Movie Review : Durgamati – The Myth

Sunday 13 December 2020

Director : G. Ashok

Writer : G. Ashok, Ravinder Randhawa

Cast : Bhumi Pednekar, Arshad Warsi, Jisshu Sengupta, Mahie Gill, Karan Kapadia, Tanya Abrol, Dhanraj,  Amit Behl, Brij Bhushan Shukla, Ananth Narayan Mahadevan

Production Company : Abundantia Entertainment, T-Series, Cape of Good Films

Distributor : Amazon Prime Video

Genre : Horror / Thriller

Running Time : 155 minutes

Release Date : 11 December 2020

Trailer :

Movie remake Bhaagamathie (2018) ni mengisahkan tentang dakwaan kepada Menteri Sumber Air,  Ishwar Prasad (Arshad Warsi) mencuri beberapa patung dewa di kuil. CBI Joint Director, Satakshi Ganguly (Mahie Gill) minta bantuan  Assistant Commissioner of Police Abhay Singh (Jisshu Senugupta) untuk bawa Chanchal Chauhan (Bhumi Pednekar), setiausaha peribadi menteri keluar dari penjara untuk disoal siasat. 

Chanchal ditahan di penjara kerana membunuh tunang dia, Shakthi (Karan Kapadia) gara-gara berbalah isu projek pembinaan empangan di kampung Panna. Satakshi minta Chanchal dibawa ke istana lama yang dikatakan berhantu kerana roh Durgamati dahagakan darah dan ingin balas dendam kepada orang yang mengkhianati dia satu masa dahulu. 

Penduduk kampung yang tahu cerita tersebut tak pernah berani datang dekat dengan istana lama tersebut. Siapa yang pergi ke sana juga tak pernah berjaya keluar. Agak mengarut jugak lah statement tu sebab penjaga istana tu elok je keluar masuk setiap hari. Tak lama pun untuk Durgamati merasuk Chanchal tapi pihak CBI tetap tak percaya sampai bawa pakar psikatri (Ananth Narayan Mahadevan) untuk diagnos penyakit Chanchal. 

Baik Bhagmatie atau Durgamati, dua-duanya di bawah arahan G. Ashok sendiri tapi sayangnya penerimaan untuk kedua-dua movie agak berbeza. I haven’t watch Bhagmatie so I cannot say much but ratings and reviews clearly shows the original wayyyy better than remake. Bulan lepas Akshay Kumar gagal dalam movie remake Laxmii, kali ni sebagai produser pun dia gagal angkat Durgamati untuk menjadi naskhah bagus. Double shot on Mr. Kumar I bet. 

Minit awal Durgamati paparkan kekejaman terhadap penduduk kampung, kemudiannya berpindah kepada kes kecurian patung dewa di kuil dan baru diperlihatkan kisah Chanchal dan kemudiannya Durgamati. Bhumi Pednekar buat yang terbaik untuk watak Chanchal dan Durgamati tapi sayangnya dia tak mampu hidupkan rasa gerun baik dari expression ataupun suara dia sebab untuk hasilkan suara bergema dan garau, dia guna microphone. Walaupun didedahkan kisah dendam Durgamati tapi kisah tu terhenti di situ je, walaupun di penghujung cerita ada twist. Scene komedi pun nampak try hard sangat. Kalau pengarah stay dengan genre thriller, mungkin ada depth pada penceritaan. 

Lakonan Arshad Warsi yang mencuri perhatian sebagai menteri corrupt. Percubaan yang berani daripada team production Durgamati untuk menampilkan watak menteri dan ahli politik yang tamak tapi dekat Bollywood watak dan konsep ni memang bukan sesuatu yang baru pun. Nayak, Gabbar Is Back, Ungli, Rang De Basanti dan Satyagraha antara movie terbaik dengan skrip dan suntingan yang bagus. 

Untuk dapatkan vibe horror, Kuldeep Mamania set the tone dark in the palace dan untuk scene percintaan antara Chanchal dengan Shakti, screenplay cantik dengan sinematografi menarik menggambarkan keindahan kampung Panna. Tapi VFX nampak lemah dan wardrobe pun tak relaistik bila baju banduan altered mengikut bentuk badan. Music score dari gabungan Tanishk Bagchi, Naman Adhikari, Abhinav Sharma dan Malini Awasthi menampilkan dua soundtrack dan music score creepy untuk scene di dalam istana.

 

Ada scene yang patut dibuang macam scene penjaga tanpa tangan, scene bomoh datang ke istana untuk check sama ada berhantu ataupun tak walhal orang kampung dah bagitahu. Tengok perubahan karakter Chanchal pun dah boleh faham sendiri. Dialog untuk scene interrogation pun merepek. Kalau betul Chanchal bijak sangat, dia patutnya dah check surat mahkamah tu sebelum buka mulut. Even watak CBI Satakshi pun nampak dangkal especially bila dia menjerit tak suka negativity. Me either sis. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.4, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 4.4/10

1 comment

  1. Layan lagu je.. hehehe.. sedap juga video klip lagu yang Farhana bubuh tu..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.