DEEPAVALI DI SURIA KLCC: SAMBUTAN MULTISENSORI CAHAYA DAN BUDAYA

Thursday 9 November 2023

Suria KLCC, pusat beli belah ikonik di ibukota, bakal memukau semua pengunjung sempena perayaan Deepavali dengan tema ‘Gemerlapan Taman Cahaya’ dari 3 hingga 15 November ini.

Nikmati suasana yang mempersona di Suria KLCC dengan rekaan taman yang dihiasi bunga bungaan indah dan hayunan buaian yang pastinya menjadi tarikan untuk merakam detik indah.

Dekorasi “kolam” interaktif bersaiz 20 kaki bakal menyambut pengunjung di ‘Centre Court’. Ianya mampu berputar dan memancarkan cahaya mengikut interaksi pengunjung. Suasana bakal dimeriahkan lagi dengan hiasan sebuah replika burung merak setinggi tujuh kaki. Ekor interaktif sepanjang 32 kaki mampu berkembang penuh gemalai dan begemerlapan mengikut interaksi pengunjung. Diilhamkan daripada bunga tiruan serta beras berwarna, ianya seolah olah hidup.

Hiasan berwarna warni beserta penataan lampu dan kesan bunyi bakal bakal membangkitkan semangat perayaan cahaya ini.

Pada hujung minggu pula, para pengunjung bakal disajikan dengan persembahan tarian tradisional kaum India di ‘Centre Court’. Alunan lagu lagu Deepavali terpilih juga boleh dinikmati di seluruh pusat membeli-belah untuk meningkatkan suasana perayaan ini.

"Deepavali ialah masa yang amat bermakna, ianya melambangkan kejayaan cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, dan pengetahuan mengatasi kejahilan. Di Suria KLCC, kami bertekad untuk bukan sahaja menawarkan pengalaman membeli-belah sempena perayaan yang tidak dapat dilupakan, tetapi juga budaya yang memupuk hubungan dan persefahaman erat dalam komuniti kami," kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Untuk memeriahkan lagi sambutan kempen sambutan Deepavali ini, pembeli yang membuat pembelian berjumlah RM600 atau lebih dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih akan memperoleh e-Baucar membeli belah Suria KLCC bernilai RM50.

Pusat Beli-Belah Alamanda

Sambutan Deepavali di Alamanda Putrajaya bermula pada 28 Oktober dan akan berakhir pada 13 November. Pengunjung bakal disajikan dengan hiasan yang meriah, termasuk “kolam” berwarna- warni yang dicahayai untuk mebangkitkan perasaan bertuah dan bernasib baik bagi penganut agama Hindu.

Bagi menambahkan keseronokan, pengunjung yang membelanjakan RM300 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai khusus, Baucar Beli-belah Alamanda bernilai RM30 bakal menanti.

Pusat Beli-Belah Mesra Mall

Dari 8 hingga 19 November, di Mesra Mall Kemaman, sentuhan perayaan Deepavali dijelmakan melalui hiasan reka bentuk “kolam” yang dihasilkan daripada tepung beras. Terdapat juga tarikan lain seperti burung merak dan saree bagi meningkatkan suasana perayaan dan melahirkan semangat perayaan.

Untuk info lanjut, layari:

i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

****************************

Mengenai Suria KLCC Sdn Bhd

Suria KLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh KLCC Property Holdings Berhad (60%) dan CBRE Global Investors (40%). Ia merupakan kumpulan pengurusan aset runcit bertaraf dunia yang memfokuskan kepada pembangunan dan operasi pusat membeli belah di Malaysia. Portfolio terkininya merangkumi tiga pusat membeli belah iaitu Suria KLCC (Kuala Lumpur), Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai dan lebih 2 juta kaki persegi ruang runcit keseluruhannya, syarikat ini memberi peluang kepada peruncit tempatan dan antarabangsa untuk mendekati golongan pembeli berkemampuan tinggi di Malaysia

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.