Movie Review | Sinners (2025)

Sunday, 29 March 2026


Pengarah: Ryan Coogler
Penulis Skrip: Ryan Coogler
Pelakon: Michael B. Jordan, Hailee Steinfeld, Miles Caton, Jack O'Connell, Wunmi Mosaku, Jayme Lawson, Omar Benson Miller, Delroy Lindo
Syarikat Produksi: Proximity Media
Pengedar: Warner Bros. Pictures
Genre: Seram / Aksi
Durasi Tayangan: 138 minit
Tarikh Tayangan: 3 April 2025 (AMC Lincoln Square), 18 April 2025 (United States)
Trailer:


Bila nampak filem Sinners dapat banyak pencalonan di Academy Awards ke-98 dengan Michael B. Jordan menang Pelakon Lelaki Terbaik mengalahkan Timothée Chalamet, jadi semangat nak tengok naskhah yang berlatarkan tahun 1932. 

Dua beradik kembar, Elijah Smoke Moore (Michael B. Jordan) dan Elias Stack Moore (Michael B. Jordan) pulang ke Clarksdale, Mississippi selepas 7 tahun bekerja di Chicago. Menggunakan wang yang dicuri dari sindiket penjenayah, mereka membeli sebuah gudang lama dari Hogwood untuk membuka sebuah pusat hiburan yang menempatkan bar, pentas persembahan, ruang tarian, bilik khas, ruang berjudi dan banyak lagi. 

Mereka berdua mengajak sepupu mereka bernama Sammie (Miles Caton) yang mempunyai bakat besar dalam nyanyian dan pandai bermain gitar. Ayahnya melarang kerana menganggap musik adalah dosa namun Sammie mengendahkan larangan tersebut. 

Mereka juga mengajak Delta Slim (Delroy Lindo) yang pandai bermain harmonika sementara rakan baik mereka, Grace (Li Jun Li) dan Bo Chow (Yao) membantu di dapur dan pembekal barangan mentah. Pekerja ladang bernama Cornbread (Omar Benson Miller) diupah menjadi bouncer dan Smoke pujuk isterinya, Annie (Wunmi Mosaku) memasak di pusat hiburan tersebut. 

Dalam masa yang sama, sepasang suami isteri didatangi oleh lelaki asing bernama Remmick (Jack O'Connell) merayu meminta perlindungan. Perasaan kasihan bertukar menjadi insiden ngeri kerana lelaki tersebut adalah Pontianak jadian. Mereka bertiga kemudiannya bergerak menuju ke pusat hiburan milik kembar dan cuba untuk merekrut seramai mungkin. 

Naskhah Sinners arahan dan penulisan Ryan Coogler menampilkan sejarah kehidupan Black yang ditindas selepas Perang Dunia Pertama. Setiap watak mempunyai trauma yang tersendiri dan bagaimana mereka berjuang untuk hidup dalam era Ku Klux Klan yang terkenal dengan keganasan dan sifat perkauman melampau di Amerika Syarikat. 

Kebanyakan perbualan Smoke dan Stack dalam Sinners bersama watak-watak lain menceritakan sedikit demi sedikit tentang situasi dan keadaan mereka. Dialog yang diselitkan bersama latar masyarakat dan budaya komuniti kulit hitam. Uniknya, dialog Jedidiah Moore (Saul Williams) tinggalkan impak yang mendalam bila dia mengingatkan tentang dosa musik juga hiburan dan dalam masa yang sama Sinners menghadirkan pelbagai jenis musik dan seni sepanjang zaman di separuh masa pertama. 

Transisi genre seram dan aksi berubah secara mendadak apabila Remmick datang untuk masuk ke pusat hiburan milik kembar Moore. Penceritaan Sinners kemudiannya berubah longgar dengan kewujudan Pontianak dan makin merepek bila watak Grace bertindak melulu tapi kemudiannya mati tak sampai beberapa saat. Kalau Sinners paparkan racism KKK, sama juga produksi yang tak lari dengan racist kepada watak Asia. Apa bezanya Black dengan White dalam industri perfileman? Tak ada beza. 

Watak wanita yang dipaparkan dalam Sinners menerima nasib yang sama dengan filem Hollywood yang lain. Dekat awal filem nampak kekuatan personaliti masing-masing seperti Mary (Hailee Steinfeld) yang benci dengan Stack selepas tinggalkan dia tapi berubah lemah bila datang ke pusat hiburan untuk jaja cerita sedih. Annie pun tenggelamkan watak Smoke dengan kelebihan mistik tapi pengarah alih fokus kepada Smoke supaya penonton ingat balik siapa hero dalam Sinners. 

Mempunyai personaliti yang sama dengan filem-filem yang dihantar ke Oscars, filem Sinners juga mempunyai babak seksual yang tak perlu pun dimasukkan. Babak Smoke dengan Annie tu terpaksa sangat padahal kalau tak ada lebih bagus. Chemistry tak ada, tiba-tiba dah in position. Sama lah dengan watak Sammie dan Pearline (Jayme Lawson). 

Personally, I rasa merepek juga lah menang Best Pictures sebab dekat separuh masa pertama sahaja yang ada banyak simbolik dan cerita tentang sejarah pasca Perang Dunia Pertama. Watak Remmick yang beria nak masuk untuk ambil bakat Sammie dah wujudkan elemen thriller yang kuat. Keterdesakan Remmick untuk hilangkan rasa sunyi dan cemburu dengan Black yang ada komuniti kuat seperti yang dipaparkan di pusat hiburan tu. 

Masuk second half dah serabut dengan babak gore yang berlebihan. Klimaks pun messy padahal Annie dengan Smoke dah cari alternatif dan strategi untuk lawan Pontianak dekat luar. Penulis cuba masukkan elemen kejutan selepas credit scene tapi plot tu makin buatkan second half jadi merepek. Apa motifnya? 

Merepek juga bila menang Sinematografi Terbaik walhal kebanyakan visual diadun kelam padahal hampir kesemua pelakon berkulit gelap. Bila Autumn Durald Arkapaw dinobatkan sebagai cinematographer pertama berkulit gelap yang tercalon dan menang, I syak pihak juri ada agenda tersendiri. CGI yang digunakan untuk Sinners tak lah mengagumkan pun. Tak dinafikan grading yang digunakan menarik dan menghidupkan suasana vintage dengan landskap perladangan yang memukau tapi belum cukup kuat untuk menjadi yang terbaik.

Sebelum ni ada juga nampak orang komen Michael B. Jordan menang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Oscar ibarat Salman Khan menang Oscar untuk aksi tembak-menembak. Can’t agree more sebab lakonan dia biasa walaupun double role sebab watak yang lebih menyerlah adalah Sammie. Introduction scene dia terngiang-ngiang walaupun Sinners dah lama tamat ditonton. 

Naskhah Sinners ada kekuatan tersendiri tapi untuk jadi filem terbaik untuk tahun 2025, I nak pusing-pusing tengok filem yang lain dulu. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.2 = 5.9/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.