BILA SISTEM GAGAL MEMBELA GENERASI MUDA, KEBENARAN DIBONGKAR DALAM SIRI JERITAN JUVANA

Thursday, 26 November 2026

BILA SISTEM GAGAL MEMBELA GENERASI MUDA, KEBENARAN DIBONGKAR DALAM SIRI JERITAN JUVANA | 10 FAIL KISAH BENAR, SATU RAHSIA SILAM YANG MENGHANTUI FITRI FAROK 

Kuala Lumpur, 26 November 2026 – Apabila kanak-kanak ditahan polis, masyarakat pantas melabel mereka sebagai penjenayah tanpa pernah bertanya, di manakah orang dewasa ketika mereka mula tergelincir? Naskhah Tonton Original Series bergenre social crime sebanyak 10 episod, Jeritan Juvana bakal menggegarkan skrin secara eksklusif bermula 28 November setiap Sabtu dan Ahad, jam 12.00 tengah malam hanya di Tonton.

Karya terbitan Anomali Media Sdn Bhd di bawah arahan pengarah berkaliber Amor Rizan, dengan nukilan skrip oleh Adza Emie menampilkan Fitri Farok dan Syad Mutalib sebagai teraju utama, drama ini turut diperkuatkan oleh barisan pelakon hebat seperti Fauzi Nawawi, Kaka Azraff, Hariz Hamdan, Ashraf Muslim, Hadi Putra, Rykarl Iskandar, Taufiq Hanafi, Cahaya Nilam, Umar Shakur, Mikael Noah, Danish Hazriq, Alif Hadi, Sher Sah, Syed Irfan, Shaharuddin Thamby, Zarynn Min, Arash Mohd dan Shyrim. 

Diinspirasikan daripada kisah benar dan laporan akhbar tempatan, siri ini membongkar realiti remaja  bawah umur yang terperangkap dalam kitaran pengabaian, penderaan dan jenayah bukan kerana mereka dilahirkan jahat, tetapi akibat kegagalan keluarga dan masyarakat yang memilih untuk menutup mata.

Jeritan Juvana mengikuti langkah Azhar (Fitri Farok), peguam muda yang tenang dan berprinsip dalam membela kes-kes juvana secara pro bono. Menerusi satu soalan ringkas, "Ceritakan apa yang berlaku," setiap episod memutar masa melalui flashback bagi mendedahkan punca sebenar di sebalik kes buli di asrama elit, ketagihan vape terlarang, lumba haram, cabaran media sosial yang membawa padah, sehinggalah ke kes penderaan rumah tangga. Di sisinya ialah Sofea (Syad Mutalib), paralegal cekap dan berani menegurnya, yang mana keserasian mereka dalam menegakkan keadilan perlahan-lahan membibitkan rasa cinta.

Namun, di sebalik ketenangan seorang peguam yang jarang menunjukkan emosi, tersimpan satu persoalan besar, mengapa Azhar begitu taksub membela kanak-kanak teraniaya tanpa mengharapkan sebarang balasan? Setiap kali fail kes ditutup, reaksi sunyinya seolah-olah membayangkan ada sesuatu yang sedang menghantui fikirannya. Siapakah Azhar yang sebenarnya di sebalik topeng profesionalisme itu dan apakah harga yang terpaksa dibayarnya apabila rahsia yang dipendam lebih sedekad lamanya bakal terbongkar di kemuncak perbicaraan nanti?

Mengulas mengenai watak berat yang digalasnya, Fitri Farok menyifatkan Azhar sebagai karakter yang penuh teka-teki. "Azhar seorang lelaki yang sangat sukar dibaca kelihatan tenang di luar, tetapi menyimpan seribu satu rahsia di dalam. Setiap kes yang dikendalikannya memaksa saya menyelami konflik dalaman seorang manusia yang berjuang habis-habisan menyelamatkan orang lain, sedangkan dirinya sendiri terperangkap dengan sesuatu yang belum selesai. Saya harap penonton mula membuka mata tentang tanggungjawab kita melindungi generasi muda sebelum terlambat," katanya. 

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Jeritan Juvana bermula 28 November 2026, setiap Sabtu dan Ahad, jam 12.00 tengah malam secara eksklusif di aplikasi Tonton. Untuk mendapatkan info terkini tentang drama dan rancangan kegemaran anda, layari Facebook, X, YouTube dan Instagram di @tontonmy.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.