Movie Review : Seperti Hujan Yang Jatuh Ke Bumi

Monday 21 December 2020

Pengarah :  Lasja Fauzia

Penulis Skrip :  Upi Avianto 

Pelakon :   Jefri Nichol, Aurora Ribero, Axel Matthew Thomas, Nadya Arina, Karina Suwandhi, Rebecca Klopper, Aida Nurmala, Pascal Azhar, Tina Astari, Indra Aksa

Syarikat Produksi :  IFI Sinema, Screenplay Films

Pengedar :  Netflix

Genre :  Romantik / Drama

Durasi Tayangan :  86 minit

Tarikh Tayangan : 15 Oktober 2020

Trailer :

Movie di bawah syarikat produksi IFI Sinema dan Screenplay Films arahan Lasja Fauzia ni diadaptasikan dari novel dengan tajuk yang sama, Seperti Hujan Yang Jatuh Ke Bumi karya Boy Candra. Mengisahkan kehidupan Kevin (Jefri Nichol yang jatuh cinta dengan kawan sejak kecilnya, Nara (Aurora Ribero) tapi cuma dipendamkan sahaja sebab Nara hanya anggap dia sebagai kawan baik. 

Kevin lah tempat Nara mengadu kisah cinta yang tak kesampaian dia dan Kevin juga penyelesai segala masalah Nara. Tanpa balasan apa pun. Tak ada apa-apa yang unik pun dalam kisah hidup mereka berdua ni sebab template kisah cinta terpendam dah memang klise sangat. 

Nara kemudiannya jatuh cinta dengan Juned (Axel Matthew Thomas) dan ternyata dial ah lelaki idaman yang selama ni dicari. Tak pernah sekali pun Juned melukakan hati Nara dan begitu juga lah Nara menceriakan hari-hari Juned setelah ditinggalkan patah hati. Sayangnya penulis Upi Avianto tak kembangkan pun kenapa Nara boleh jatuh cinta dengan Juned ataupun kenapa Juned boleh buka hati kepada Nara. 

Genre romantik drama tapi sayangnya tak ada depth pada mana-mana watak supaya kita feel connected dengan penderitaan Kevin memendam cinta ataupun rasa bahagia dengan kisah cinta Juned dan Nara. Konflik terlampau cepat dan tiba-tiba sampai jadi bingung kenapa Juned bertindak sedemikian. Dia sendiri yakin dengan relationship dia dengan Nara so kenapa tiba-tiba moody dan gloomy? Yang paling kesian haruslah Tiara (Nadya Arina) jadi mangsa bila Kevin jadikan dia sebagai pengganti Nara tapi layan nak tak nak je. 

Berbeza sangat dengan movie Surat Cinta Untuk Starla (2017) bila watak utama guna alam semulajadi untuk gambarkan perasaan cinta dia dan mudah untuk difahami. Tapi dalam movie Seperti Hujan Yang Jatuh Ke Bumi ni sampai ke hujung tak faham apa kaitannya walaupun Nara menari dalam hujan. Watak Jefri Nichol lebih kurang sama bila dia cintakan alam sekitar dan hairstyle dengan cara berpakaian dia macam tribute untuk movie Surat Cinta Untuk Starla. Except dia tak bawa mesin taip legend haha. The ultimate reason I watch this movie solely because of Jefri Nichol. 

Bukan setakat perasaan dan jalan cerita je tak dikembangkan dengan baik malah latar masa macam tak sesuai untuk Nara lontarkan dialog berbaur simpati kepada Kevin. Masa SMA dia lebih takut hal cinta dari pelajaran. Bila masuk kolej dia kesian dengan Kevin takut bersendirian sampai ke tua kalau tak terima cinta Tiara. Come on, Kevin tu lelaki lah! Umur 40 pun tetap keren! 

Lagi merepek bila Nara paksa Kevin dating dengan Tiara sebab nak double date. Hek elehhhhh pasal Tiara pun dia tak pernah ambik port. Ada juga dialog puitis dari Kevin dan Nara tapi peliknya dialog berbahasa baku, tak boleh nak relate langsung. Siapa yang menyembang macam tu? Kalau watak-watak utama suka karang puisi tu boleh faham lah tapi masa menyembang cakap macam tu agak janggal juga lah. 

Mungkin dalam novel diceritakan dengan jelas semua momen dramatic ataupun romantic antara watak-watak utama so since I tak baca novel Seperti Hujan Yang Jatuh Ke Bumi, tak boleh la nak feel sangat. Pace movie ni pun perlahan sampaikan 1.5x pun rasa slow. Better kalau penulis dengan pengarah tambah lagi banyak scene dengan pace laju memandangkan cerita diorang bukannya fresh dan original. Ada bahan rujukan. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 5.2/10

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.