Movie Review : Fitoor


Director : Abhishek Kapoor
Writer : Abhishek Kapoor, Supratik Sen
Cast : Tabu, Katrina Kaif, Aditya Roy Kapur, Aditi Rao Hydari, Ajay Devgn, Lara Dutta, Mohammed Abrar Sheikh, Tunisha Sharma, Rahul Bhat
Production Company : UTV Motion Pictures
Distributor : UTV Motion Pictures
Genre : Romance / Drama
Running Time : 129 minutes
Release Date : 12 February 2016
Trailer :


Diadaptasikan dari Great Expectation karya Charles Dicken (1861) dengan berlatarbelakangkan kehidupan di Kashmir bila Noor (Mohammed Abrar Sheikh) mempunyai bakat yang besar dalam seni tapi hidup miskin bersama pakcik dan kakak dia. Pendapatan keluarga mereka bergantung kepada pakaian yang dijual dan juga kerja-kerja bertukang di rumah Begum Hazrat (Tabu). 


Semasa bekerja Noor terpandang Firdaus (Tunisha Sharma) menunggang kuda putih. Kerana kecantikan Firdaus, Noor jatuh cinta. Sayangnya selepas bomb blast di Kashmir dan mengorbankan kakak Noor, Begum hantar Firdaus ke London untuk belajar di sana memandangkan keadaan Kashmir tak selamat. Noor simpan cinta dan abadikan dalam karya seni dia. 


Bila meningkat dewasa, Noor Nizami (Aditya Roy Kapoor) semakin mendapat pengiktirafan untuk hasil seni dia kemudian mendapat biasiswa di Delhi. Noor termakan kata-kata Begum untuk mengejar cinta dia kepada Firdaus (Katrina Kaif) walaupun anak tunggal dia sudahpun bertunang dengan Bilal (Rahul Bhat), bakal Perdana Menteri Pakistan. Firdaus setuju berkahwin dengan Bilal supaya hidup dia terjamin dengan kekayaan dan status tapi cinta Noor mula mengganggu keputusan dia. 


Begum mula bermain dengan perasaan Noor sebab dia nak lelaki rasa apa perasaannya dikecewakan dan ditinggalkan sendirian bila Mufti (Akshay Oberoi) curi hati dan juga barang kemas dia bertahun dulu.  

‘Some things look good in their own place... you can look at them from a distance and make your eyes happy... but if you touch them, then they disappear’ – Begum Hazrat

‘You can get liberation from the self either through death or love’ – Noor


Dialog dari Supratik Sen dikarang dengan karya puitis biasan dari budaya Kashmir. Dialog dari Noor ‘Doodh mangoge to kheer denge, Kashmir mangoge to cheer denge’ di conference India dan Pakistan diinspirasikan dari movie Sunny Deol berjudul Maa Tujhe Salaam (2002). 

Asalnya Rekha yang lakonkan watak Begum Hazrat tapi dia tarik diri lepas shoot beberapa scene tapi Tabu berjaya galas watak Begum dengan karakter Rekha even dalam beberapa scene terbayang figura Rekha. Aditi Rao Hydari melakonkan watak Begum Hazrat masa muda pun cantik dan sarat dengan emosi sama ada bahagia jatuh cinta ataupun remuk ditinggalkan dan dibuang keluarga. 


Sama seperti watak Noor bila karakter asalnya diberi kepada Sushant Singh Rajput tapi disebabkan terikat dengan movie Paani, dia terpaksa tolak. Kemudiannya diberikan kepada Aditya Roy Kapoor. Abhishek Kapoor suka dengan bakat Sushant so dalam watak Noor boleh nampak yang watak dah pun dikarang mengikut persona Sushant. Mungkin watak Noor akan tinggalkan kesan yang mendalam kalau dilakonkan oleh Sushant. Aditya bagus cuma watak Noor kurang jiwa dan emosi. Aditya and Katrina Kaif have great chemistry together. 


Kekuatan Fitoor pada lensa Anay Goswamy yang menggambarkan keindahan Kashmir dengan daun chinar, salji dan beberapa tempat yang cantik seperti Dal Lake. Kebanyakan scene diadun dalam mood dan tone merah sesuai sebagai simbolik obsesi cinta yang mendalam antara Begum, Noor dan Firdaus. Wardrobe dan props pun grand untuk memaparkan kehidupan Begum dan Firdaus. Kudos to art team sebab hasilkan karya seni Noor yang cantik dan deep. Sayangnya Moazam (Ajay Devgn) dah beli semua haha




Music score dari Amit Trivedi dengan gubahan lagu berentak balada dan lirik puitis oleh Swanand Kirkire lebih mendalam penceritaannya dari lakonan Noor dan Firdaus. Lagu Pashmina nyanyian Amit Trivedi sendiri sarat dengan emosi dan rasa cinta. Music video untuk promo dibikin asing bila Noor dan Firdaus menari ballet dalam studio. Koreografi, sinmeatografi, props, wardrobe, emotion, mood semuanya perfect dalam MV Pashmina! 


Overall movie Fitoor kaya dengan visual dan music score yang mantap tapi digagalkan dengan penulisan skrip yang lemah dan kurangnya jiwa dari watak utama. Screenplay yang mengelirukan bila terperangkap antara empati dan cinta dalam pace movie yang perlahan. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 8.6/10

5 comments

  1. Boleh pulak dia tukar2 pelakon ek hehe

    ReplyDelete
  2. menarik reviewnya.. nk tgk tu entah bila

    ReplyDelete
  3. Khasmir tempat plg cantik tapi scary, but cousin i pergi sana, she said its soooo nice

    ReplyDelete
  4. sedaplah lagu Pashmina tu.. Memang nice sangat..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.