JAFF MARKET 2026: BUKA LALUAN GLOBAL BUAT PENGGIAT FILEM MALAYSIA, MEDIA PRIMA TAMPIL SEBAGAI RAKAN MEDIA SERANTAU

Friday, 13 November 2026

Pasaran filem terkemuka serantau JAFF Market 2026 dikuasakan oleh Amar Bank, bakal kembali untuk edisi ketiganya yang berlangsung pada 28 hingga 30 November 2026 di Jogja Expo Center (JEC), Yogyakarta. Acara industri selama tiga hari ini terus memperkukuh peranannya sebagai platform utama yang memacu karya serta harta intelek (IP) pembikin filem Asia ke pentas antarabangsa.

Merancakkan lagi penganjuran tahun ini, penglibatan Media Prima Berhad sebagai Rakan Media Serantau (Regional Media Partner) menguatkan lagi sokongan terhadap industri filem tempatan. Pembabitan strategik ini sekali gus, membuka ruang pendedahan lebih luas buat bakat tempatan serta memperkukuh kedudukan Malaysia dalam peta industri perfileman dan kandungan kreatif Asia Pasifik.

Sebagai hab pertemuan profesional, JAFF Market 2026 menawarkan peluang besar kepada pembikin filem Malaysia menerusi dua program terasnya. Program pertama, JAFF Future Project (JFP) membariskan 11 projek filem terpilih di pelbagai peringkat pembangunan untuk dihubungkan dengan rakan kongsi pembangunan, pembiayaan, pasca-produksi dan pengedaran. Menariknya, JFP menampilkan pengarah tersohor seperti Boo Junfeng, M. Raihan Halim dan Sidharta Tata selain penyertaan filem Australia: Wreck and Ruin, menerusi kerjasama dengan Adelaide Film Festival (AFF) dan mylab.

Sementara itu, program JAFF IP Connection (JIPCon) pula mengetengahkan 10 Harta Intelek (IP) terpilih merentasi pelbagai medium seperti komik dan animasi untuk diadaptasi ke skrin. Selain menampilkan enam IP dari Indonesia serta wakil dari Taiwan dan Hong Kong, JIPCon turut disertai dua IP dari Korea 

Selatan menerusi rakan kerjasama Asian Contents Film Market (ACFM). Edisi kali ini juga melancarkan program sulung Producers Exchange yang menawarkan padanan perniagaan untuk mempertemukan penerbit secara terus dengan pasukan JFP, wakil JIPCon, pempamer dan delegasi antarabangsa.

Projek filem dan harta intelek (IP) terpilih tersebut juga akan dipertemukan dengan 14 penerbit dari pelbagai negara menerusi edisi sulung program Producers Exchange di JAFF Market tahun ini. Malaysia diwakili oleh penerbit Wong Kew Soon.

Turut serta ialah Danzen Santos Katanyag (Filipina), Jason Karman (Kanada/Indonesia), Kimbo Kim (Korea Selatan), Nana Riskhi dan Nick Musa (Indonesia), Otgontuya Zorig (Mongolia), Phimphloi Nan Saensuk (Thailand), Sam Chua Weishi dan Wendy Lie (Singapura), Shao-Yi Chen (Taiwan) serta Rajib Mohajan (Bangladesh/Amerika Syarikat).

Melengkapkan barisan 14 peserta ini ialah dua penerbit dari Australia, Lisa Scott dan Rae Choi melalui kerjasama Adelaide Film Festival (AFF).

Pengarah Pasaran JAFF Market, Linda Gozali, menegaskan bahawa penganjuran ini bertujuan menukarkan penemuan bakat dan cerita baharu kepada kerjasama jangka panjang yang mampu menembusi pasaran global. Bagi pembekal serta penggiat filem Malaysia, platform ini membuka ruang luas untuk meneroka produksi bersama (co-production), memasarkan katalog kandungan sedia ada di samping  menjana pembiayaan antarabangsa. 

Untuk maklumat lanjut mengenai JAFF Market 2026, sila layari laman web rasmi JAFF di https://jaff-market.com/.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.