Movie Review : Coolie No. 1 (1995)

Friday 25 December 2020

Director : David Dhawan

Writer : Rumi Jaffery, Kader Khan

Cast : Govinda Ahuja, Karisma Kapoor, Harish Kumar, Sadashiv Amrapurkar, Kulbhushan Kharbanda, Shakti Kapoor, Kanchan, Mahesh Anand, Mahavir Shah

Production Company : Pooja Films

Distributor : Tips Industries Limited, Tips Music Films, S K Enterprise Ltd

Genre : Romantic / Comedy

Running Time : 161 minutes

Release Date : 30 June 1995 (India)

Trailer :

Movie romantic comedy  arahan David Dhawan di bawah produksi Pooja Films ni dibikin semula dari movie Tamil Chinna Mapillai (1993) yang mengisahkan tentang kuli di stesen bas yang jatuh cinta dengan si cantik dan anak perempuan orang kaya. 

Selepas Pandit Shadiram Gharjode (Sadashiv Amrapurkar) rasa  terhina dengan  pertemuan antara rombongan lelaki bersama Choudhry Hoshiarchand Shikarpuri Bakulwala (Kader Khan) sebab dia bawa rombongan dari keluarga sederhana, Pandit pujuk Raju Coolie (Govinda Ahuja) untuk menyamar sebagai putera raja. Kebetulan Raju memang jatuh cinta sebab Malti (Karishma Kapoor) cantik sangat. 

Tak sangka masa pertemuan pertama pun Malti dah jatuh cinta dengan Raju lepas selamatkan dia masa jatuh dari pokok semasa menunggu pak cik dia, Goverdhan (Shakti Kapoor) buang air kecil. Shalini (Kanchan) pula jatuh cinta dengan Deepak (Harish Kumar). Pandit manipulate Goverdhan sampaikan mereka bertiga dapat tinggal di rumah Hoshiarchand secara percuma selama mana mungkin. 

Plan Pandit menjadi bila Hoshiarchand percaya dengan lakonan Raju dan kereta Mercedes yang dipinjam dari bengkel Deepak kemudian rumah banglo yang disewa untuk yakinkan orang kaya sombong tersebut tentang kekayaan si putera. Selepas Raju dan Malti berkahwin, mereka pergi ke Bombay dan buat drama Raju dibuang keluarga kerana kahwin dengan perempuan dari keluarga miskin. 

Malti yang percaya bulat-bulat apa yang dikata oleh suami dia tak kisah langsung hidup di rumah kecil sampai lah Hoshiarchand datang untuk melawat anak perempuan dia dan terjumpa Raju di stesen bas bekerja sebagai kuli. 

First half terhibur dengan plan gila Pandit, Raju dan Deepak untuk perdaya Hoshiarchand tapi bila masuk second half dah serabut bila Raju menipu dia ada kembar yang bekerja sebagai kuli. Tapi sebab serabut tu lah lagi banyak scene kelakar dari Govinda sebab kena play double role yang berbeza karakter. Chemistry dia dengan Karishma of course lah best, sebab tu jadi hit Jodi di Bollywood back in 90s tapi tak banyak sangat scene diorang berdua except dalam lagu. 

Music score gubahan composer duo Anand-Milindada beberapa lagu hits seperti Husn Hai Suhana dan Coolie No. 1. David Dhawan dengan pengarah T-Series, Vashu Bhagnani sangka lagu Husn Hain Suhana nyanyian Abhijeet dan Chandana Dixit akan jadi selling factor untuk music album Coolie No. 1 tapi rupanya lagu "Main To Raste Se Ja Raha Tha" nyanyian Kumar Sanu dan Alka Yagnik yang menjadi penarik.

 

Sinematografi dari lensa Rajan Kinagi cantik dengan keindahan kawasan kampung. Transition yang kemas dalam lagu Husn Hain Suhana bila watak Shalini dan Malti bertukar ganti. Costumes dari Abdul Jabbar works fine tapi macam pelik jugak lah semua kuli dekat stesen bas tu pakai baju baru. Nampak ketara sangat masa scene last untuk selamatkan Hoshiarchand dekat hospital. 

Tahun 1997 Govinda dengan David Dhawan come up dengan movie comedy yang sama berjudul London Coolie. Tak pasti sequel ataupun movie baru cuma dengan konsep yang sama tapi sayangnya movie tu shelved. 

Asalnya movie Coolie No. 1 ni dijudulkan sebagai Coolie sahaja tapi sebab clash title dengan movie Amitabh Bachchan, Govinda suggest letak No. 1. Lepastu muncul lah movie Hero No. 1, Biwi No. 1 dari David Dhawan bersama Govinda dan semuanya hit di box office.  

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.8/10

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.