Pengarah: Kimo Stamboel
Penulis Skrip: Khalid Kashogi, SimpleMan, Kimo Stamboel
Pelakon: Marthino Lio, Tora Sudiro, Nyimas Ratu Fafa, Masayu Anastasia, Karina Suwandhi, Dayinta Melira, Rio Dewanto, Faradina Mufti, Gisellma Firmansyah, Vincent Sanjaya, R. Swetajalu
Syarikat Produksi: MD Pictures
Pengedar: MD Pictures (Indonesia), Antenna Entertainments (Malaysia)
Genre: Seram / Misteri
Durasi Tayangan: 94 minit
Tarikh Tayangan: 24 Disember 2025 (Indonesia), 01 Januari 2026 (Malaysia)
Trailer:
Prekuel Sewu Dino (2023) bermula dengan babak Sabdo (Marthino Lio) dan Intan (Nyimas Ratu Fafa), dua beradik yang ditimpa musibah apabila rumah kediaman mereka terbakar. Keesokannya, Arjo Kuncoro (Tora Sudiro) tiba di kampung tersebut untuk mencari anak-anak saudaranya lalu memujuk dua beradik tersebut tinggal di rumahnya.
Di sana Sabdo dan Intan diberikan kemewahan kerana Arjo dan isterinya, Lasmini (Masayu Anastasia) hidup berdua dibantu oleh beberapa orang pembantu rumah. Di tangan mereka mempunyai lambang kepala kambing hitam sebagai tanda bekerja dan setia dengan keturunan Kuncoro.
Setiap malam Sabdo dipaksa melakukan ritual sembelih kambing hitam kerana setiap waris lelaki Kuncoro perlu berani dan bersedia melawan musuh terutamanya musuh ghaib. Kerana ritual tersebut juga, Sabdo diangkat sebagai Canguk Songo dan menjadi tuan kepada Bokolono (Vincent Sanjaya), makhluk berkepala kambing hitam, bertubuh sasa dan tinggi.
Manakala waktu siangnya pula dihabiskan dengan mengikuti Arjo bertemu dengan Trah Pitu atau 7 keluarga berada di Kepulauan Jawa. Karsa Atmojo (Karina Suwandhi) merupakan salah seorang dari Trah Pitu seperti yang diceritakan dalam naskhah Sewu Dino. Dalam prekuel cuma 5 keluarga didedahkan dan mungkin akan diperkenalkan lagi dalam instalment yang lainnya kerana Sewu Dino bakal dijadikan universe.
Kalau Sabdo ditabalkan sebagai Canguk Songo, Intan pula bakal menggantikan Lasmini sebagai Ranum untuk melahirkan pewaris Kuncoro. Jijiknya ritual keturunan Kuncoro bila mereka bernikah sesama sendiri dan kerana perkara itu lah ayah kepada Sabdo dan Intan melarikan kedua-dua anaknya jauh dari dunia Trah Pitu. Malangnya, rahsia besar itu tak diceritakan kepada anak-anak dan secara mudahnya anak-anak dia terpedaya dengan helah Trah Pitu.
Naskhah Janur Ireng arahan dan penulisan Kimo Stamboel mengangkat novel Janur Ireng karya nukilan Simpleman yang diterbitkan pada tahun 2020. Janur Ireng dikembangkan untuk menjawab beberapa persoalan yang timbul dari filem Sewu Dino, baik dari novelnya mahupun filemnya.
Siapa yang menghantar sihir kepada Della (Gisellma Firmansyah), cucu Karsa Atmojo terjawab di final act Sewu Dino kemudian diceritakan pula siapakan Sabdo dan keturunan Kuncoro dalam Janur Ireng. Kimo menambah watak Sugik (Rio Dewanto) dan ahli Trah Pitu. Dalam filem Janur Ireng, penceritaan dari perspektif Sabdo, berbeza dengan novel yang menggunakan perspektif Sugik, si pembantu Arjo Kuncoro.
Walaupun Kimo mempunyai novel Janur Ireng sebagau rujukan utama namun plot filem tak dikembangkan dengan baik sama ada untuk elemen seram atau thriller. Pace penceritaan yang perlahan buatkan naskhah Janur Ireng terasa bosan dan draggy. Kebanyakan jawapan juga diletakkan di final act tapi ada kejutan yang tak memberikan impak sebab boleh diteka dari awal filem lagi.
Makin menjadikan filem Janur Ireng terlihat lemah bila watak Sabdo sendiri dangkal. Kenapa dia bersetuju dengan Janur Ireng sedangkan Intan juga ada darah Kuncoro? Kenapa Sabdo tak arahkan Bokolono kawal Arjo sebelum dia betul-betul tahu dan kenal kelebihan serta kelemahan sebagai Canguk Songo? Dalam filem digambarkan Canguk Songo sebagai watak yang kuat antara semua Trah Pitu sayangnya di second half, wataknya dilemahkan untuk hadirkan elemen kejutan.
Konflik yang dimasukkan tak begitu terasa bila watak Sabdo dan Intan belum sepenuhnya terjerat dengan kemewahan. Setiap kali ada gangguan, dengan mudahnya kedua-dua watak ingin lari keluar dari dunia Trah Pitu. Gangguan yang dimasukkan pun tak banyak dan tak seram cuma background scores yang sengaja dikuatkan untuk babak jump scares.
Pun begitu kekuatan Janur Ireng terletak pada sinematografi yang menarik bila segala makhluk ghaib yang dimasukkan terlihat cemerlang walaupun menggunakan CGI. Sepanjang masa terpukau dengan keindahan batik Jawa dan seni ukiran kayu yang menghiasi segenap pelusuk rumah. Pintu ruangan bilik bawah tanah tersergam gah sesuai dengan kekayaan keturunan Kuncoro. Sama juga dengan ruangan rumah Karsa atau Gayatri (Faradina Mufti).
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 5.9/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.