Burnt Cheesecake, Gloria Jeans Oasis Square Ara Damansara

Monday 27 January 2020

Lepas dah lama tak lepak makan dekat Gloria Jeans, finally last week ada masa sikit masa lunch hour untuk keluar jalan-jalan lepas makan. Sebab panas terik sangat, saja singgah dekat sini lepak makan cheesecake. 

Kebetulan pulak ada menu baru, Burnt Cheesecake. Dari minggu lepas penuh dekat timeline Twitter isu burnt cheesecake tak jadi guna resipi Danish disebabkan ahkak bertuah tu guna air fryer. Dari malas nak makan terasa nak makan sebab dari siang membawak ke malam asyik nampak burnt cheesecake. 


So ni la burnt cheesecake Gloria Jeans Oasis Square Ara Damansara. Cantik kan? 


Katanya burnt cheesecake ni memang lembut dekat tengah so masa nak potong tu kena panaskan pisau dulu supaya cantik terpotong dan tak hancur.


Harga dia RM10 sepotong dan serve kosong tak macam cheesecake Boston, ada chocolate untuk balancekan rasa supaya tak muak. Even kosong pun dah nice dah rasa dia sebab crust dekat bahagian bawah tu crunchy. Just avoid makan bahagian atas sebab pahit hshshs nama pun burnt kan. Nanti boleh lepak makan lagi dekat sini. Nyummyyyyy!

5 comments

  1. Haha..tau burnt cheesecake ni pun pasal akak tu complain resepi dia tak jadi. Nampak sedap. Nanti nak cari

    ReplyDelete
  2. memang tengah in eehhh burnt cheesecake ni..
    sana sini orang share. tapi kiteee x dapat rasa lagi. hehe
    nanti hunt jugakla..

    ReplyDelete
  3. Nampak lezat lah cake ni, nyumm..

    ReplyDelete
  4. Yang hangit tu sebenarnya buat cheesecake ini sedap.. hehehe..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.