Friday, 4 December 2020

Raff Printing | Kedai Printing Murah Dengan Service Mantap!

Nak cari kedai printing yang tawarkan service terbaik dengan harga yang murah bukan senang. Tambah pula dengan keadaan paandemik macam sekarang ni, ada yang tutup kedai, ada yang terbatas pergerakannya, ada yang kekurangan staff untuk siapkan dalam masa yang singkat. Alhamdulillah terjumpa Raff Printing di saat memerlukan!

Bulan lepas nak order sticker logo firm untuk lekat dekat PPE suit sebelum dihantar kepada branch yang lain untuk didermakan kepada yang berkenaan. Masa tu order 40 sticker je sebab nak try dulu kualiti dan service dia macam mana sebab harga murah tak menjanjikan kualiti yang bagus kan? Come to my surprise bila tak ambil masa yang lama pun untuk tempahan siap dan kualiti cantik dan mantap. 

Bila dah yakin dengan service Raff Printing, kitorang buat tempahan pula untuk printing service bila kena update booklet Company Profile RRM sebab dah ramai lawyer yang dah berhenti malah dah ada yang buka firm sendiri dah. Bulan September buat photoshoot session dengan semua lawyer dan staff yang terlibat kemudian hantar gambar dengan draft dan template kepada Raff Printing. Dalam dua, tiga hari macam tu dapat sample untuk check sama ada nak teruskan ataupun perlu amend mana yang patut.

Pernah juga masa nak buat event, terlupa nak order bunting. Dalam masa sehari sebelum event, mana nak cari kedai printing untuk service yang cepat siap kan? Bila call Raff Printing, fuhhh lega sangat sebab bunting boleh siap pagi esoknya. Settle satu punca sakit kepala lepas dah hantar logo dekat email. Tinggal bunting dengan stand sampai dekat office je sebab ada delivery service ikut harga kawasan. Tak payah pening kepala bazirkan masa nak cari lokasi kedai dekat mana ataupun stuck dekat roadblock semata nak buat tempahan ataupun pickup. Online je senang! 

Untuk minggu ni kami order mock cheque pula untuk event CSR di rumah anak yatim bersama NGO yang terlibat. Mock cheque ambil masa 3 hari untuk siap so kena hantar design awal supaya tak kelam kabut macam event sebelum ni. Banyak kan produk dan service yang kami dah guna dekat Raff Printing ni? Kalau ada membership card, dah boleh dapat point banyak dah tau!

Bab caj-caj tersembunyi ni setakat ni tak pernah pula jadi isu sebab Raff Printing memang akan bagitahu semua harga dan kos yang terlibat beserta quotation. Kalau urusan personal, seringgit dua tu kita tak berkira sangat tapi kalau tempah untuk kegunaan pejabat, semua aliran duit keluar masuk perlu jelas, terang dan nyata kan? Kang sangkut audit, tak memasal je. 

Raff Printing ni terletak di No 17, Lorong Bunga Melati 2A, Taman Maju Jaya, 56100 Kuala Lumpur. Bukan setakat printing service, banner dan sticker je ada dekat sini, even flyers, bill book, name card, banner, logo design, sticker PVC, sticker label, jersi custom made, bagpack flag, nametag, woven bag, paper bag, rubber stamp, laminate, binding, scan dan juga service photostat pun disediakan  untuk kemudahan pengguna. 

Memang banyak je kedai printing yang terdapat di KL atau Petaling Jaya ni tapi kalau dah jumpa dengan service terbaik macam ni, siapa tak suka kan? Setakat ni belum pernah lagi dikecewakan dengan service Raff Printing ni baik tempahan yang sedikit ataupun yang banyak sampai beratus unit ataupun beribu helaian. 

Raff Printing ni dah beroperasi sejak tahun 2014 lagi Cuma masih belum ramai yang tahu dan kenal dengan kedai yang menawarkan service terbaik di kawasan Lembah Klang. Raff Printing beroperasi dari jam 10 pagi hingga jam 10 malam tapi disebabkan PKPB, waktu beroperasi dikurangkan satu jam. 

Nak tengok hasil kerja Raff Printing dengan client lain, boleh pergi ke Facebook Raff Printing ataupun Instagram. Nak buat tempahan, boleh whatsapp ataupun email En. Fai. Jangan risau, semua staff Raff Printing mesra dan memudahkan urusan tempahan. 


Blogspot : http://raffairy.blogspot.com/

Facebook : https://www.facebook.com/rafprinting/

Whatsapp : https://wa.me/60183836951

12 comments:

  1. wow..menarik..harga murah tapi servis bgus..lps nie boleh la cuba..

    ReplyDelete
  2. Sangat- sangat menarik...aekarang bukan sennag nak cari tempat prunting yn murah dan servis yg bagus kan...boleh cuba ni...

    ReplyDelete
  3. alaa jauhnya! kalau dekat dah lama kita gi tempah. anyway tq share siapa yang dok dekat area sana nanti bolehlah kita recommend dekat kawan-kawan

    ReplyDelete
  4. Menariknya untuk mereka yang cari servis macam ni. Airah biasa memang cari untuk buat name card and sticker. Nanti boleh la try servis diaorang pulak

    ReplyDelete
  5. Woww kalau murah kita pon nak order jugak. Yeds, bagus kan order online aje. Nanti kita nak terjah Raff Printing. Nak compare harga dengan my previous kedai sticker. Nak buat name card n bunting kedai haaaa

    ReplyDelete
  6. Bagus ni especially untuk peniaga kecil2an. Kawan saya ada sorang yang baru bukak bisnes from home. Nnti saya recommend kat dia untuk buat printing service kat sini.

    ReplyDelete
  7. I am checking this out ! Cause I am looking for printing shop to print stuff for Christmas.

    ReplyDelete
  8. Haaa service macam ni yang orang perlukan..tak mahal dan service pulak terbaik kan

    ReplyDelete
  9. service bagus ,itu yg menarik tu ... and tak mahal

    ReplyDelete
  10. Usahawan bumiputera macam ni kena support mereka buat printing yang berkualiti dan cantik mesti ramai datang... kita masa study dulu cari juga tempat printing bumi senang...

    ReplyDelete
  11. Oh boleh buat namecard la.. It's time to create a new branding for myself juga... boleh la try Raff Printing ni nanti... tak la jauh sangat from my area juga ni..

    ReplyDelete
  12. eh boleh buat name card ke? i pun nak design card dan print out untuk christmas. jimat masa

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!