Panggilan Dari Scammer

Monday 13 January 2020

Dari minggu lepas dapat call dari private number tapi bila jawab tak bercakap pulak. I thought my boss yang call sebab dia dekat Jakarta for some meetings dengan clients dekat sana tapi pelik lah sebab boss call staff lain elok je tak pakai private number. 


Sebab busy kan, malas lah nak layan orang call tak berjawab ni. Banyak kali jugak lah dia call. Macam risau jugak lah takut ada benda urgent. Hari ni pulak dapat call dari number 03-2724 2438. Bila Google, scammer rupanya....


Nasib baik talian terputus tadi, kalau tak entah apa lah diorang nak goreng. Geram jugak jadi macam ni sebab scammer ada data kita. Baru-baru ni update number phone ni dekat bank sebab nak mudahkan transaksi online tapi haihh number kena jual pulak. Agak biadap lah sebab bank sepatutnya jaga privacy kita tapi dia pulak yang buat perangai. 

Kalau bukan sebab urusan penting, memang tak update number phone baru ni tapi tu lah, nak buat macam mana. Haihhh sabar je lah...

14 comments

  1. memang sakit kepala,kadang tak angkat tapi bila fikir kalau ada hal apa-apa ke terpaksalah juga angkat nombor yang tak dikenalpasti ni

    ReplyDelete
  2. ISh...bahaya kan...tapi kan pelik kan mcm mana dieorang ni boleh dpt detail kita..sedangkan kita tahu data kita adalah rahsia...tapi klu fikir logiknya siapa yang ada data-data kita tu?

    ReplyDelete
  3. Itulah, jangan mudah sangat percaya, hari itu ada panggilan saya menang RM51,000. Siap minta no akaun nak bank-inn. Ingat senang-senang ke orang nak bagi banyak tu. Bodoh le kalau percaya. Nak minta pinjam duit kat abang kakak RM50 pun tak dapat. Ini pulak orang luar!

    ReplyDelete
  4. Adoi~ risaunya kalau di kol oleh scammer ni. Kadang-kadang malas jugak angkat nombor tak berdaftar dalam kenalan ni.

    ReplyDelete
  5. Tu lah malas nak update nombor dekat bank...kejap je scammer, agen insuran akan call kita..dasar x telus pihak bank, mendedahkan maklumat nombor telefon kita kpd pihak lain..or mmg scammer tu geng diorang LOL

    ReplyDelete
  6. Kalau tak angkat risau urgent kes.. Bila angkat kena cakap dengan scammer memang menyakitkan hati..

    ReplyDelete
  7. skrg ni kalo yg call no xkenal mmg was2 nk jwb sbb tkot scammer..
    takotnyeeee

    ReplyDelete
  8. akak kalau dapat nombor pelik-pelik call kat hp memang akak block terus no tu, tapi no opis ni pun selalu kene call scammer, kadang time-time rehat kul 1 tu lah diaorang ngecall... menganggu betul

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum... selamat tahun baru 2020... maaf laa baru sempat nak datang jenguk ke blog ni... insya allah sy akan kembali fokus sm mcm sebelum ni.... harap2 tak serik utk terjah blog sy nanti ya...

    ReplyDelete
  10. Saya memang tak angkat call kalau x de dalam contact list.

    ReplyDelete
  11. hermmm tu lah kan kita ni update sbb nak mudahkan urusan kita tapi tu lah nombor kita pulak dijual T__T

    ReplyDelete
  12. memang banyak bank yang bagi data pelanggan kepada orang ketiga..kita jarang nak angkat kalo nombor tak dikenali ni...apa2 kang kalo urgent sangat, dia bole mesej or wassap je

    ReplyDelete
  13. makin menjadi2 skrng ni.. macam2 alasan depa guna. kalo rajin layan jele hehe..
    tapi better tayah sebab mngarut.

    ReplyDelete
  14. I know without a doubt that practically all web clients know about the scammers. more info about this

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.