Movie Review : Saand Ki Aankh

Sunday 12 January 2020


Director : Tushar Hiranandani
Writer : Jagdeep Sidhu
Cast : Taapsee Pannu, Bhumi Pednekar, Prakash Jha, Vineet Kumar Singh, Nikhat Khan
Production Company : Reliance Entertainment, Chalk and Cheese Films
Distributor : Reliance Entertainment, PVR Pictures
Genre : Biopic / Drama
Running Time : 146 minutes
Release Date : 25 October 2019
Trailer :


Diadaptasikan dari kisah sebenar penembak tepat Chandro Tomar (Bhumi Pednekar) dan Prakashi Tomar (Taapsee Pannu) di daerah Haryana dan memandang rendah terhadap kaum perempuan.  Semua kerja dari melahirkan anak, bekerja di ladang, memasak, cuci baju hingga menguruskan suami pun perempuan dalam rumah yang uruskan. Si suami cuma melepak hisap hookah tepi ladang.


Tak cukup dengan semua kerja tu, kaum perempuan tak boleh ada minat dalam benda lain. Kalau minat pun buat lah diam-diam dalam bilik. Nak keluar bilik kena tutup muka dengan selendang. Disebabkan perkara ni, Prakashi kena pilih selendang warna apa untuk dipakai seumur hidup dia untuk elakkan tertukar orang. Dalam rumah tu ada 3 keluarga besar.


Pernah sekali Prakashi pujuk suami dia untuk bagitahu abang ipar atau ketua keluarga supaya benarkan dia menjahit dan buka kedai sendiri tapi dihalang keras sebab tak nak maruah kaum lelaki tercalar. Merepek sangat bantahan dia sebab yang bekerja di ladang tu kaum perempuan jugak. Satu kampung tahu kaum lelaki pemalas.


Chandro pujuk Prakashi supaya menjahit untuk anak-anak diorang je sebab anak-anak diorang pun dah ramai macam bela satu kampung jugak. Tapi disebabkan Prakashi jahitkan seluar untuk Shefali (Sara Arjun), mesin jahit dia dibuang keluar dan dia diharamkan menjahit sebab terikut dengan budaya Barat.


Beberapa tahun lepas tu kerajaan mencari bakat penembak tepat baru di India untuk dihantar ke Sukan Olimpik mewakili negara. Chandro senyap-senyap hantar Shefali ke shooting range kepunyaan Yashpal (Vineet Kumar Singh). Atas pujukan Yashpal, Chandro pun try menembak jugak and turns out peluru dia terkena Bull’s Eye.


Yashpal macam tak percaya tapi dia sepakat dengan Chandro untuk datang ke shooting range dan berlatih supaya boleh bertanding untuk kategori veteran. Awalnya Chandro, esoknya Prakashi join sekali. Dua-dua tembak tepat dan dapat markah tinggi sekali gus mengalahkan Mejar Das dan Maharani Mahedra Kumari (Nikhat Khan), top shooter setiap tahun.


Jalan cerita SKA menarik sebab idea Chandro dan Prakashi untuk keluar dari cengkaman suami diorang. Macam mana liciknya diorang menipu suami selama 4 tahun dan penuhkan satu kotak dengan medal diorang. Chandro dan Prakashi buat bukan sebab minat tapi sebab nak cipta peluang kepada Shefali dan Seema supaya dapat kerja dengan kerajaan.


Happy tengok movie ni sebab perjalanan diorang dari kampung sampai jadi Guest of Honor di istana dan impian untuk buka peluang kepada Shefali dan Seema berjaya. Sedih dan geram tengok kaum lelaki layan kaum perempuan teruk sangat dekat kampung tu. Scene Chandro dengan Prakashi tengok Raja layan Ratu dengan baik even support hobi dia yang suka menembak. Setiap kali tournament mesti Raja ada sekali bagi sokongan.


Lakonan Bhumi dan Tapsee dipersoal bila bawa watak orang tua sedangkan Neena Gupta antara pelakon wanita yang cemerlang dalam Badhaai Ho even Tapsee curah minyak di Twitter bila dia nak buktikan dia perfect cast untuk SKA. For certain scenes especially scene di shooting range, dia nampak bagus dengan watak dia tapi some scenes muka dia nampak cakey disebabkan solekan tebal bawah matahari terik. Even diction dia tak sehebat Bhumi but it just a minor defect for me.


Antara brownie points movie SKA ni bila dialog yang bersemangat dari Chandro dan Prakashi untuk break stereotypes kaum lelaki walaupun visual dan music score agak sederhana. Sebagai seorang perempuan, perjalanan Chandro dan Prakashi are well delivered from Tapsee and Bhumi thus I enjoyed this movie so much. Movie dari wanita untuk wanita. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.9 = 8.7/10

3 comments

  1. I suka genre movie mcm ni. Kena tgk yg ni jwbnyaa.. Hehe

    ReplyDelete
  2. sebelum baca ending review saya dah terfikir, not bad cerita ni macam mengangkat status kaum wanita

    ReplyDelete
  3. Wow.. movie dari wanita untuk wanita.. Bagus..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.