Coronavirus - Punca & Simptom

Friday 24 January 2020

Dunia digemparkan dengan virus terbaru yang menyerupai SARS iaitu Coronavirus (nCoV). Virus ni terdapat di dalam binatang dan berpindah dari binatang kepada manusia. Setakat ini doktor dan saintis belum lagi jumpa penawar atau vaksin pencegah.

Image

Kalau tengok dari pemakanan penduduk daerah Wuhan, China, binatang liar antara makanan kegemaran ramai dan juga tarikan pelancong. Menu eksotik pilihan pengunjung ialah sup kelawar dan sup ular tedung. Dari fakta sains, kelawar merupakan binatang yang mempunyai virus dan tidak selamat dimakan. Sama juga dengan binatang berbisa dan haiwan liar yang lain. 

Image

Senarai binatang liar yang dijual di restoran di daerah Wuhan

Pada awalnya kerajaan China menidakkan berita tentang virus ni tapi hari ni seluruh penduduk Wuhan dikuarantin apabila beberapa negara telah terdedah dengan coronavirus. Di China 25 kematian telah dilaporkan dan 800 orang telah dijangkiti coronavirus. 7 daerah di negara China telah pun dikuarantin untuk mengelakkan virus ni merebak dengan lebih meluas.

Image

Malaysia berisiko tinggi untuk dijangkiti nCOV disebabkan jumlah tourist dari negara China yang agak besar saban tahun. Negara-negara Asia seperti Thailand, Jepun, Vietnam, Korea, Filipina, Singapura dah ada kes untuk virus berbahaya ni. 

Antara simptom-simptom bagi virus nCoV ialah :

- Demam [suhu panas melebihi 38 darjah celcius]
- Batuk berkahak
- Muntah
- Cirit-birit
- Sakit sendi
- Masalah pernafasan
- Sakit kepala
- Pneumonia
- Kegagalan buah pinggang

Cara virus nCoV merebak ialah melalui udara bila pesakit yang menghidap virus nCoV bersin ataupun batuk, bersentuhan seperti hand shake, pegang objek yang mempunyai virus nCoV kemudian menyentuh mata, hidung ataupun mulut. 

Image

Antara langkah-langkah untuk mengelakkan penyebaran virus nCoV ialah 

- Elakkan handshake atau menyentuh mana-mana objek yang terdedah
- Cuci tangan dengan bersih selama 40 hingga 60 saat secara kerap 
- Makan makanan yang dimasak sepenuhnya terutamanya telur dan daging. 
- Cuci sayur-sayuran dan buah-buahan sebelum makan.
- Pakai mask bila di tempat awam
- Bila batuk atau bersin, gunakan tisu atau kain untuk elakkan dari berjangkit kepada orang lain. 

Kalau ada simptom pada anda atau orang sekeliling, secepatnya berjumpa dengan doktor atau pakar kesihatan untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku. 

7 comments

  1. Allahu. sungguh kami takut dengan ujian ini T_T

    ReplyDelete
  2. geram jugak dengan orang di wilayah wuhan ni, macam dah takde makanan yang elok... lepas tu akak ada terbaca katanya beberapa hari sebelum wilayah wuhan di tutup, maksudnya semua penduduk tak diberi keluar atau masuk ke sana, ramai yang lari untuk keluar ke negara lain... kang tak pasal-pasal jangkit lak ke negara lain... geram lak perangai masing-masing, moga kita di jauhkan la dari penyakit tuh ye farhana

    ReplyDelete
  3. Pelik-peliklah China nie.. Punyalah banyak makanan, kelawar juga yang dimakannya..

    ReplyDelete
  4. semoga kita dijauhkan drp wabak maut ini...

    ReplyDelete
  5. semoga kita dijauhi daripada penyakit ni.

    ReplyDelete
  6. menakutkan bila dengar tentang wabak ni

    ReplyDelete
  7. take careee yaa. kurangkan aktiviti luar.
    insyallah doa banyak2 Allah lindung kita.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.