Saturday, 18 January 2020

Drama Review : Black


Pengarah : Razaisyam Rashid & Kroll Azri
Penulis Skrip : Bernice Low, Alfie Palermo, Eenaz Mokhtar, Nik Naemah Mahir, Azhar Amirulhisyam
Pelakon : Kamal Adli, Siti Saleha Mohd Baharum, Nabila Huda Suhaimi, Khir Rahman, Namron, Zoey Rahman, Rashidi Ishak, Zahim Albakri, Pablo Amirul, Riz Amin, Josiah Hogan
Genre : Thriller/Aksi/Komedi
Durasi Tayangan : 8 episod
Tarikh Tayangan : 17 Disember 2019
Syarikat Produksi : Studio Dragon Corporation
Pengedar : Viu
Trailer :


Diadaptasikan dari drama popular Korea, dengan tajuk yang sama, Black mengisahkan tentang Detektif Malik (Kamal Adli) ditembak mati di sebuah mall tapi hidup balik selepas makhluk bunian bernama 444 (Rashidi Ishak) mengambil alih tubuh badan dia untuk selesaikan misi ejen 419 yang berkahwin dengan manusia. 


Sofia Farid (Siti Saleha) yang mempunyai kebolehan melihat bayang hitam yang menandakan ajal seseorang akan dekat, cuba untuk bunuh diri disebabkan plan dia untuk selamatkan stranger yang bakal mati tapi Detektif Malik pula yang menjadi mangsa gara-gara dia tersalah orang. 


Nasib dia baik bila Lokman (Zoey) sempat selamatkan daripada cubaan tu. Doktor Aisya (Nabila Huda) yang ditugaskan di wad kecemasan pelik bila dapat tahu bakal suami dia hidup semula padahal dia sendiri yang sahkan kematian Detektif Malik. Apa pun keajaiban yang berlaku dia cuma mampu bersyukur dengan berita tu. 


Sayangnya kebahagiaan tu tak lama bila Malik tak ingat pun siapa Aisya, keluarga dia ataupun kawan-kawan dia apatah lagi Sofia gara-gara bunian 444 ambil alih. Ditemani ejen bunian 007 (Azman Hassan) dan 416 (Juzzthin), 444 belajar untuk adapt dengan kehidupan manusia. 


Dia disifatkan sebagai hati kering dan pantang bila ada bunian yang melanggar kesalahan kelas A iaitu mengambil alih badan manusia inikan pula berkahwin dengan manusia. Tapi bila dia ambil alih badan Malik dan kenal dengan Sofia, pandangan dia mula berubah. Walaupun hati dia jatuh cinta dengan Aisya tapi perasaan sebenar dia tertumpu pada Sofia. 


Dalam misi dia mengejar 419, dia juga diekori dan diserang dengan lelaki bertopi hitam dan beberapa perkara aneh yang beri petunjuk aktiviti Detektif Malik beberapa jam sebelum mati ditembak. Awalnya dia tak ambil peduli tapi bila kebanyakan kes melibatkan Seri Setia, dia faham dia perlu selamatkan badan Malik dan guna kelebihan Sofia dalam kedua-dua misi dia. 


Walaupun jalan cerita drama Black ni lebih kepada thriller dan aksi tapi genre komedi sama naik je especially scene team detektif. Penat nak gelak tengok perangai Detektif Borhan (Khir Rahman) dan Daud melayan kerenah hilang akal Malik. 



Lakonan Kamal Adli dan Khir Rahman antara faktor kekuatan drama ni especially scene kelakar ditambah dengan dialog bagus berjaya hidupkan watak Detektif Malik dan Detektif Borhan. Episod awal agak menyampah tengok watak Sofia sebab lakonan Siti Saleha tak lah bagus mana tambah pula bila watak dia suka bitter tak memasal.


Tak perlu rasanya nak sakit hati sangat sebab dia boleh ignore je bayang hitam tu sebab dia cuma nampak bayang yang tak mengganggu hidup dia pun. Tawaran Lokman pun tak menindas macam yang dia pertikaikan sebab gaji dia dapat lumayan lah sampai RM10,000. Kalau menindas, gaji macam rakyat marhan ni haa RM1,200 je itupun tak boleh cuti public. Claim pun lambat nak bayar.


Suka tengok bila Detektif Malik mula show off fighting skills dia sebab action stunt dalam drama ni cantik dan nampak kemas. Even choreography pun nampak baru dan berbeza dengan movie ataupun drama lain. Great job for Razib Salimin and his team for creating a beautiful visual experienced. 


Sekali lagi pengarah Razaisyam berjaya hidupkan sebuah jalan cerita yang dikarang oleh 5 penulis dengan bantuan Kroll Azry. Lepas Pusaka, drama Black jadi karya tempatan wajib tonton sebab garapan memang cantik dengan visual, editing dan music score yang bagus. Brownie points for team drama Black bila scene flashback dengan masa sekarang bersilih ganti dengan baik tanpa mencacatkan momentum jalan cerita. 


Tak sabar nak tunggu Season 2 nanti sebab misteri Seri Setia ni belum habis lagi walaupun dekat hujung drama dah boleh nampak perkaitan antara semua watak tapi masih lagi ada persoalan besar yang belum terjawab especially lelaki jam kerawang, ayah Sofia dan rahsia silam Doktor Aisya dan Wawa. 


Tak puas sebenarnya tengok lakonan Kamal Adli dalam drama ni. Special appearance dari Mimi Lana pun sekejap sangat. Hopefully team Black kembangkan watak dia dan berkait dengan Leo (Josiah Hogan) sebab chemistry diorang nampak cantik.


Watak abang Lokman pun nampak strong as villain character dalam drama walaupun belum nampak kaitan dia dengan benang pertalian semua watak. Mungkin dia kunci utama dalam Season 2 nanti. Screentime dia tak banyak tapi bila dia muncul, dia berjaya buat kita nak tahu lebih lagi pasal watak dia. Do watch this drama supaya season 2 boleh muncul di Viu. Definitely recommend this drama sebab best!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.9, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10

22 comments:

  1. alaaa teringin pulak nak tengok! kena tengok kat viu la kan...

    ReplyDelete
  2. harapnya semua misteri akan terjawab dalam season 2 nanti

    ReplyDelete
  3. x tgk versi melayu lgi tapi dah tengok drama black versi koreanyer..part detektif tu mmg kena lawak sbb versi korea pun lawak gak..

    ReplyDelete
  4. Fuhhh cerita genre seram ye?. Nak kena tonton juga ni tapi berteman. Hehehe....Pelakon pulak tu ramai yang dikenali.

    ReplyDelete
  5. Baik. Lepas ni nak tengok Black plak. Now tengah ada mood nak menonton banyak online series. Yang ni produk lokal plak kan. Harus la kita sokong kan

    ReplyDelete
  6. Wow macam menarik sangat2 je drama ni! Last drama yg i plg suka from Viu was Salon. Black macam menarik and nak kena tgk ni!!!

    ReplyDelete
  7. Uish. Nak tgk jugaklah black ni. Ada kamal adli, mesti seronok layan. First time tgk tajuk ni sebenarnya

    ReplyDelete
  8. Org kata cite ni best. Sis belum ada peluang nak tengok, dr hari tu nak tengol tapi busy memanjang je

    ReplyDelete
  9. Ni ceriat seram ke cerita kelakar..sebab ada kamal adli, dia kan kdg lawak..hehee..tapi macam best je ceritanya

    ReplyDelete
  10. Tajuk dia mcm cerita korea. Klu ada kamal adli biasanya kelakarkan

    ReplyDelete
  11. owh macam tajuk drama korea. saya ingatkan ada siri yang lain, rupanya drama Melayu. hihi nampak best je

    ReplyDelete
  12. Dah baca feedback drama ni ramai kata best. Mengisahkan percintaan antara manusia dan bunian kan. Tapi jalan ceritanya tak klise sangat. Berbeza daripada drama yang lain.

    ReplyDelete
  13. Secara jujur nampak pelik bila drama melayu tiru cerita black ni hehe..saya dah lama tgk drama black yang original dan kisah dia kte tau camne kan..so bila melayu buat cam pelik plak haha

    ReplyDelete
  14. Tak pernah lagi layan drama online. Kalau genre komedi pastu kamal adli plak yg berlakon mesti best

    ReplyDelete
  15. Ok.. Patut la mcm xpernah dengar pasal cerita ni..rupa2 nya kt Viu ehh. Banyak gak cerita best2 dekat Viu eh.. Nak kena layan gak lah

    ReplyDelete
  16. banyak betul ori series sekarang ni kan. berkualiti plak tu. sinematografi cantik, pelakon pun berbakat. malaysia ni boleh je buat content best.

    ReplyDelete
  17. Oww mcm bst ja..lama xlayan drama haha..

    ReplyDelete
  18. Macam best je jalan cerita ni. Pelakon pon bukan calang2 ni. Minat kamal adli berlakon

    ReplyDelete
  19. Memang best.. tak sangka produksi Malaysia boleh adaptasi drama ni dengan baik..
    Part lawak tu setuju sangat.. memang berdekah bila tengok.. kikiki..

    ReplyDelete
  20. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  21. dah lama betul tak buka viu tonton cerita, kejap lagi nak tengok cerita Black ni lah, baca review awak macam best je ni

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!