak banyak sangat screentime tapi everytime dia muncul ada je benda yang dia buat untuk gamatkan keadaan. Watak Shiba ni watak kedua tengok Syafiq Kyle jadi trans so it’s nothing new lah. 


For me watak Chulat memang menghiburkan plus avatar dia yang charming tu menjadi sangat. Selalunya nampak dia berlakon mat sendu, grumpy ataupun gaya selekeh but this time got to see the other side of him. Mungkin orang lain yang selalu layan drama dah biasa la kot but for me yang jarang layan ni memang something new lah. Kalau dia yang berlakon dalam Girlfriend Aku Dari Neraka mesti lagi menjadi sebab chemistry Zahiril dengan Sakinah nampak ngam onscreen. 


Dialog dalam telemovie ni antara brownie points yang buat momentum telemovie ni maintain menghiburkan sebab some of them cedok dari tagline yang viral beberapa tahun so kalau layan benda viral boleh faham la apa diorang sembang. Kalau tak layan pun tak la susah mana nak berdekah sekali. Team visual, music score dan editing did a great job for this telemovie. 


Overall telemovie ni memang sempoi nak layan especially bila En Kanji dengan loghat Peghok pio dia gemor ke Beto Kushairy. Eiii gegham awok nengoknye. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

23 comments

  1. Ok nak tgk.. Sebab suka zahiril adzim ni start dru cerita KAMI lagi... Mmg suka dia berlakon

    ReplyDelete
  2. Eh nak tengoklah, nak cari kat youtube, sebab rumah lama dah takde Astro hehehehe

    ReplyDelete
  3. Huhuhu....... saya x follow telemovie ini. But your review makes it sound interesting. Poster dia pun nampak menarik. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  4. Hahaahha.baru baca review saya dh gelak sakan. Ini kalau layan, mau gelak guling2.hahah

    ReplyDelete
  5. Macam menarik gak. Boleh la nak binge watch time weekend jika tak ke mana-mana kan. Tq share pasal telemovie nie.

    ReplyDelete
  6. huhuhu wak pon dh lama x tgk tv.. :p

    ReplyDelete
  7. menarik..tgk muka pelakon pun dh macam kelakar karektar die..wah boleh tgk la nanti

    ReplyDelete
  8. Nampak best citer ni apatah lagi para pelakonnya hebat hr at belaka tapi dah terlepas la pulak nak tonton. Bila ada ulang tayang nanti nak tengok lah.

    ReplyDelete
  9. Uish. Tak perasan ada telemovie ni. Zahiril ni lama jgk tak nampak dia berlakon. Nk download jugak la

    ReplyDelete
  10. Eh Syafiq Kyle! Geram pulak tengok dia bawak karektor macam ni. Tak tau pulak ada telemovie ni. Nampak menarik je nak tengok

    ReplyDelete
  11. tak perasan lak ada telemovie ni. best jugak daripada review ni ya. boleh tengokla nanti

    ReplyDelete
  12. Macam best je..nak kena cari lah citer ni. Suka citer2 kelakar ni, tak stress tengok. Hihi

    ReplyDelete
  13. Adoi.. terus rasa nak tengok.. tq review Farhana..

    ReplyDelete
  14. Lately ni penonton mmg suka jenis cerita kelakar kan hilang stress bila menontonnya

    ReplyDelete
  15. Tak pernah tau pun cerita ni.. Tengok macam best.. Macam kelakr.. Nak tengok fekat mana ni..

    ReplyDelete
  16. alamak alamak. ari ni kursus.
    if not boleh layan ni kat utube, fana.
    mcm interesting!

    ReplyDelete
  17. Menarik ni..tapi kena tengok kat youtube laa sbb kat rumah takde astro..harap2 nanti keluar dekat youtube

    ReplyDelete
  18. Syafik kyle ada le..boleh le tgok. Mcm memarik je cite dia..boleh lah tgok time2 kebosanan kat umah

    ReplyDelete
  19. dah lama tak tengok cerita2 melayu dekat tv. selalu layan netflix je hehe. thanks for the review ;)

    ReplyDelete
  20. Baca sinopsis pn dh tau mesti kelakar giler citer ni....cuti hujung minggu ni boleh laa cover tgk telemovie ni...

    ReplyDelete
  21. haha... cerita kelakar ya, nak ajak kawan karib tengok, blh gelak sepuas-puasnya!

    ReplyDelete
  22. Dimana boleh download film nih?
    Boleh bagitau ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu ada dekat Telegram tapi channel tu dah kena delete dah.

      Delete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.