Movie Review | Sewu Dino (2023)

Saturday 4 November 2023


Pengarah: Kimo Stamboel
Penulis Skrip: Agasyah Karim, Khalid Khasogi 
Pelakon: Mikha Tambayong, Gisellma Firmansyah, Rio Dewanto, Marthino Lio, Givina Lukita Dewi, Agla Artalidia, Pritt Timothy, Karina Suwandi 
Syarikat Produksi: MD Pictures 
Pengedar: Amazon Prime Video
Genre: Seram / Thriller  
Durasi Tayangan: 121 minit
Tarikh Tayangan: 19 April 2023
Trailer:


Filem kedua yang diangkat dari kisah seram SimpleMan di Twitter berlatarkan masyarakat Jawa pada tahun 2003. Dek kesulitan ekonomi, Sri Rahayu (Mikha Tambayong) diambil bekerja oleh keluarga Atmodjo dengan bayaran upah yang tinggi. Mbah Karsa Atmodjo (Karina Suwandi) sendiri memilih Sri kerana dia memiliki keunikan iaitu lahir pada hari Jumat Kliwon. Sri mempunyai bau darah Wijoyo Kusumo dan Gadru.

Bersama Erna (Givina Lukita Dewi) dan Dini (Agla Artalidia), mereka dibawa ke sebuah rumah kecil yang tersembunyi di tengah hutan. Di sana, Sri, Erna dan Dini ditugaskan untuk memandikan Della Atmodjo (Gisellma Firmansyah), cucu Mbah Karsa, satu-satunya juga ahli keluarga dia yang tinggal. Della diikat di katil kayu dan dikurung di bawah keranda kerana keadaannya yang disantau sihir Sewu Dino (Seribu Hari) oleh Jatmiko (Ayez Kassar) lalu dirasuk oleh jin Sengarturih (Dayinta Melira). 


Setiap hari Dini, Sri dan Erna perlu memandikan Della dengan air bersih yang dicampur dengan 7 jenis bunga – mawar merah, mawar putih, kenanga, melur, cempaka putih dan melati gambir. Sepanjang upacara mandi mayat tersebut, pekerja perlu ulang ayat yang dibacakan dari rakaman Mbah Karsa sehingga selesai. Jika tidak, Sengaturih akan menyerang tanpa belas.
 
Sri dan Erna cuba larikan diri kerana takut namun mereka bertiga sudah terikat dengan perjanjian bersama Mbah Karsa. Sekiranya mereka lari, mereka bertiga akan mati. 


Kalau sembang pasal santau, tak ada perkara yang logik boleh diterima akal, sama juga keadaan Della yang dipaparkan dari awal filem hingga ke hari Sewu Dino. Della seumpama mayat hidup, berbau busuk, pucat, menyeringai, tidak makan atau minum namun mempunyai kekuatan untuk menyerang manusia. 

Belum diceritakan kenapa Mbah Karsa mempunyai luka di wajah dan badannya kerana filem Sewu Dino merupakan installment pertama untuk trilogi santau di bawah MD Pictures. Janur Ireng tajuk installment kedua manakala yang ketiga adalah Rogot Nyowo. Penggambaran filem Sewu Dino memakan masa selama 40 hari di sekitar Yogyakarta jadi kemunculan dua lagi sekuel mungkin tak akan ambil masa yang lama. 


Penceritaan Sewu Dino dikembangkan dengan baik, bermula dengan Sri yang terdesak mencari kerja untuk merawat ayahnya kemudian pertemuan bersama keluarga Atmojo. Di pertengahan cerita Sri mula mengalami mimpi aneh dan pelbagai kejadian mistik di rumah tersebut. Pace filem ni agak perlahan mungkin untuk wujudkan rasa seram. Sinematografi dari Patrick Tashadian antara kekuatan filem Sewu Dino. Lebih kurang sama dengan Teluh Darah yang mengangkat atmosfera suram dan kelam. 

Gangguan dari Sengaturih tak banyak sangat tapi gangguan kecil yang dialami dah cukup memberi impak seram. Berdebar setiap kali Sri, Dini atau Erna masuk ke dalam bilik Della untuk jalankan tugas mereka. Music score dari Ricky Lionardi menguatkan lagi rasa takut dan saspen naskhah arahan Kimo Stamboel. 


Walaupun skrip naskhah seram dari Agasyah Karim dan Khalid Khasogi tampilkan kisah yang unik dan segar namun ada juga beberapa babak yang timbulkan pertanyaan seperti persiapan Mbah Tamin atau para pekerja sendiri. Sepanjang 3 tahun Mbah Tamin menjaga para pekerja kenapa tak ambil langkah lebih berhati-hati macam pakai extra protection supaya tak digigit oleh Della. Kenapa tak prepare bekalan air mandi lebih awal kalau dah tahu pam air rosak? Tak ada pula larangan air perlu diambil terus dari pam bukan air yang telah disimpan dalam bekas. 


Lakonan Mikha Tambayong sebagai pelakon utama tampak bagus tapi adakalanya mengelirukan terutamanya di bahagian hujung. Mungkin juga tersekat dek kerana penulisan. Karina pula benar-benar cemerlang dalam persalinan wanita misteri yang sanggup menggunakan apa cara sekalipun untuk kekalkan status bangsawannya. Nevertheless, it is a good story to watch. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.6/10

1 comment

  1. Saya dapat lihat website ini dari pertukaran website di 10khits.
    Saya suka juga dengan film horor. pas apalagi baca di sini sepertinya ngeri dan mengasyikkan.

    salam kenal.
    Luki Tantra
    Advisor PT. Tenaga Kerja Kompeten Indonesia


    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.