Movie Review | Kang Solah from Kang Mak x Nenek Gayung (2025)

Thursday, 26 March 2026

Pengarah: Herwin Novianto  
Penulis Skrip: Alim Sudio
Pelakon: Rigen Rakelna, Indra Jegel, Tora Sudiro, Indro Warkop, Davina Karamoy, Asri Welas, Andre Taulany, Indy Barends   
Syarikat Produksi: Falcon Pictures   
Pengedar: Netflix
Genre: Komedi / Seram 
Durasi Tayangan: 116 minit
Tarikh Tayangan: 25 September 2025   
Trailer:


Selepas persinggahan di kampung Makmur (Vino G. Bastian) dan istyerinya, Sari (Marsha Timothy), Fajrul (Indra Jegel), Jaka (Tora Sudiro) dan Supra (Indro Warkop) menghantar Solah Vincenzio (Rigen Rakelna) pulang ke kampungnya, Cisilasari. Kehadiran mereka disambut oleh Nenek Gayung (Asri Welas), si pemandi jenazah kerana rumahnya yang terletak berdekatan dengan sungai. 


Tanpa disangka Nenek Gayung sudahpun meninggal dunia kerana dibunuh oleh orang kampung. Nenek Gayung dikatakan menjadi punca ramai gadis desa hilang secara misteri. Solah juga menjadi mangsa orang kampung kerana mereka mendapat khabar yang Solah telah pun meninggal di medan perang. Semakin parah apabila kekasih Solah yang cantik menawan bernama Dara Gonzalez (Davina Karamoy) bakal bernikah dengan adik kandung Solah sendiri, Iqbal Vincenzio (Kenzy Taulany). 


Semakin dekat dengan tarikh perkahwinan, semakin kerap Iqbal dan Dara diganggu oleh Nenek Gayung hingga ibunya, Yuyun Bonaparte (Indy Barends) melantik Kang Mas Pusi (Andre Taulany) sebagai penasihat spiritual peribadinya. Namun, kuasa Nenek Gayung lebih kuat dan hebat sampaikan Solah, Jaka, Supra dan Fajrul menyelesaikan sendiri misteri bakal mempelai diganggu oleh entiti tersebut. 

Inspired by Hantu Kak Limah atau Rosmah?

Spin-off dari filem Kang Mak from Pee Mak (2024) diarahkan oleh pengarah juga penulis skrip yang sama, Herwin Novianto dan Alim Sudio. Filem yang asalnya adalah remake dari filem Thailand berjudul Pee Mak (2013) dikembangkan menjadi franchise seram komedi di bawah terbitan Falcon Pictures setelah mendapat sambutan hangat di Indonesia juga Malaysia. 


Lakonan barisan pelakon membantu menghidupkan dunia Kang Solah yang dikelilingi oleh warga yang pelbagai ragam seperti Sigit Luciano (Praz Teguh), kepala desa yang berwibawa dan karismatik. Menghiburkan tengok babak Kang Mas Pusi keluarkan mantera berbentuk pantun sebelum lawan Nenek Gayung. 

‘Abu gunung, abu petaka. Lu nggak usah bingung gua kirim lu ke neraka!’ – Kang Mas Pusi

Penceritaan Kang Solah menggunakan kelajuan yang sama dengan unsur komedi yang sama. Ada beberapa references dari filem tempatan Indonesia dan mungkin situasi semasa yang dimasukkan dalam perbualan watak-watak. Sama macam sebelumnya, ada jokes yang I tak faham. Antaranya lawak atau aksi 5 dalam 1 yang diorang guna untuk keluar dari jampi Nenek Gayung. Kenapa 5? Tak lah penting pun tapi tertanya-tanya lah juga. 


Watak Kang Solah yang berasal dari keluarga kaya berjaya menghadirkan elemen kejutan dan komedi kerana personaliti dan karakter dia jauh berbeza. Penerimaan Jaka, Supra dan Fajrul agak meleset sebab minimal sangat kemudian terburu-buru beralih kepada konflik keluarga dan misteri Nenek Gayung. 

Walaupun filem Kang Solah from Kang Mak x Nenek Gayung adalah filem seram namun tak lah banyak babak seram yang dimasukkan. Dekat second half terus hilang unsur seram tu kerana beralih kepada genre aksi yang draggy. Ada plot twist yang tidak perlu pun dimasukkan semata untuk wujudkan elemen dramatik. Mungkin untuk jadi penggerak kepada pengembaraan seterusnya untuk 4 sekawan ni. Ada kemungkinan akan jadi 5 kalau Makmur join balik.  


Kalau ada yang bertanya, perlu atau tidak tengok filem Kang Mak from Pee Mak (2024) sebelum tengok naskhah spin-off, jawapannya tak perlu. Setiap references yang dimasukkan ada babak flashback untuk jelaskan kepada penonton. Personally for me, flashbacks ni tak perlu pun ditambah sebab tak ada ruang yang diberikan untuk Iqbal walhal dia adalah key character yang menjadi punca kekecohan di Cisilasari.

Bukan setakat references dari filem Kang Mak from Pee Mak, babak romantik antara Kang Solah dan Dara Gonzalez pun berulang sedangkan boleh ditambah babak lain. Kelakar tengok Solah dengan Dara menari lagu Kuch Kuch Hota Hai dalam hutan. Elok boleh jadi romantik alih-alih jadi kelakar sebab Kang Solah.


Visual Kang Solah from Kang Mak x Nenek Gayung dibikin dalam pallet yang sama dengan filem sebelumnya untuk wujudkan suasana zaman lama. Penggunaan CGI mungkin tak sebanyak Kang Mak from Pee Mak kerana Nenek Gayung lebih suka mandikan mangsanya. 

Nak dibandingkan antara Kang Mak atau Kang Solah, filem spin-off lebih menghiburkan sebab skrip original dan tak terikat dengan filem asal. Kedua-dua filem boleh ditonton di Netflix. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.6 = 7.8/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.