Pelanggan sooka & NJOI kini boleh mengakses 5 saluran FAST baharu daripada Astro

Wednesday 8 November 2023

Pelanggan sooka & NJOI kini boleh mengakses 5 saluran FAST baharu daripada Astro | Saluran-saluran tersebut menawarkan pelbagai Drama, Rancangan Komedi dan Pelancongan, semuanya boleh diakses secara percuma

Semua pelanggan sooka dan NJOI kini boleh mengakses lima saluran TV Penstriman Percuma yang Disokong Iklan atau Free Ad-supported Streaming TV (FAST) tanpa bayaran tambahan, iaitu Filem Mantap, Drama Hebat, Drama Hotpot, Lawak Sentral dan Travel & Taste. Tambahan baharu ini akan melengkapi sepuluh saluran FAST sedia ada untuk pelanggan sooka, seterusnya meluaskan lagi pilihan para pelanggan dengan lebih drama, rancangan komedi, pelancongan, serta kandungan Astro seperti Super Spontan All Stars, Suri Hati Mr Pilot, The Rebel Princess dan Perfect Partner.

sooka merupakan satu-satunya aplikasi penstriman Malaysia yang menawarkan saluran sukan lengkap dan hiburan tempatan serta Asia yang menarik. Aplikasi ini menyediakan satu pengalaman sempurna tanpa sempadan pada mana-mana peranti yang disambungkan dan sesuai untuk hiburan pada bila-bila masa (on-the-go). Manakala NJOI adalah perkhidmatan TV satelit prabayar premium percuma (freemium) pertama di Malaysia, menawarkan pelbagai kandungan hiburan, sukan, pembelajaran dan berita yang menarik.

Tambahan baharu kepada sooka dan NJOI ini bertujuan untuk menyediakan pengguna dengan pilihan hiburan yang pelbagai tanpa caj tambahan. Dicipta oleh Astro, saluran-saluran baharu FAST ini menawarkan campuran kandungan asli serta rancangan antarabangsa yang boleh diakses melalui NJOI Box untuk para pengguna NJOI, dan peranti mudah alih & TV pintar untuk pengguna sooka.

Lima saluran FAST daripada Astro adalah:

Filem Mantap (NJOI CH131): Destinasi sempurna untuk filem penuh kualiti. Ia menawarkan himpunan telefilem terpilih daripada pelbagai genre yang menghiburkan dan memikat hati anda.

Drama Hebat (NJOI CH132): Hiburkan diri dengan campuran tematik muzik terpilih dan pelbagai kandungan lain yang menawarkan anda hiburan sepanjang masa tanpa henti daripada seluruh dunia. Kembali ke masa lalu melalui pilihan drama tempatan kami yang menambat hati, di mana pelakon-pelakon hebat membawakan anda magis sinematik melalui persembahan mereka yang luar biasa. Drama-drama malar segar ini menampilkan sedetik gambaran masa lalu di mana emosi, konflik, dan penyelesaiannya kekal relevan ke hari ini.

Drama Hotpot (NJOI CH133): Saluran ini menawarkan berjam-jam hiburan penuh pesona melalui kandungan terbaik dari China untuk menarik hati setiap ahli keluarga anda.

Lawak Sentral (NJOI CH134): Bersedia untuk menaiki roller-coaster yang akan membawa anda ke daerah penuh tawa serta jenaka yang menaikkan semangat anda. Daripada komediri menggelikan hati, ke sitkom penuh jenaka, di sinilah tiket anda ke dunia yang penuh keceriaan dan ketawa tanpa henti.

Travel & Taste (NJOI CH135): Saluran ini meneroka lapisan budaya melalui pengalaman perjalanan yang mengasyikkan, di samping menikmati rasa asli setiap daerah melalui resepi- resepi lazat.

Pelanggan yang berminat boleh menonton kesemua 15 saluran FAST ini secara percuma selepas mendaftar dengan sooka dan jika mereka menginginkan lebih banyak kandungan premium, mereka boleh melanggan sooka dari hanya RM12.90.

Pelanggan NJOI sedia ada yang ingin mengakses lebih saluran pula boleh membeli Pek Family NJOI, menawarkan 43 saluran-saluran premium dengan hanya RM29.90 untuk 30 hari. Kesemua pelan langganan sooka dan NJOI adalah tanpa kontrak dan tanpa komitmen.

Muat turun sooka: Google Play Store | Apple App Store

Daftar NJOI: www.njoi.com.my

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.