Lirik Lagu Tak Sabar Nak Raya - Nabila Razali feat. Nabil Ahmad

Tuesday, 10 March 2026

First time dengar lagu Tak Sabar Nak Raya pun part chorus dah melekat dalam kepala sebab catchy dan lirik pun fun. Relatable lah sebab sekarang tengah mood tak sabar nak raya, cuti dah apply, baju dah beli, kuih raya pun dah siap, tinggal nak tunggu pengumuman tarikh raya je. 

MV Tak Sabar Nak Raya ni ada banyak product placement tapi layan je lah sebab video dia nice. Wardrobe Nabila Razali dari Nuffsaid pun cantik. Ada Yusuf pulak tu eiikkkss comel! 

By the way, Aggy dengan Aizat Saha memang pelakon wajib untuk MV Nabila Razali ke sebab lagu raya tahun lepas, Raya Mana pun ada diorang berdua jugak. I suka Aizat Saha so I approve his presence hikkkss


LIRIK LAGU TAK SABAR NAK RAYA
Penyanyi: Nabila Razali ft Nabil Ahmad
Komposer: Brendan Lim Seng Meng, Denise Chan Li-Hsia, Foong Le Xin, Asyraf Nasir 
Lirik: Brendan Lim Seng Meng, Denise Chan Li-Hsia, Foong Le Xin, Asyraf Nasir 
Label: Label: Nabila Razali Entertainment, Sony Music Malaysia, Malika Entertainment & Management 

[Verse 1]
Sudah tibanya kian lama, hari bahgia, hari mulia
Setahun sekali berjumpa, saling ziarah, diramah mesra
Senang hati terasa, bila dekati sama tersayang,
Aidilfitri menjelma, dari paginya dibakar lemang.

[Pre-Chorus]
Ini masanya Haji Nabil bersuara,
Sila terima Dendangan istimewa

[Chorus]
Tak sabar nak Raya
Cepat-cepat balik, tinggalkan kerja!
Tak sabar nak Raya
Duit-duit raya, jangan dilupa!
Tak sabar nak Raya
Beli-beli baju, matching semua!
Tak sabar nak Raya
Kosong-kosong, tak sabar nak raya!

[Verse 2]
Sudah tibanya pagi raya,
Terhias sudah, indah suasana,
Anak-anak bergelak tawa,
berseri wajah, segak belaka~

Bertaut salaman, mohon maaf, silap dan salah,
Usah segan-segan, ayuh kita bersama menjamah.

[Pre-Chorus]
Ini masanya Haji Nabil bersuara,
Sila terima
Dendangan istimewa

[Chorus]
Tak sabar nak Raya
Cepat-cepat balik, tinggalkan kerja!
Tak sabar nak Raya
Duit-duit raya, jangan dilupa!
Tak sabar nak Raya
Beli-beli baju, matching semua!
Tak sabar nak Raya
Kosong-kosong, tak sabar nak raya!

[Chorus]
Tak sabar nak Raya
Cepat-cepat balik, tinggalkan kerja!
Tak sabar nak Raya
Duit-duit raya, jangan dilupa!
Tak sabar nak Raya
Beli-beli baju, matching semua!
Tak sabar nak Raya
Kosong-kosong, tak sabar nak raya!

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.