Deli Wau, Citta Mall | Last Lunch Date 2020

Thursday 31 December 2020

Tak tahu kenapa Kak Nora ajak makan luar tengahari tadi. Last makan tengahari tahun ni katanya. Since dah banyak kedai makan dekat Citta Mall yang best dah kena tutup, kitorang blur jugak nak makan apa. Lepas buat rutin wajib, tawaf dulu satu floor, baru dapat decide nak makan dekat mana. Itupun masa pegang menu dekat luar restoran pun dok fikir lagi nak pergi mana satu. 

'Ana nak makan yang mana? Yang tu ke yang ni?'

'Kak Nora nak makan yang mana? Kita okay je mana-mana.'

'Kak Nora pun okay je. Kak Nora tak kisah.'

T.T


Sebab tak pernah merasa haaa so kita masuk dalam Deli Wau ni. Cantik pun cantik restoran dia. Memandangkan cuaca sekarang ni panas terik waktu tengahari, memang port kitorang bawah air-cond lah. Pandang kiri kanan pun cantik dengan deco minimalis orang pantai timur. Deli Wau ni ambil alih restoran Teh Tarik Place so dekorasi dia lebih kurang je dengan yang sebelum ni. Cuma ubah warna cat dengan hiasan dinding je. 





Menu dia nampak je kosong tapi dekat belah dalam banyak gambar menarik sampai rasa lapar terus haha! Pasal harga, boleh kata harga standard makanan dalam mall lah. Alang-alang dah makan menu yang memang harga mahal kan, baik ambik yang susah nak jumpa. 


So I order Nasi Kerabu Sotong Celup Tepung sebab Nasi Kerabu is my fav hehehe bab sotong tu tanya dulu sotong jenis apa. Kalau sotong kering memang tak nak lah. Lagi satu, dia ada dua jenis sambal. Kalau yang biasa ada budu je tapi kalau yang lagi satu ada sambal tumis. I choose the budu one lah. Kang sambal tumis dia tak sedap habis potong selera. Kak Nora pilih Nasi Goreng Chicken Salted Egg sebab sakit gigi. 

Lama jugak lah nak tunggu makanan sampai sebab lunch hour. Nasib baik air sampai dulu, boleh la sambil menyembang sambil minum. Kalau menyembang pesen tak ingat dunia. Habis semua benda cerita. 

Anddddd here it is my Nasi Kerabu Sotong Celup Tepung. Nice kannnnn! 


Nasi Kerabu dia semua cukup lengkap sebab ada solok lada tanpa lada hahaha sebab ada isi ikan yang dikukus je. Dia buat bentuk bulat but still sedap macam solok lada asal tu. Kalau beli Nasi Kerabu memang susah la nak jumpa yang jual sekali solok lada. Sotong dia paling sedap sebab dekat luar crunchy tapi dekat dalam lembut je. Tak liat macam sotong tak ikhlas. Banyak tau dia bagi sampai I bagi satu bahagian kepala dekat Kak Nora. Berbaloi RM17 untuk sepinggan Nasi Kerabu ni. 


Nasi Goreng Salted Egg Kak Nora pun not bad sebab kuah dia pekat and creamy. Perfect combination lah makan dengan nasi goreng. Ayam dia pun lembut walaupun dari luar nampak macam digoreng garing. 

Deli Wau ni buka dari jam 8 pagi sampai 10 malam setiap hari. Since dekat sini makanan sedap and boleh celebrate any event, nanti tahun depan boleh book untuk birthday celebration. Macam hari ni pun kira nak celebrate lah jugak haha tapi sayang betul terlupa nak ambil gambar dengan Kak Nora. Sedap sangat makan sampai lupa. Anyway, happy new year guys!

Produk terbaru dari Beausiti keluar sebulan yang lepas menampilkan minuman kesihatan sarang burung yang diadun bersama madu asli. Tak pasti berapa banyak yang Tokti keluarkan untuk first batch tapi semuanya sold out! 

Minggu lepas masa chambee pergi meeting dengan team Tokti, dapat la hadiah Beaunest sekotak. Dalam satu kotak Beaunest tu ada 6 botol minuman kesihatan sarang burung. Minuman kesihatan ni Tokti keluarkan sebab dia amalkan minum sarang burung masa dia pregnant. So dia nak share kebaikan minum sarang burung tu dengan semua especially fans dia. 

Minuman kesihatan sarang burung ni sesuai diminum untuk semua peringkat usia dan mengikut kajian, sarang burung ni bagi manfaat mampu meningkatkan imuniti badan. Sesuai sangat lah di musim pandemik ni kalau amalkan minum sarang burung dengan ramuan semulajadi lain seperti madu, kurma dan delima. 

Selain tu juga boleh Meningkatkan penyembuhan dan pemulihan, membantu menyokong, menguatkan serta membantu memulihkan sistem pernafasan dan paru-paru and yes of course untuk kecantikan kulit jugak. 


Ramuan : 


Fakta Nutrisi : 

Sama macam tengok dekat video di IG Tokti, tekstur dia tak pekat likat pun. Cair dan tak ada bau yang strong. Personally for me tak berapa suka dengan rasa sarang burung dengan sirap kurma sebab dekat tekak rasa pahit. Lagipun I memang tak suka kurma but for those yang suka kurma mungkin enjoy minum Beaunest ni. Katanya sedap bila minum time sejuk. Sekotak Beaunest ni harga dia RM75, boleh beli dengan ejen Beausiti. 

Hari terakhir untuk tahun yang penuh kejutan bakal berakhir dalam beberapa jam sahaja lagi. Ingat lagi tak hujung tahun ada Year End Sale? Masa ni lah nak borong sakan untuk tahun depan. Tahun baru, azam baru, semangat baru, barang pun kena lah baru. Penting tau untuk boost self-confidence kita dan lahirkan aura positif supaya misi kita tercapai. 

Sebab tu platform e-dagang PG Mall come up dengan Countdown Sales untuk sama-sama meraikan kehangatan tahun 2021! PG Mall yang ditubuhkan sejak tahun 2017 juga merupakan  platform e-dagang tempatan yang pertama di Malaysia. Tambahan pula, PG Mall berada di kedudukan TOP 3 dalam Iprice insight.

 

Sesuai dengan alternatif platform e-dagang Top 3 di Malaysia, kemudahan pembayaran secara online termasuklah e-wallet adalah kelebihan yang disediakan oleh PG Mall kepada para pengguna. Pilih je nak bayar melalui apps yang mana, semua ada. Tak payah nak perning kepala dah. 

 

Countdown Sales bermula dari 25 Disember hingga 1 Januari 2021dan tawaran serendah RM1 sahaja dengan free shipping bernilai RM30! Barangan yang available dalam Countdown Sale PG Mall ni adalah barangan keperluan rumah, barangan runcit, bayi dan kanak-kanak, kesihatan dan kecantikan, automotif dan sukan, perkakas elektronik dan juga fesyen. 

 

Cara untuk dapatkan tawaran hebat ni mudah sangat, cuma perlu klik Redeem Coupon Code : COUNTI di website PG Mall. Macam I sendiri nak beli beberapa barang yang available dekat Countdown Sale PG Mall, antaranya : 

1. Coleman Walker Bagpack

 

Untuk tahun 2021 ni rasa macam nak more to hiking dan lebih dekat dengan nature. Sebab tu nak cari bagpack yang tahan lasak macam bagpack dari Coleman ni. 

Store : https://pgmall.my/Coleman-OS 

Coupon Code : COLE10OFF


2. Montbell Supportec Light Tights 

 

Bila hiking ataupun camping syok kalau pakai seluar yang selesa dan serap air macam Montbell Supportec Light Tight Women’s Black ni. Bukan untuk hiking je, even masa yoga session, Zumba ataupun kardio workout pun boleh guna. 

Store : https://pgmall.my/Montbell-OS

Coupon Code : MON10OFF


3. Aik Cheong White Coffee Hazelnut

 

Kopi perisa hazelnut tengah jadi kegilaan sekarang. Kadang tu sampai out of stock bila nak pergi beli barang dapur. Nasib baik dekat PG Mall ni available especially masa Countdown Sales. Lucky for me boleh beli dekat sini. Lepas habis workout session, tenangkan diri dengan kopi hazelnut. Nyum!

Store : https://pgmall.my/seller_store_product/AIK-CHEONG-COFFEE-ROASTER-SDN-BHD 

Coupon Code : CHEONG

Jangan tunggu lama-lama tau untuk shopping dekat PG Mall sempena Countdown Sales ni sebab ada barang yang I check dah sold out dah and several items agak terhad kuantitinya. Haaa jangan kata I tak pesan awal-awal. Untuk maklumat lanjut boleh klik dekat link bawah ni:


Website 

Facebook  

Instagram 

Telegram 


#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #yes #yearendsale2020 #freeshipping

Jangan Pelik! Ada Wanita Yang Selalu Cirit-Birit Waktu Haid, Ini Namanya ‘Period Poop!’

Tuesday 29 December 2020

Haid… Boleh menyebabkan senggugut, perubahan mood dan jerawat. Tetapi bukan itu sahaja, ia juga berisiko mendatangkan ‘malapetaka’ pada sistem pencernaan anda!

Pernahkah anda mendengar istilah period poop? Jika tidak, dalam bahasa mudah ia membawa maksud cirit-birit ketika haid, pergerakan usus yang berubah apabila haid bermula. Period poop agak berbeza jika dibandingkan dengan ‘bahan buangan’ anda sebelum haid, dan ia selalunya bersifat lebih cair, lebih kerap, atau menjadi cirit-birit.

Menurut Dr. Yolanda Kirkham, Pakar Sakit Puan di Women’s College Hospital dan Pusat Kesihatan St. Joseph di Toronto, hormon sebahagian besarnya adalah punca yang boleh dipersalahkan!

Tahukah anda, setiap kali kitaran haid berlaku, tubuh kita akan mengalami banyak perubahan hormon? Ya, benar. Perubahan ini mempengaruhi seluruh tubuh, lantas menyebabkan gejala sindrom prahaid (PMS) yang merangkumi perubahan mood, kekejangan, dan perubahan sistem pencernaan.

Persoalannya di sini, bagaimana haid boleh mempengaruhi pergerakan usus? Ingin ketahui dengan lebih lanjut? Jom baca!

Haid & pergerakan usus

Sebelum penulis mengupas isu ini dengan lebih lanjut, mari kita fahami dahulu makna pergerakan usus. Untuk pengetahuan anda, pergerakan usus (bowel movement) adalah cara tubuh kita membuang sisa yang tidak ada sebarang kegunaan di dalam badan.

Kandungan najis adalah kira-kira 3 per 4 air. Selebihnya adalah campuran bahan yang merangkumi:

  • Bakteria
  • Lemak
  • Serat (makanan yang tidak dicerna)
  • Sisa makanan
  • Lendiran
  • Garam

Faktor-faktor berikut membincangkan perubahan di dalam badan yang berlaku sebelum dan semasa haid yang mempengaruhi pergerakan usus anda, antaranya:

#1 Peningkatan pengecutan otot

Tepat sebelum haid bermula, tubuh akan mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai prostaglandins. Apa fungsinya? Hormon-hormon ini merangsang pengecutan otot di rahim lantas membantu badan menyingkirkan lapisan rahim.

Pada masa yang sama, hormon haid turut merangsang otot di usus yang berdekatan dengan rahim untuk mengecut, menyebabkan pergerakan usus yang lebih kerap. Bukan itu saja, ia juga mengurangkan keberkesanan tubuh dalam menyerap air, menyebabkan najis lebih cair dan meningkatkan risiko cirit-birit.

Namun, apabila ia berlaku, mungkin sukar untuk anda membezakan sama ada mengalami kekejangan rahim, perut atau usus kerana semuanya menyakitkan dan tidak menyelesakan. Tambah lagi, hormon prostaglandins juga terlibat dalam banyak gejala PMS yang lain, termasuklah sakit kepala.

#2 Progesteron meningkat

Antara hormon lain yang bakal meningkat tepat sebelum haid bermula adalah, hormon progesteron. Bagi sesetengah wanita, progesteron berisiko mempengaruhi saluran pencernaan sehingga menyebabkan sembelit atau cirit-birit.

Pada wanita yang mempunyai masalah usus kronik atau penyakit radang usus (IBD), seperti ulcerative colitis atau penyakit Crohn, maka menstruasi boleh memburukkan lagi gejala yang dialami. Contohnya, pada individu yang mengalami sembelit berkaitan dengan IBD, perubahan yang berkaitan dengan hormon progesteron akan memburukkan lagi masalah sembelit.

Bukan itu sahaja, hal ini juga mempengaruhi mereka dengan kondisi seperti endometriosis, fibroid rahim, malah sista ovari.Tambahan itu, pesakit IBD juga lebih cenderung mengalami simptom PMS yang lain, seperti sakit kepala atau senggugut.

#3 Tahap stres atau kegelisahan meningkat

Ketika PMS atau haid, kebanyakan wanita mengalami perubahan mood atau peningkatan tahap kegelisahan.Ternyata, bukan hanya faktor hormon malah stres juga boleh mempengaruhi pergerakan usus anda, menyebabkan sembelit mahupun cirit-birit.

Menurut penyelidikan di dalam jurnal BMC Women’s Health, golongan wanita melaporkan kepekaan yang lebih tinggi terhadap kesakitan dan ketidakselesaan dalam fasa prahaid dan semasa haid. Justeru, ia berisiko memburukkan lagi simptom stres dan kegelisahan yang dialami.

#4 Perubahan diet

Selalu rasa lapar dan craving makanan-makanan manis apabila nak datang bulan? Ternyata ada penjelasan di sebaliknya! Ia berpunca oleh hormon progesteron yang meningkatkan rasa lapar dan membuatkan kita teringin makanan tinggi kandungan lemak atau gula, seperti aiskrim, kek mahupun coklat.

Namun, disebabkan tubuh sukar untuk mencernanya, pengambilan makanan ini mampu mempengaruhi saluran pencernaan anda. Perubahan berkaitan PMS dalam tabiat pemakanan menyumbang kepada penyebab segelintir wanita melihat perbezaan dalam konsistensi, kekerapan, atau bau najis mereka sebelum atau semasa haid.

Tip menguruskan period poop

Bagi sesetengah kaum Hawa, haid adalah tempoh masa yang paling ingin dielakkan dek kesakitan yang terpaksa dihadapi! Tetapi usah risau, jika tidak dapat menghilangkannya secara total, anda masih boleh mengurangkan simptom-simptom dialami dengan perubahan diet dan gaya hidup.

Tip berikut dapat membantu anda menangani masalah cirit-birit ketika haid:

  • Makan banyak serat semula jadi, termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, dan biji-bijian: Makanan berserat tinggi membantu menjaga sistem pencernaan yang sihat

  • Lakukan aktiviti fizikal: Jangan terlalu pasif dan hanya berbaring sepanjang hari. Pastikan badan sentiasa bergerak dan kekal aktif kerana ia boleh melegakan masalah kekembungan, ketidakselesaan dan membantu usus bergerak dengan baik

  • Cuba pelembut najis: Ubat pelembut najis membantu najis melewati usus dengan lebih mudah

  • Ambil ibuprofen: Ibuprofen (ubat tahan sakit) bukan sahaja dapat bantu mengurangkan kekejangan dan ketidakselesaan rahim, malah mengawal prostaglandins. Kadangkala, kesan ubat ini juga dapat mengatasi gejala pencernaan yang berkaitan dengan haid

Sekiranya masalah ini berlarutan sehingga mengganggu kehidupan harian, usah buang masa dan segera berkonsultasi bersama doktor agar pilhan rawatan terbaik dapat diberikan.

Konklusinya…

Benar, masalah sembelit dan cirit-birit terutamanya ketika period adalah amat menjengkelkan dan menyiksakan, namun biasanya ia akan berakhir apabila habis haid. Sekiranya rawatan di rumah masih tidak membantu, doktor anda mungkin akan mengesyorkan pilihan ubatan lain ataupun rawatan hormon.

Movie Review : Shaandaar (2015)

Sunday 27 December 2020

Director : Vikas Bahl

Writer : Anvita Dutt Guptan

Cast : Shahid Kapoor, Alia Bhatt, Pankaj Kapur, Sanah Kapoor, Vikas Verma, Niki Aneja Walia, Sushma Seth, Sanjay Kapoor, Shibani Dandekar

Production Company : Phantom Films, Dharma Productions

Distributor : Fox Star Studios

Genre : Romantic / Comedy

Running Time :144 minutes

Release Date : 22 October 2015

Trailer :

Keluarga Arora akan mengahwinkan anak perempuan sulung mereka, Isha Arora (Sanah Kapoor) dengan Robin Fundwani (Vikas Verma) dek kerana business deal untuk syarikat Shaandaar bersama Fundwani. Mengikut Akta Syarikat, keluarga Arora telah pun diisytiharkan bankrap dan satu-satunya jalan keluar dari status ni adalah dengan berkahwin dengan keluarga kaya. 

Majlis perkahwinan yang gah ni dikendalikan oleh si kacak Jagjinder Joginder aka JJ (Shahid Kapoor). Semasa bertembung di jalan, JJ jatuh cinta dengan Alia Arora (Alia Bhatt), anak angkat Bipin Arora (Pankaj Kapur) dan Geetu Arora (Niki Aneja Walia). Alia dan JJ sama-sama menghidap insomnia dan habiskan masa siang juga malam bersama. 

Bipin yang menyampah dengan perangai JJ cuba untuk protect anak perempuan kesayangan dia. Isha pula terpaksa hadap perangai misogynist Robin bila dia selalu dikecam sebab obesiti. Mr Fundwani (Sanjay Kapoor) selalu tegur Robin supaya jaga perangai sebab dia taknak business deal ni gagal bila keluarga Fundwani pun berstatus bankrap. 

Suka dengan konsep movie Shaandaar bila pengarah Vikas Bahl cuba masukkan elemen story-telling ala fairytale dan guna tema feminis. Ada beberapa scene digantikan dengan animasi sebab ada yang over the top macam idea Alia untuk kenakan nenek dia, Kamla Arora (Sushma Seth) but it is still fun to watch. Fun fact, Shaandaar merupakan first movie tentang destination wedding di Bollywood. 

Phantom Films dan Dharma Productions belanjakan dana yang besar untuk visual sebab banyak scene dengan sinematografi yang cantik dari lensa Anil Mehta. Bukan setakat tu je, Anil bereksperimentasi dengan menggunakan warna black and white sahaja untuk lagu Nazdekiyaan. Several scenes antara JJ dengan Alia nampak dreamy dan scenes yang menggunakan CGI pun not bad lah. 

Bila di bawah Dharma Productions, ada scene Mehendi With Karan bila Karan Johar dijemput untuk jadi hos dalam rancangan tersebut dan main Rapid Fire dengan pasangan bakal pengantin sama seperti dalam rancangan dia, Koffee With Karan. Siapa yang menang akan bawa pulang hamper. Props yang digunakan pun nampak grand habis. Sesuai lah dengan tajuk movie, Shaandaar (Epik/Gah). Menyampah tengok Robin bila Karan tanya apa favorite place Isha, dia jawab dekat dapur. Biadap!

Tapi best bila tengok JJ dengan Bipin defend Isha sebab Sanah Kapoor adik kepada Shahid Kapoor dan mereka berdua anak kandung Pankaj Kapur. Walaupun lain mak tapi tetap rapat and yes, ni movie debut Sanah dekat Bollywood. Dia nampak selesa dengan watak Isha dan deliver dengan bagus. Suka tengok dia senyum sebab cantik. Wardrobe dia pun cantik digayakan walaupun bersaiz besar. Jarang nak nampak dalam movie sebab semua heroin kebanyakannya size zero. 

Memandangkan movie Shaandaar ni genre romantic comedy so tak lah berat sangat pun lakonan masing-masing. Even Shibani Dandekar pun berlakon dalam movie ni setakat jadi cantik je di sebalik JJ. Chemistry Alia dengan Shahid pun menjadi sebab Shahid crush Alia in real life sejak zaman sekolah so senang lah nak build up good chemistry. Scene Alia pakai bikini tu macam tak perlu langsung sebab tak menambahkan apa-apa impak pada penceritaan pun. 

Music score dari Amit Trivedi jarang lah mengecewakan dengan 7 buah lagu dengan lirik yang dikarang oleh Amitabh Bhattacharya, P L Santoshi, Rajender Krishan dan Anvita Dutt. Lagu Senti Wali Mental adalah diss antara Isha dengan Robin pada malam sebelum majlis kahwin. Lirik dia best! My fav pick haruslah Shaam Shaandaar sebab Shahid hot teruk. K gurau, sebab beat lagu tu rancak sesuai untuk party.

 

Walaupun movie ni flop dan ada beberapa scene yang hambar dan tak logik tapi still suka dengan konsep fairytale, breathtaking visuals, good chemistry dan tema feminism dalam movie Shaandaar. Kudos!

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.9, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 7.9/10

Movie Review : KL Zombi

Pengarah : Woo Ming Jin

Penulis Skrip :  Adib Zaini, Woo Ming Jin

Pelakon : Zizan Razak, Siti Saleha, Zain Hamid, Iedil Putra, Usop Wilcha, Izara Aishah, Faezah Elai, Yus Raja Lawak, Azhan Rani, Fadzli Daniel Ali

Syarikat Produksi :  Grand Brilliance, Imaginex Studios

Pengedar :  Primeworks Studios, Netflix, Iflix

Genre :  Seram / Komedi

Durasi Tayangan :  92 minit

Tarikh Tayangan : 29 Ogos 2013

Trailer :

Diadaptasikan dari novel Zombijaya karya penulisan Adib Zaini, filem di bawah production house, Grand Brilliance arahan dan penulis Woo Ming Jin mengisahkan tentang Nipis (Zizan Razak) dari zero berubah kepada hero selepas Kuala Lumpur dilanda virus zombie. 

Beberapa jam sebelum masuknya Tahun Baru, Nipis, Kamarul (Iedil Putra), Ana (Izara Aishah), Sofea (Faezah Elai) dan Alif (Zain Hamid) lepak di atas bukit. Sementara tunggu bunga api, Alif digigit oleh anjing dan Ana bawa dia ke hospital untuk rawat luka tersebut. Tapi tak sangka pula gigitan anjing berubah menjadi virus zombie. 

Simptom Ana dengan Alif agak lambat untuk muncul bila ambil masa lebih kurang dalam sehari. Walhal orang lain bergerak agak pantas. Ada yang bertukar immediately selepas gigitan, ada yang ambil masa juga. Mungkin ikut imun badan gamaknya. 

Nipis sedar tentang apokalips ni agak lambat bila dia pergi ke jerat cina untuk ambil nombor ekor bersama Boroi (Yus Raja Lawak). Sedih hati dia bila tengok kakak kembar dia dah pun berubah menjadi zombie dan mak dia pun mengalami nasib yang sama. Dalam situasi genting tu dia terjumpa dengan Nora (Siti Saleha) semasa nak menyelamatkan Sofea. Mampu tak dia selamatkan Nora dan dunia, kena tengok sendiri lah movie genre seram komedi ni di Netflix atau Iflix. 

Sebelum ni dah pernah try baca novel Zombijaya tapi tak kena dengan selera. Belum masuk dua bab dah tidur lena sudahnya jual dekat orang je. Bila dah jadi movie ni macam nice pulak nak layan. Mungkin sebab Zizan yang banyak deliver punchline kelakar dari awal movie sampai habis. Ada juga yang hambar but okay lah. 

Latar tempat pun tak digambarkan dengan tepat sebab sekolah Ana mengajar tu dekat Bukit Jelutong and most of the places pun dekat Bukit Jelutong tapi dekat hujung cerita diorang bagitahu tempat tu ialah Bukit Jalil. Padahal sekolah terang-terang tulis Bukit Jelutong, Selangor Darul Ehsan. 

Kekuatan filem KL Zombi ni mungkin pada visual kot sebab montaj looks great dengan combination warna-warna neon untuk perkenalkan para pelakon. Untuk props macam kelakar sebab kayu hoki Nipis kejap ada, kejap hilang. Sama juga macam jaket dia, sekejap penuh darah, tengok lagi sekali dah bersih dah. Makeup team did great. 

"Selaras dengan misi kami untuk menjadi penanda aras baru filem tempatan, KL Zombi merupakan filem pertama yang menampilkan zombi-zombi dengan solekan kesan khas yang merangkumi prostesis, lateks dan kanta lekap khas serta baju yang dilusuhkan dan diubah untuk mengikut watak zombi-zombi tersebut.’

Kalau tengok dekat awal filem, anjing yang gigit Alif tu makan sisa dari bahan kimia syarikat Bro Khalid (Usop Wilcha) tapi penawar dia pun dari bahan yang sama. Aneh tapi benar. I tak rasa ni spoiler sebab tengok dari awal movie membawa ke habis cerita pun dah boleh agak yang krim tu penawar dia. Dah kalau yang hodoh pun boleh jadi handsome, yang tawar boleh jadi sedap, apatah lagi untuk virus zombi. 

Scene Zizan jumpa Zaini (Fadzli Daniel Ali) tu macam try hard sangat. Patutnya dikembangkan lagi kenapa Zizan keluar dengan kayu hoki dia. Kalau untuk cari makanan macam kelakar sebab dia baru lepas cari makanan dengan Nora. Patutnya bagi alasan yang kuat untuk keluar bila zombi bersepah dekat luar. Sama lah dengan scene Boroi buat sepah dekat dapur. Menggelikan jugak lah dengan mulut berbuih macam tu. Anyway, kalau suka lakonan Zizan boleh la layan, kalau tak minat better jangan buang masa. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4/10

Movie Review : Kartini – Puteri Jawa

Saturday 26 December 2020

Pengarah : Hanung Bramantyo

Penulis Skrip : Hanung Bramantyo, Bagus Bramanti

Pelakon : Dian Sastrowardoyo, Deddy Sutomo, Christine Hakim, Acha Septriasa, Ayushita Nugraha, Reza Rahadian, Adinia Wirasti

Syarikat Produksi :  Legacy Pictures, Screenplay Films

Pengedar :  Legacy Pictures, Netflix

Genre :  Biografi / Drama

Durasi Tayangan :  119 minit

Tarikh Tayangan : 21 April 2017

Trailer :

Diadaptasikan dari novel biografi karya Pramoedya Ananta Toe berjudul Panggil Aku Kartini Saja dan novel yang mengumpulkan surat kepada teman penanya di Belanda - Habis Gelap Terbitlah Terang, filem Kartini di bawah produksi Legacy Pictures dan Screenplay Films arahan pengarah terkenal, Hanung Bramantyo menyingkap kehidupan sosok feminis lagenda di Indonesia, Gusti Puteri Kartini. 

Berlatarbelakangkan suasana kehidupan masyarakat Jawa di daerah Jepara, Jawa Tengah, Indonesia pada tahun 1800, mengikut adat turun-temurun, anak perempuan yang sudah datang haid pertama akan diasingkan dalam kamar sehingga lah lamaran dari datang menjelma. Tak kisah lah sebagai isteri pertama, kedua, ketiga mahupun yang keempat. 

Sementara menunggu giliran menjadi Raden Ayu, anak-anak perempuan akan diajar cara berjalan, bertangas, mandi lulur juga mandi bunga. Kartini (Dian Sastrowardoyo) sering mengelak untuk belajar berhias. Hidup dia diibaratkan seperti burung yang dibela oleh Pak Atmo. Sebelum abangnya Kartono (Reza Rahadian) berangkat ke Netherlands untuk menyambung pelajaran, dihadiahkan kunci almari yang dipenuhi dengan bahan bacaan. 

‘Tubuh bisa hancur ditelan tanah atau dibakar di atas kayu api tapi pikiranmu tidak ada batas waktunya. Jangan biarkan pikiranmu terpenjara.’ – Sosrokartono

Sejak dari situ Kartini mula membaca dan perkembangkan ilmunya dengan menulis sehingga diterbitkan di dalam majalah Belanda – De Hollandsche Lelie menggunakan nama samaran Daun Clover. Kartini malah mengajar adik-adik perempuannya, Roekmini (Acha Septriasa) dan Kardinah (Ayushita) bila abangnya berpesan supaya sentiasa sebarkan ilmu kepada yang lainnya. 

Bukan abangnya menjadi pendukung malah ayahnya, Raden Sosroningrat (Deddy Sutomo) juga memberi kelonggaran sedikit demi sedikit terhadap Kartini bila dia mengharumkan nama keluarga dan membantu penduduk kampung jana pendapatan melalui seni ukiran. 

Ibu kandungnya, Yu Ngasirah (Christine Hakim) didesak oleh Raden Adjeng Moeryam (Djenar Maesa Ayu) supaya kawal anak-anak perempuan mereka. Tapi bagaimana mungkin dia mahu menghalang jikalau ayah mereka yang berkehendak sedemikian? 

Pengarah dan penulis Hanung Bramantyo memang menulis jalan cerita Kartini untuk Dian kerana dia adalah pelakon popular di Indonesia juga menggunakan platform yang dia ada untuk kerja-kerja amal, sama seperti Kartini. Sebelum start shooting, Dian banyak belajar dari novel-novel Kartini, pergi ke rumah dan melawat kuburnya. Acha Septriasa dan Ayushita pula dipilih sebagai watak utama kerana status populariti dan lakonan masing-masing. 

Dialog antara kekuatan filem Kartini dengan impian dan harapan seorang perempuan untuk memecahkan stereotype dan memberi peluang juga pendidikan yang samarata seperti kaum lelaki. Dalam mengejar kebebasan, diselitkan juga kenapa beberapa watak rela berkorban akur dengan kehendak adat. Scene yang sangat bermakna dan mendalam antara Yu Ngasirah dan Kartini di tepi tasik. 

Walaupun latar tempat adalah di Jepara tapi disebabkan keadaan Jepara sendiri sudah moden, team production pilih untuk shooting di Jakarta dan Jogjakarta untuk filem biografi ni. Kagum dengan keindahan kesenian budaya yang dipamerkan baik dari pakaian, adat perkahwinan dan kehidupan, makanan, ukiran dan banyak lagi. Pendek kata, filem ni kaya dengan sejarah. Sinematografi yang cantik dari Faozan Rizal dikukuhkan lagi dengan music score gubahan Andi Rianto dan Charlie Meliala.

 

Walaupun kisah Kartini membangunkan anak bangsa sudah lama berlalu tapi tak ada beza sangat lah dengan kehidupan wanita di zaman sekarang. Tambah pula di zaman social media yang mementingkan populariti dan status kekayaan berbanding ilmu. Di Malaysia, kembar SPM 7G malah disanjung lebih tinggi dari yang berilmu hanya kerana ada Mustang. 

Lepas tengok filem Kartini, rasa beruntung tak perlu dikurung dalam kamar sambil menunggu lamaran menjadi isteri ketiga atau berjalan melutut dalam kain batik ketat. Rasa beruntung dapat pelajaran yang tinggi sehingga mampu berdikari tapi masih banyak lagi yang perlu diubah untuk masa depan yang lebih baik. Great biopic movie indeed. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Pengarah :  Mark Lee See Teck

Penulis Skrip :  Mamu Vies, Nadia Khan

Pelakon :   Jasmine Suraya, Sufian Suhaimi, Alvin Wong, Fazreen Fazeera, Erry Putra, Fiza Thomas, Sherry Aljeffri, Nazirul Syazwan, Faizal Bazari, Ella Anak Apit

Genre : Thriller / Drama

Durasi Tayangan : 96 minit

Tarikh Tayangan : 21 November 2020

Syarikat Produksi : Jazzy Pictures

Pengedar :  Astro Citra & Citra HD

Trailer :

Mengisahkan tentang instafamous Hannah Rozana, tanpa sengaja menjadi saksi kes pembunuhan apabila terakam satu peristiwa pembunuhan ketika melakukan IG live disebuah kawasan berhantu, di Taman Mega Bayu di mana seorang warga asing ditemui mati tergantung di rumah tersebut. 

Melawat kawasan rumah berhantu antara salah satu aktiviti ekstrem dalam plan Hannah bersama kawan baik dia, Alia (Fazreen Fazeera) untuk keep engage dengan audience dan followers dia lepas dia dikecam dengan haters cuma dapat pengikut kerana muka dia yang cantik walhal tak ada content yang best pun. 

Gara-gara live streaming tersebut yang mendedahkan muka Tony (Alvin Wong) yang sekarang sedang bersembunyi dari pihak berkuasa. Risau dengan keselamatan Hannah, Inspektor Fazli (Erry Putra) minta sepupu dia, Fendi (Sufian Suhaimi) bawa ke kampung supaya dapat bersembunyi di sana. Dua orang pegawai polis akan ditugaskan untuk berkawal. Tapi disebabkan kecuaian Hannah buat live streaming di lokasi persembunyian, Tony dan anak-anak buah dia dengan pantasnya ke sana. 

Tak tahu la kalau dah banyak telemovie atau drama dengan tema social media influencer ni sebab so far yang I pernah tengok drama Cinta Itu Fairytale so for me jalan cerita telemovie Please Subscribe Cintaku ni fresh dan unik cuma sayangnya skrip tak dikembangkan dengan baik. Elemen saspen dan thrill tu tak dirasai sebab karakter watak agak terhad. Kalau macam dalam drama CIF tu nampak la watak utama memang buat kerja review secara professional, jauh beza dengan Hannah dalam telemovie ni. 

Menyampah dengan watak Fendi yang tak semena-mena suka mengamuk tak tentu pasal. Kalau tak suka Hannah pergi ke kampung dia, boleh je reject idea Fazli. Mungkin baru lepas putus dengan Shida (Ella Anak Apit) so semua benda dia nak emo. Lakonan Sufian Suhaimi pun tak berapa meyakinkan sangat dan tak ada chemistry dengan Jasmine. Nasib baik Jasmine pandai berlakon tambah pula karakter dia memang jenis banyak mulut dan peramah orangnya. 

Durasi telemovie ni panjang sampai 96 minit tapi dipenuhi dengan flashback yang agak panjang walhal scene tu semua dikutip dari first half telemovie. Kalau scene banyak sangat sampai kita lupa apa yang jadi dekat first half boleh la nak remind lama macam tu. Konflik pun nampak tak intense mana sebab penjenayah (Nazirul Syazwan) (Faizal Bazari) macam bodoh alang. Silap cari orang lah, silap culik orang lah, culas buat kerja dan banyak lagi lah. Tak tahu pulak telemovie ni genre komedi. 

Soundtrack untuk telemovie ni ialah lagu Janji, single dari Sufian Suhaimi sendiri dan kebetulan pelakon undangan dalam music video tu Jasmine Suraya Chin. Rasanya dalam MV tu lagi terserlah chemistry diorang compared to this one. Mungkin Sufian tak selesa dengan penampilan watak dia. Who knows. 

Suka tengok scene dekat rumah Tok Wan (Sherry Aljeffri) sebab terasa suasana kampung tu. Kopek buah pelam buat jeruk dekat meja luar. Fatin (Fiza Thomas) dengan Tok Wan pakai baju kurung Kedah dan kain batik nampak cantik sangat, tak kekok langsung. Dengan pinggan mangkuk warna jingga tu buat rasa rindu nak balik kampung je. Kudos to Loo Shu Ni for this details. 

Overall telemovie ni tak mencapai expectation walaupun penulis skrip dia Kak Neddo. Plot twist dia pun predictable. Quite disappointed but okay lah kot for a telemovie. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 4.4/10