Movie Review : Bluffmaster

Thursday 10 December 2020

Director : Rohan Sippy

Writer : Shridhar Raghavan, Rajat Arora (dialogue)

Cast : Abhishek Bachchan, Priyanka Chopra, Ritesh Deshmukh, Nana Patekar, Tinnu Anand, Boman Irani, Sanjay Mishra

Production Company : Entertainment One Pvt. Ltd

Distributor : UTV Motion Pictures

Genre : Comedy / Crime

Running Time : 139 minutes

Release Date : 16 December 2005

Trailer :

‘The world is like that…that’s reality. Everyone is bluffing each other. If you get caught, then you’re out of the game. If you’re get away with it, you’re the Bluffmaster!’

Konsep conman dekat Bollywood tahun 2005 masih baru lagi even sampai sekarang pun  tak banyak lagi movie komedi conman dihasilkan. Dalam naskhah Rohan Sippy di bawah production house Entertainment One Pvt Ltd yang diadaptasikan dari filem Argentina, Nine Queens mengisahkan  tentang conman Roy Kapoor (Abhishek Bachchan) hidup bahagia dengan penipuan-penipuan besar. Movie ni juga adalah remix version kepada movie Shammi Kapoor dan Saira Banu, Bluff Master pada tahun 1963.

Sayangnya masa majlis pertunangan bersama Simran 'Simi' Ahuja (Priyanka Chopra), salah seorang kenalan bapa Simi adalah mangsa penipuan Roy (Tinnu Anand) yang baru sahaja kehilangan 4 juta. Majlis dibatalkan, Simi tinggalkan Roy kemudian dia cuba untuk berhenti jadi Bluffmaster. Dalam lif hotel, dia berjumpa dengan Dittu (Riteish Deshmukh) dan pembantu dia Jassi (Sanjay Mishra) yang cuba mencuri dari Dr. Bhalerao (Boman Irani). 

Bila kantoi, Dittu merayu untuk berguru dengan Roy sebab dia nak selamatkan ayah dia yang dementia so dia perlukan banyak duit untuk tampung kos rawatan. Roy yang dah tawar hati dengan kerja conman, mula tersentuh dan setuju untuk bantu Dittu rompak Chandu (Nana Patekar). Tambah pula bila Chandu cuba meraba Simi. Lagipun dia dah tak ada banyak masa untuk hidup bila Dr. Bhalerao bagitahu dia ada tumor otak dan cuma ada masa 3 bulan lagi. 

First half not bad lah sebab banyak perkara berlaku dalam hidup Roy dan banyak watak baru dalam hidup Roy diperkenalkan tapi bila masuk second half dah boleh agak plot twist dia macam mana cuma tak tahu je siapa yang terlibat dan macam mana cara diorang nak buat. Walaupun momentum falls flat bila second half tapi plot twist dia berbaloi ditonton. 

Lakonan masing-masing pun bagus sebab comic timing Riteish dengan Boman menjadi. Chemistry Priyanka dengan Abhishek pun naikkan mood dan elemen romance dalam beberapa scene. Bila Roy patah hati memang terasa lah hidup dia kosong. Nana Patekar pun menggerunkan sebagai gangster dan kelakar sebagai penulis skrip. 

Sayangnya visual dengan music score such a huge letdown for me. sinematografi yang memaparkan kehidupan di Mumbai dari Himman Dhamija memang cantik tapi transition dah macam slide Power Point dah. Maybe it’s a thing back then haha. Soundtrack dari duo Vishal-Shekhar, Trickbaby dan Sameeruddin pula walaupun lagu catchy tapi suara playback singers tak sesuai langsung dengan suara pelakon. Tapi album Bluffmaster 10 tertinggi jualan bila 1.4 juta unit terjual pada tahun 2005. 

Rohan Sippy adalah anak kepada pengarah Ramesh Sippy yang famous dengan movie Sholay pada tahun 1975, jadi ada tribute scene bila Roy, Dittu dengan Chandu tengok movie epik Bollywood tu di cinema. Rohan dengan Abhishek juga berkawan sejak sekolah lagi so dia memang cipta watak Roy berdasarkan persona Abhishek thus he looks great in delivering Roy. Tapi susah juga nak suka dengan watak Roy ni sebab dia scam orang baik walaupun setuju dengan prinsip dia tentang kapitalis. Maybe cerita ni lebih menarik kalau Roy ala Robin Hood di zaman moden. Overall, one time watch. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 5.6/10

2 comments

  1. i tak pernah tgk lagi this story tapi u ckp one time watch, hmm shall i watch it ?

    ReplyDelete
  2. Muda lagi semua masa ni ha..hehehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.