Monday, 14 December 2020

Movie Review : Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium

 

Pengarah :  Mamat Khalid

Penulis Skrip :  Mamat Khalid, Usop Wilcha

Pelakon :  Usop Wilcha, Elizabeth Tan, Namron, Faradhiya, Nasir Bilal Khan, Hitler Zami, Pyan Habib, Wandy Bernama, Man Kadir, Mason R Walker, Mawar Rashid, Eina Azman

Syarikat Produksi :  Mountingboard Prouctions, D Siney Prouctions

Pengedar : Pencil Pictures, Records Sdn Bhd, Netflix

Genre :  Komedi / Seram

Durasi Tayangan :  90 minit

Tarikh Tayangan : 3 September 2015

Trailer : 

Lepas kejayaan franchise Hantu Kak Limah dengan genre yang sama, komedi seram, pengarah penulis Mamat Khalid muncul dengan movie spin off franchise tersebut - Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium. Watak Usop Wilcha mempunyai fanbase yang tersendiri sampai Usop berani menjadi penulis, pelakon malah produser untuk movie yang diterbitkan oleh Mountingboard Prouctions dan D Siney Prouctions ni.

Idea movie ni bukanlah original sebab kita dah pernah tengok konsep movie yang bertemakan makhluk muzium hidup di malam hari selepas berlakon kaku di hadapan pengunjung pada siang harinya dalam franchise movie A Night In The Museum. Sama lah dengan makhluk muzium yang ditempatkan di Uniersiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak ni. 

Kerana Pak Jabit (Man Kadir), Usop Wilcha (Usop) dapat job di pameran hantu muzium bila penghawa dingin selalu bermasalah sampai Cik Sofia (Faradhiya) terpaksa tukar ganti staff elektrikal di situ. Kehadiran Usop Wilcha disenangi oleh Datuk Maharaja Lela a.k.a Pandak Lela (Namron) dan Putum (Hitler Zami) kerana watak Usop yang cinta dan hormat dengan sejarah Tanah Melayu. 

Pameran hantu yang diadakan adalah pameran hantu dan raksasa dari Amerika jadi Tyra Vlad (Elizabeth Tan) dan Mr. Ghollum (Wandy Bernama) yang setup semua benda sebelum tarikh pembukaan. Mereka berdua ternyata ada helah tersendiri, berkait rapat dengan sedutan di awal movie di mana Vlad Dracula (Mason R Walker) akan menghisap darah manusia di seluruh dunia. 

Datuk Maharaja Lela dapat hidu plan jahat ni lalu kumpulkan semua mahkluk muzium yang ada supaya dapat halang generasi akan datang dibunuh dengan kejam. 

Bukan setakat jalan cerita yang ringkas tapi movie Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium sarat dengan info sejarah. Watak berkenaan tak deliver dalam bentuk bercerita tapi menyindir dalam lagak mereka sendiri dengan dialog yang kelakar buatkan mesej tersebut senang diterima. Macam scene Sultan Mahmud (Nasir Bilal Khan) yang geram dengan Hang Tuah bila merajuk tak sudah sampai tinggalkan keris Taming Sari. Scene Usop Wilcha perli Datuk Bendahara (Pyan Habib) paling lemah dalam sejarah Melaka. 

Visual dari lensa Tan Teck Zee dengan suntingan menarik menghidupkan kehidupan malam di muzium UPSI. Cuma VFX nampak lemah walhal banyak digunakan dalam beberapa scene. Kudos to Natasha Sheikh Zamani and her team untuk kostum persalinan di zaman Melayu Melaka. Permaisuri (Mawar Rashid) dan Pontianak (Eina Azman) nampak cantik walaupun cuma muncul sekejap sahaja. Props pun sesuai dengan kehendak scene. 

Walaupun ada kalanya scene kelakar tak menjadi dan ada masanya momentum movie berubah menjadi flat tapi Mamat Khalid tarik balik dengan kemunculan watak-watak baru dan juga plot twist. Lakonan Elizabeth Tan nampak meyakinkan sedangkan baru pertama kali masuk dalam dunia lakonan. Chemistry dia dengan Usop nampak menjadi. Hadiah untuk peminat Elizabeth bila dia menyanyi dengan ukulele di hujung cerita. 

Naskhah Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium menghiburkan dengan signature Mamat Khalid iaitu satira sosial dan kekuatan lakonan barisan pelakon yang selesa bekerja dengan pengarah. Tercapai tak objektif Usop untuk generasi muda berkunjung ke muzium tu tak pasti lah sebab ramai yang tak pergi muzium ni sebab banyak hantu. Hopefully bila masuk dalam Netflix sampai lah mesej tersurat dan tersirat kepada generasi muda ataupun industry perfileman sendiri untuk menghargai sejarah warisan Melayu. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7.6/10

2 comments:

  1. tak pernah tau pun pasal filem ni tapi usop wilcha ni memang famous giler lepas keluar filem kak limah dulu..haha

    ReplyDelete
  2. Ada nampak movie nie, tak sempat nak tengok je.. Lepas baca review Farhana nie, kena tengok juga nie nanti..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!