Movie Review : Motichoor Chaknachoor

Sunday 26 January 2020


Director : Debamitra Biswal
Writer : Debamitra Biswal, Bhupendra Singh
Cast : Nawazuddin Siddiqui,Athiya Shetty,Vibha Chibber, Navni Parihar, Vivek Mishra, Abhishek Rawat, Karuna Pandey, Bhumika Dubev
Production Company : Viacom 18 Motion Pictures, Woodpecker Movies Private Limited
Distributor : Viacom 18 Motion Pictures
Genre : Comedy/Drama
Running Time : minutes
Release Date : 15 November 2019
Trailer :


Dari trailer pun dah excited nak layan movie ni sebab kelainan jalan cerita bila mana pairing yang ada huge age gap. Nak pula bila lakonan Athiya jauh beza dengan movie pertama dan kedua which are Hero & Mubarakaan bila Athiya dapat screentime yang agak terhad dengan watak yang agak pasif.


Bertempat di Bhopal, Anita aka Annie Awasthi (Athiya Shetty), gadis muda yang nak berkahwin dengan lelaki yang bekerja di luar negara supaya dia dapat show off depan kawan-kawan dia yang dia boleh jejak kaki ke luar negara dan kahwin tanpa bayar hantaran.


Lepas tolak 10 lamaran, Annie mula risau dia akan ikut jejak langkah makcik dia (Karuna Pandey) yang membujang sehingga ke tua. Makcik dia bagi cadangan supaya kahwin je dengan abang Hema (Bhumika Dubev), Pushpinder (Nawazuddin Siddiqui) yang balik dari Dubai untuk bercuti bersama keluarga.

Pushpinder bekerja sebagai akauntan di sana dan merupakan kebanggaan Indu (Vibha Chibber) tapi sayangnya belum ada lamaran yang menjadi walaupun dah menginjak ke usia 36 tahun. Dia pulang dengan harapan dapat berkahwin dengan mana-mana gadis yang sudi jadi isteri.


Indu berjaya jumpa lamaran dari keluarga kaya walaupun bakal menantu agak gemuk nak dipadankan dengan anaknya yang kurus melidi. Tapi dia tak pandang semua tu asalkan dia dapat ambil duit hantaran Pushpinder untuk bagi kepada Hema dan bayar yuran pengajian Hakim (Abhishek Rawat).


Tapi tak lama kemudian Indu batalkan pertunangan Pushpinder dan Laali bila hadiah tunang yang dihantar oleh keluarga belah perempuan rendah kualiti dan buruk. Ditambah pula bila keluarga belah perempuan nak bayar hantaran rendah.


Khabar buruk bagi Indu tapi khabar baik bagi Annie bila dia ada peluang untuk goda Pushpinder supaya berkahwin dengan dia dan bawa dia berpindah ke Dubai. Sudahnya Annie come up dengan plan untuk kahwin dengan Pushpinder kahwin di court sebab Puspinder tak berani lawan kata-kata mak dia.


Terkejut dua belah keluarga bila Annie dengan Pushpinder balik dengan  kalungan bunga. Hancur impian Indu nak kaut untung dari duit hantaran tambah pula dia tahu Annie nak kahwin dengan anak dia sebab nak hidup di Dubai.


Sudahnya dua belah keluarga setuju untuk buat majlis kahwin sebelum saudara mara mengata. Kebahagiaan Annie tak lama bila dapat tahu yang rupanya Pushpinder dah dibuang kerja di Dubai dan balik ke India untuk cari kerja baru. Puas Annie dan Indu pujuk Pushpinder balik ke Dubai sudahnya Annie ditampar akibat geram dan stress.


Even dalam trailer jalan cerita movie ni nampak menarik tapi sayangnya full movie tak seperti yang diharapkan bila rahsia Pushpinder terdedah. Hujung cerita pun ditamatkan dengan komedi yang ditarik panjang supaya nampak meriah.

Since movie ni berlatarkan suasana penduduk luar bandar so isu sexism, body shame dan perkahwinan bukan masalah utama. Even Annie kena tampar dengan Pushpinder disebabkan salah Indu, ayah Annie buat keputusan untuk tak masuk campur hal anak dia sebab tanggungjawab dia dah habis bila dia hantar Annie ke rumah Pushpinder.


Walaupun Pushpinder minta maaf sebab tindakan dia tapi dia tak ada rasa bersalah pun dengan tindakan menampar isteri. Dialog pun agak bermasalah bila nenek Pushpinder datang pujuk Annie supaya balik ke rumah takut nanti orang dah tawar hati nak maafkan silap Annie yang malukan keluarga bila lari dari rumah.


Watak Annie nampak bermasalah bila keluarga dia fokus dengan perkahwinan sampai Annie tak ada ruang untuk capai impian dia pergi ke luar negara atas merit dia sendiri. Even makcik dia tak membantu untuk Annie berusaha malah sarankan Annie ambil jalan mudah dengan kahwin dengan Pushpinder.


Kalau ikutkan movie ni sepatutnya ada version yang lebih menarik tapi bila team production bergaduh sesama sendiri dan merosakkan karya, yang sakitnya penonton lah sebab tak dapat tengok version bagus dengan scene yang lebih menarik ataupun klimaks dan ending yang menghiburkan.

Visual looks great tapi music album agak average hasil buah tangan dari pelbagai komposer di bawah label Zee Music Company.  Choti Choti Gal is my favorite so far. Nyanyian Arjuna Harjai dan Yasser Desai.

All in all even plot agak tidak memuaskan tapi lakonan Athiya antara faktor utama movie ni dalam awaited list. Her performance looks outstanding walaupun nampak mismatch dengan Nawazuddin bila fizikal dia lebih besar. Tapi sesuai lah dengan tema movie ni bila watak hero tak kisah siapa pun heroin dia.

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.6 = 6.6/10

22 comments

  1. comelnya heroin tapi tak minat la hero dia..hehe

    ♕ Tiara Sapphire ♕

    ReplyDelete
  2. Nawazzudin jadi hero. Selalu dapat watak sampingan je.

    ReplyDelete
  3. Perghhh heroin dia lawaa, macam Kareena Kapor...nanti boleh tengok, sekarang Sis tengah giler nengok cite hantu hahahaha

    ReplyDelete
  4. Nawazuddin ni banyak berlakon kat filem Hindustan. Pernah jadi polis la, orang jahat la, jadi wartawan dalam citer Bajrangi Baijan. Pelakon yang lain saya tak cam sangat. Mungkin boleh tonton cerita ni nanti.

    ReplyDelete
  5. Boleh nak layan nie time weekend akan datang. Rawlins memang akan layan movies time weekend je sebab boleh relax. Thanks for fhe review ye.

    ReplyDelete
  6. Cerita konflik keluarga yang menarik ni. Okay...save date la relax dan santai tonton movie ni nanti

    ReplyDelete
  7. dah tengok jugak!! I sebenarnya mmg tunggu cerita ni nk release sbb pairing unik pastu trailerfun. Berbaloii jugaklah tengok sbb kurang sangat movie comedy hindi yg berkualiti. last i tgk comedy hindi yg best pataakha kot. plot bg i average je and ya boleh diperluaskan(?) lagi and happy ending dia seciput tu je? tak puasss. tp still I cannot brain pairing ni, even scene sweet2 pun I rasa cringe hahahaha.

    ReplyDelete
  8. Saya jarang tengok citer2 hindi nie. But Hindi movies are good to study Indian culture. Tengok the costume and the dance la best

    ReplyDelete
  9. Cerita dia mcm menarik. Ada plot cerita yg tersendiri.

    ReplyDelete
  10. nanti nak cuba tengoklah. baca pada jalan cerita tu nampak menarik. terima kasih untuk reviewnya ya.

    ReplyDelete
  11. Lama tak tengok filem-filem hindi. In shaa Allah lepas baca review ni bolehlah start mencari filem-filem dari sana yang berkualiti :)

    ReplyDelete
  12. Heroin baru ekk..nanti nak tengok gak lah, lama pulak rasanya tak tgok cerita hindi. Baca review macam menarik walaupun ada yg tak menarik..tapi layankan aje lah kan..hehehe

    ReplyDelete
  13. Ok mcm menarik jln cwrita dia.. Heroin ni akak tak permah tengok lagi berlakon.. Maybe sebab akak dah lama x layan bollywood cerita2 baru kot

    ReplyDelete
  14. Best pulak baca jalan cerita dia ni. Biasanya Fadzi jarang nak tengok movie. Tapi ni nampak best pulak

    ReplyDelete
  15. Nampak macam best pulak citer ni. Tapi risau jugak time tengok nanti tertidur sebab hero dia lain dari kebiasaan kan. Hahaha

    ReplyDelete
  16. Macam best je jalan cerita dia. Suka tengok cerita komedi. heroin dia cantik

    ReplyDelete
  17. Hah team production bergaduh. Yeke.. Lol.. Tapi tgk dri mula jalan cerita macam best.. Huhuhu.. Mesti ada yag tak best kan.. Haishh

    ReplyDelete
  18. Kita tengok preview cam best giler jalan citer ni..!! Acting depa semua superb. Nak tengok laaa nanti

    ReplyDelete
  19. Bila baca ni nampak cam plot cerita komedi je. Tp betul la in reality diaorang memang camni, pentingkan hantaran dan lelaki selalunya sangat dominan

    ReplyDelete
  20. Baca sinopsis sini dah macam menonton satu movie penuh kita boleh faham jalan cerita tapi biasa lah cerita Tamil banyak aksi kena juga menonton kat wayang hehehe cuma kita jer kutang sikit filem Tamil ni wakakakkaka..

    ReplyDelete
  21. menarik juga untuk dilayan, kurang tengok filem tamil sebenarnya. thanks for sharing

    ReplyDelete
  22. Wow jarang tengok orang buat sinopsis cerita tamil. Hehe. Tamil ni byk aksi juga kan. Wawa pun kadang layan cerita tamil.. Tapi tengok jalan ceritanya juga... Tapi nampak menarik lak jln cerita yg ni..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.