Saturday, 26 December 2020

Movie Review : Kartini – Puteri Jawa

Pengarah : Hanung Bramantyo

Penulis Skrip : Hanung Bramantyo, Bagus Bramanti

Pelakon : Dian Sastrowardoyo, Deddy Sutomo, Christine Hakim, Acha Septriasa, Ayushita Nugraha, Reza Rahadian, Adinia Wirasti

Syarikat Produksi :  Legacy Pictures, Screenplay Films

Pengedar :  Legacy Pictures, Netflix

Genre :  Biografi / Drama

Durasi Tayangan :  119 minit

Tarikh Tayangan : 21 April 2017

Trailer :

Diadaptasikan dari novel biografi karya Pramoedya Ananta Toe berjudul Panggil Aku Kartini Saja dan novel yang mengumpulkan surat kepada teman penanya di Belanda - Habis Gelap Terbitlah Terang, filem Kartini di bawah produksi Legacy Pictures dan Screenplay Films arahan pengarah terkenal, Hanung Bramantyo menyingkap kehidupan sosok feminis lagenda di Indonesia, Gusti Puteri Kartini. 

Berlatarbelakangkan suasana kehidupan masyarakat Jawa di daerah Jepara, Jawa Tengah, Indonesia pada tahun 1800, mengikut adat turun-temurun, anak perempuan yang sudah datang haid pertama akan diasingkan dalam kamar sehingga lah lamaran dari datang menjelma. Tak kisah lah sebagai isteri pertama, kedua, ketiga mahupun yang keempat. 

Sementara menunggu giliran menjadi Raden Ayu, anak-anak perempuan akan diajar cara berjalan, bertangas, mandi lulur juga mandi bunga. Kartini (Dian Sastrowardoyo) sering mengelak untuk belajar berhias. Hidup dia diibaratkan seperti burung yang dibela oleh Pak Atmo. Sebelum abangnya Kartono (Reza Rahadian) berangkat ke Netherlands untuk menyambung pelajaran, dihadiahkan kunci almari yang dipenuhi dengan bahan bacaan. 

‘Tubuh bisa hancur ditelan tanah atau dibakar di atas kayu api tapi pikiranmu tidak ada batas waktunya. Jangan biarkan pikiranmu terpenjara.’ – Sosrokartono

Sejak dari situ Kartini mula membaca dan perkembangkan ilmunya dengan menulis sehingga diterbitkan di dalam majalah Belanda – De Hollandsche Lelie menggunakan nama samaran Daun Clover. Kartini malah mengajar adik-adik perempuannya, Roekmini (Acha Septriasa) dan Kardinah (Ayushita) bila abangnya berpesan supaya sentiasa sebarkan ilmu kepada yang lainnya. 

Bukan abangnya menjadi pendukung malah ayahnya, Raden Sosroningrat (Deddy Sutomo) juga memberi kelonggaran sedikit demi sedikit terhadap Kartini bila dia mengharumkan nama keluarga dan membantu penduduk kampung jana pendapatan melalui seni ukiran. 

Ibu kandungnya, Yu Ngasirah (Christine Hakim) didesak oleh Raden Adjeng Moeryam (Djenar Maesa Ayu) supaya kawal anak-anak perempuan mereka. Tapi bagaimana mungkin dia mahu menghalang jikalau ayah mereka yang berkehendak sedemikian? 

Pengarah dan penulis Hanung Bramantyo memang menulis jalan cerita Kartini untuk Dian kerana dia adalah pelakon popular di Indonesia juga menggunakan platform yang dia ada untuk kerja-kerja amal, sama seperti Kartini. Sebelum start shooting, Dian banyak belajar dari novel-novel Kartini, pergi ke rumah dan melawat kuburnya. Acha Septriasa dan Ayushita pula dipilih sebagai watak utama kerana status populariti dan lakonan masing-masing. 

Dialog antara kekuatan filem Kartini dengan impian dan harapan seorang perempuan untuk memecahkan stereotype dan memberi peluang juga pendidikan yang samarata seperti kaum lelaki. Dalam mengejar kebebasan, diselitkan juga kenapa beberapa watak rela berkorban akur dengan kehendak adat. Scene yang sangat bermakna dan mendalam antara Yu Ngasirah dan Kartini di tepi tasik. 

Walaupun latar tempat adalah di Jepara tapi disebabkan keadaan Jepara sendiri sudah moden, team production pilih untuk shooting di Jakarta dan Jogjakarta untuk filem biografi ni. Kagum dengan keindahan kesenian budaya yang dipamerkan baik dari pakaian, adat perkahwinan dan kehidupan, makanan, ukiran dan banyak lagi. Pendek kata, filem ni kaya dengan sejarah. Sinematografi yang cantik dari Faozan Rizal dikukuhkan lagi dengan music score gubahan Andi Rianto dan Charlie Meliala.

 

Walaupun kisah Kartini membangunkan anak bangsa sudah lama berlalu tapi tak ada beza sangat lah dengan kehidupan wanita di zaman sekarang. Tambah pula di zaman social media yang mementingkan populariti dan status kekayaan berbanding ilmu. Di Malaysia, kembar SPM 7G malah disanjung lebih tinggi dari yang berilmu hanya kerana ada Mustang. 

Lepas tengok filem Kartini, rasa beruntung tak perlu dikurung dalam kamar sambil menunggu lamaran menjadi isteri ketiga atau berjalan melutut dalam kain batik ketat. Rasa beruntung dapat pelajaran yang tinggi sehingga mampu berdikari tapi masih banyak lagi yang perlu diubah untuk masa depan yang lebih baik. Great biopic movie indeed. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment:

  1. zaman dulu mmg semua perempuan xleh lebih dari lelaki kan hmm

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!