Mafioso Shellaut, Subang Bestari

Friday 31 January 2020


Restoran cantik ni selalu bertukar penyewa. Kali ni restoran shellout - Mafioso Shellaut. I tak pasti ada berapa banyak cawangan setakat ni. So far di Uptown Puchong Night Bazaar, KantinSg Setor Gombak, Domain Cyberjaya dan Restoran Dapur Warisan Rasa Seksyen 13 Shah Alam.


Kalau tengok kepada rating di Google, agak tinggi juga rating Mafioso Shellaut ni. Dari jauh lagi dah boleh nampak terang bercahaya dengan deko cantik. Nampak stylish sangat restoran ni. Boleh pilih untuk makan dalam ataupun luar. Dekat luar lagi best lah untuk dapat angin malam tambah dengan hiasan cantik sesuai untuk selfie/bergambar. 




Bertuah jugak malam tu sebab ada Dazrin, lagi bersinar lah mata makan dekat sini. I tak ambil gambar pun dengan Dazrin sebab dia busy discuss projek baru dengan director. Nak mencelah pun tak berani sebab dari time I datang sampai kedai nak tutup, diorang tak berhenti discuss sambil berdiri. 

Dekat sini ada 5 flavor kuah - Kam Heong, Butter Milk, Kari, Original dengan Masak Lemak Cili Api. Semua set berharga RM40 untuk portion 2 orang makan. Dalam set shell out dia ada udang, ketam, kepah, pahat, lala, kerang, jagung, lemon dengan brokoli. Dekat sini ada jugak set siput sedut tapi sebab tengah batuk so I just buat tak nampak je sebab tak nak makan sampai tersedak. 


Malam tu kitorang order Kam Heong sebab staff dia kata laku keras. Lagi satu order Butter Milk sebab its my fav. Lagipun shell out memang ngam dengan butter milk. Kan? 


Beria order  2 set padahal dah pukul 10 malam dah tapi selalunya shell out ni sikit je so tak la risau sangat. Tapi tekaan silap lah sebab portion yang sampai tu agak banyak. Nasi dah habis pun lauk tak habis lagi.


Untuk buttermilk, memang pekat kuah dia, melekat pulak dekat seafood memang umpph tapi kuah Kam Heong terlebih dari lauk. Rasa dia tak balance sangat sebab strong. Bab sedap memang sedap so tak perlu risau? Lepas ni kalau datang memang order butter milk je lah. 


Jagung je tak makan malam tu sebab batuk. Lupa nak pesan supaya buang jagung. Kesian betul jagung kena buang macam tu je. Sorry :(

Oh for drinks kami ambil teh ais, fresh orange and both sedap lah. Perlu ke lagi nak bagitau kan? Hshshs

For service quite nice lah staff yang layan kami cuma agak terkejut dengan staff yang kemas sebab sengaja buat bising padahal ikutkan operating hour sampai 1.30am. Masa tu baru 12.30am. Boleh je bagitahu supaya kami stop makan sebab diorang dah nak kemas instead protes macam tu. 

Terkejut jugak lah kena layan macam tu but that's just one staff and other staff pun minta maaf and say thanks. So tak ada masalah kot nak datang lagi. 

Update : Salted Egg pun not bad jugak! 


Second time pergi terjumpa pulak Ezzaty Abdullah, husband Ellie Suriaty, Azri Iskandar dengan siapa entah tak kenal pelakon lelaki tu. Baru rasanya. Crew ada tanya nak masuk dalam drama tak sebab diorang nak shoot scene makan dekat restoran tapi kang buruk pulak rupa bila tengah syok makan. Kalau nak merasa makan dengar artis ataupun masuk dalam drama, boleh la makan dekat sini haha

6 comments

  1. kalo akak dengan mak berdua memang 1 set jele kami order.. and yes buttermilk jadi pilihan.
    sedappp.. Dazrin pelakon tu ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah Dazrin pelakon tu. Memang handsome depan-depan, ramah pulak tu, murah dengan senyuman

      Delete
  2. Staf restoran selalu macam tu. Husnudzon jelah diorang penat. Huhu

    ReplyDelete
  3. pernah makan sekali dulu mafioso ni kat satu tempat kat shah alam tu sebelum dia pindah ke sepenuhnya ke seksyen 13..ok la, not bad and harga sesuai dengan portionnya...

    ReplyDelete
  4. Cantik kawasan dia.. Sedap pula nak mencuba..

    ReplyDelete
  5. First time dtg mkn memg berbaloi lah...shell out dia memg sedap n fresh lah..nk repeat lg dtg dgn family pulak..sblum ni dtg dgn member...memg recomended lah tmpat ni untk semua

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.