Wednesday, 22 January 2020

Drama Review : Cindai


Pengarah : Azman Hj Yahya (Jinggo)
Penulis Skrip : PGRS Team & Pn Hjh Sheila Rusly
Pelakon :  Ayda Jebat, Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Catriona Ross, Raysha Rizrose, Fatin Afeefa, Niezam Zaidi, Haeriyanto Hassan, Ainina Ahmad B, Mas Khan 
Genre : Drama
Durasi Tayangan : 15 episod
Tarikh Tayangan :  23 Disember 2019 – 15 Januari 2020
Syarikat Produksi : JS Pictures Sdn. Bhd
Pengedar :  TV3
Trailer :


Cindai Reihana (Ayda Jebat) anak yatim piatu yang dibesarkan di rumah anak yatim selepas ibu dan ayah dia dibunuh oleh Rudy (Haeriyanto Hassan) dan Zah yang gilakan ibu bapa dia. Disebabkan tragedi tu, dia mula trauma dan kehidupan dia agak malang bila dia dibuli dengan rakan-rakan sebilik yang lain dek kerana muka dia yang berparut di bahagian dahi. 


Akibat dari tekanan kehidupan dan persekitaran sekeliling, Cindai menghidap penyakit mental bipolar disorder. Stress dengan gangguan yang tak sudah dan pihak atasan ambil keputusan untuk hantar Cindai ke sekolah baru, Cindai ambil keputusan untuk larikan diri walaupun Salmah cuba memujuk supaya habiskan SPM bersama. 

Cindai tetap dengan keputusan dia untuk tinggalkan tempat tu dan hidup merempat di bandar KL. Disebabkan lapar sangat, Cindai mencuri makanan di restoran nasi campur. Iskandar (Syazuwan Hassan) yang lunch di situ tolong bayarkan makanan Cindai dan bagi RM10 untuk belanja.


Rezeki Cindai bila owner kedai makan terima dia bekerja sebagai tukang basuh pinggan di situ. Amir (Nazim Othman) jatuh cinta pandang pertama dengan Cindai walaupun Cindai layan dia dengan kasar.


Menyampah dengan layanan staff lain yang suka pandang hina disebabkan rupa yang buruk, Cindai berhenti kerja dan berjumpa semula dengan Rudy. Malangnya Cindai tak cam siapa pembunuh ayah ibu dia walaupun Rudy tahu siapa Cindai gara-gara rantai yang dipakainya. 

Untuk beberapa hari saja, Rudy berbuat baik dengan Cindai bila dia tak mampu nak kawal nafsu dan merogol Cindai. Nasib Cindai baik bila Amir tolong dan ambil Cindai tinggal dengan dia sekeluarga. Amir yang mula ada hati dengan Cindai suarakan hasrat untuk berkahwin tapi Cindai taknak hidup miskin. 

Dia nak berkahwin dengan Iskandar yang kebetulan merupakan bos di tempat kerja baru. Walaupun Iskandar dah berkahwin dengan Yasmin tapi tu tak menghalang Cindai untuk pikat hati Iskandar disebabkan hubungan sulit Yasmin dan Farouk (Mas Khan) yang dihidunya.


Untuk peluang besar macam tu Cindai perlukan duit sebanyak RM100k untuk buat pembedahan plastik dengan gunakan Amir yang sanggup gadaikan nyawa untuk Cindai semata untuk tengok Cindai bahagia. Sudahnya Amir hilang rumah akibat berhutang dengan ah long walhal Cindai berjaya kahwin dengan Iskandar selepas kematian Yasmin.


Bertemakan penyakit mental yang makin meningkat naik di Malaysia, team Cindai tampil dengan tema yang sama walaupun perkembangan jalan cerita agak klise dengan drama TV yang lain. Watak utama ada bipolar tapi tak digarap dengan baik symptom dan akibat kepada pesakit.


Ada la beberapa scene seperti bercakap sendiri but for me it just common sebab drama mana yang tak ada bercakap sendiri kan? Ada scene bila bibik Santi bagitahu Iskandar yang Cindai selalu menangis bila Iskandar sibuk dengan kerja. For me, it is not really a good example to portray a bipolar patient. 

Antara bipolar dengan hati busuk, I prefer kalau team PGS stick dengan tema hati busuk je sebab jarang watak utama merupakan watak bermasalah. Sakit hati bila tengok Cindai aniaya Amir sekeluarga padahal Amir yang banyak tolong dia dari hidup merempat sampai dapat buat plastic surgery.


Yang tak boleh terima akalnya bila dia buat plastic surgery sampai RM100k untuk kecacatan yang ditutup dengan rambut. Bila dah buat surgery pun bukan berbeza mana pun muka dia sampai orang lain tak cam. Masih lagi dia buat hairstyle yang ada fringe di bahagian dahi. Yang berbezanya hati makin busuk. 


Betul kata Iskandar, Cindai bukan sakit bipolar tapi takut dengan bayang-bayang sendiri sebab Amir, Salmah, mak Amir diuji lagi hebat dari Cindai. Bukan nak merendahkan tragedi hidup Cindai tapi sakit hati tengok dia aniaya orang yang tolong dia dari susah. 

Untuk lakonan Ayda sebagai Cindai yang ada bipolar, for me biasa je tambah pula kalau screentime tu ada watak dia je. Bila dia beria teleng kepala untuk hidupkan vibe spooky dan creepy, nampak over. Ditambah pula dengan music score dia yang tiba-tiba buat letak music terkejut yang out of nowhere. 


Yang buat excited nak layan drama ni bila Nazim ambil watak sebagai budak kampung. I’ve never seen him in this avatar so it’s kinda fresh dan dia pun bersyukur dapat ilmu baru bawah arahan Sheila Rusly. I think Sheila Rusly berjaya develop talent dia and they need to collaborate more after this.


Watak sampingan macam Mas Khan, Nobit, Catriona Ross, Raysha Rizrose, Fatin Afeefa, Niezam Zaidi berjaya hidupkan drama ni dan menyerlah dalam watak masing-masing. I did a marathon yesterday dari lunch sampai malam. Settle! Beres! Khalas!


Big applause untuk team Cindai sebab keluar dari kepompong drama Melayu yang klise dan jadikan drama sebagai medium untuk hebahan social awareness. Walaupun ending tergantung dan tiada Cindai 2 tapi dah boleh faham lah apa kesudahan cerita semua watak. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 7.2/10

7 comments:

  1. Tengok drama ni sebab Nazim tu je. HAHA boleh gak?

    ReplyDelete
  2. Akak follow gak citer cindai ni tp ending dia kureng la...mesti ada sambungan nanti ni kan...

    ReplyDelete
  3. Masa memula dulu ingatkan drama ini drama seram.. ada lah hajat nak tengok juga.. sekali drama gini.. memang tak tengoklah.. tak kose.. kikiki..

    ReplyDelete
  4. nope im not watching this. haha sbb scary

    ReplyDelete
  5. Agen Domino Terpercaya menyediakan banyak promo menarik sekali
    Salah satu promo yang diminati banyak orang disini adalah bonus deposit 10% tanpa batas
    Dengan bonus tersebut membuat para pecinta judi online beralih ke situs ini.
    ZumaQQ juga menyediakan deposit via pulsa telkomsel,xl,ovo,dana,gopay,dll
    WA : +6281263106553

    ReplyDelete
  6. lama tak layan drama melayu
    biasa garapan SR n Jinggo selalunya best
    just yang ni tak terasa nak tgk sebab
    tak suka heroin dia 😜

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah habis da cter ni hahaha stress tengok jeling2.
    macam ada sambungan je sbb tergantung ending tu.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!