Showing posts with label KLCC. Show all posts
Showing posts with label KLCC. Show all posts

SURIA KLCC BUKA TIRAI MINGGU FESYEN KUALA LUMPUR 2026 BERSAMA RR BY RIZMAN RUZAINI

Tuesday, 11 August 2026

SURIA KLCC BUKA TIRAI MINGGU FESYEN KUALA LUMPUR 2026 BERSAMA RR BY RIZMAN RUZAINI | Koleksi Cruise 2026 – RR Vol 4: Heritage in Motion buka tirai edisi ke-14 KLFW bertemakan Destination: Home Ground

Kuala Lumpur, 11 Ogos 2026 – Suria KLCC membuka tirai Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2026 dengan penuh gemilang pada Isnin, 3 Ogos, apabila mempersembahkan pertunjukan pembukaan rasmi edisi ke-14 platform ini menerusi rakan peruncitan disegani, RR by Rizman Ruzaini. Berlangsung di Esplanade, Taman KLCC, “Suria KLCC presents RR by Rizman Ruzaini” ini menampilkan koleksi Cruise 2026 jenama tersebut, RR Vol 4: Heritage in Motion, di hadapan 500 tetamu yang memenuhi dewan pertunjukan, sekali gus melancarkan sambutan fesyen tanah air sepanjang seminggu di bawah tema tahun ini, Destination: Home Ground.

Selari dengan tema, koleksi Heritage in Motion mengangkat inspirasi daripada suasana nostalgia jalanan Malaysia, dengan persembahan pentas dan gaya acara yang dibina di sekeliling motif beca, basikal serta pengangkutan lama – ibarat satu penghayatan visual terhadap era mobiliti silam Malaysia, diterjemahkan semula melalui siluet kontemporari yang menjadi ciri khas RR. 

Dipentaskan di dalam dewan pertunjukan KLFW yang direka sebagai sebuah struktur bertemakan warisan bermonokrom, diilhamkan daripada motif batik arkib Yayasan Sabah – koleksi ini dipersembahkan di atas pentas serba putih berbentuk ‘hourglass-shaped’, disaksikan oleh tetamu daripada kalangan pemain industri, media dan peminat fesyen, selain disiarkan secara langsung menerusi skrin LED besar kepada pengunjung di seluruh Suria KLCC.

Malam pembukaan tersebut turut disambut kehadiran tetamu-tetamu kehormat, termasuk Datuk Sr Mohd. Salem Kailany, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KLCC (Holdings) Sdn Bhd; Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd; serta Pengasas KLFW, Andrew Tan – mencerminkan betapa bermaknanya pemilihan RR by Rizman Ruzaini untuk mengetuai pertunjukan pembukaan tahun ini. Berbekalkan pengalaman hampir dua dekad dalam industri fesyen, RR by Rizman Ruzaini merupakan pilihan yang amat sesuai untuk menetapkan nada bagi minggu yang turut menyaksikan gandingan ini tampil buat kali kedua dengan satu lagi pertunjukans pada malam yang sama.

Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, berkata pertunjukan pembukaan ini mencerminkan kualiti hubungan kerjasama yang telah dibina oleh Suria KLCC bersama jenama tersebut. “Rizman Ruzaini melambangkan sebuah kisah kejayaan membanggakan dalam industri fesyen Malaysia, dan kami berbangga mengiktiraf mereka sebagai salah sebuah rakan peruncitan disegani di Suria KLCC. Memberi mereka kepercayaan untuk mengetuai pertunjukan pembukaan adalah cerminan platform yang telah kami bina, serta standard yang terus dijaga oleh Suria KLCC bagi fesyen tanah air. Heritage in Motion menepati sepenuhnya semangat Destination: Home Ground – mengangkat sesuatu yang benar-benar Malaysia dan memberikannya pentas yang setanding dunia. Ia menetapkan nada yang sempurna bagi sebuah minggu kreativiti Malaysia yang bakal dikenang,” katanya.

Peluang membuka KLFW merupakan satu pengiktirafan besar buat pengasas jenama ini, sekali gus menandakan permulaan kerjasama yang lebih erat dengan pihak pusat membeli-belah, kongsi Rizman. Pencapaian ini turut menyusuli detik penting bagi gandingan pereka fesyen ini – Rizman dan rakan pengasas, Ruzaini – yang berjaya merealisasikan impian sepanjang kerjaya mereka apabila membuka butik pertama di bawah label RR di Suria KLCC pada 2025, selepas hampir dua dekad berkecimpung dalam industri ini. “Pada akhirnya, kepercayaan terhadap jenama amat penting, dan memiliki ruang di Suria KLCC bermakna jenama anda dipercayai,” katanya.

Persembahan ini turut menandakan permulaan sebuah edisi bersejarah KLFW, yang berlangsung dari 3 hingga 9 Ogos 2026 di Esplanade, Taman KLCC, menampilkan lebih 50 pereka fesyen dan jenama tanah air di bawah tema Destination: Home Ground. Dianjurkan dengan kerjasama Suria KLCC dan KLCC (Holdings) Sdn Bhd, serta disokong oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selaku Rakan Strategik Industri Utama sempena Malaysia Tahun Melawat 2026, kalendar tahun ini merangkumi jenama baharu, nama-nama tersohor serta kolaborasi merentas industri, selain aktiviti di seluruh Suria KLCC termasuk paparan gaya oleh pelajar fesyen di Isetan KLCC dan gerai pop-up Jom Malaysia anjuran KPDN.


“Memperjuangkan fesyen tanah air adalah tanggungjawab sekali gus keutamaan perniagaan yang penting bagi kami. Sekalipun jenama mewah antarabangsa membawa prestij, label tempatan kami pula memberikan jati diri, warisan dan keunikan tersendiri,” tambah Tan. 

“Meletakkan jenama tersohor tanah air seperti Rizman Ruzaini setanding jenama fesyen antarabangsa membuktikan reka bentuk Malaysia benar-benar bertaraf dunia – dan malam pembukaan ini adalah bukti nyata kepada aspirasi tersebut.” 

Untuk info lanjut, layari www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall.

ACARA KEMUNCAK SURIA KLCC x LEGO® "PLAY RUN 2026" MELABUHKAN TIRAI DENGAN JAYANYA

Tuesday, 9 June 2026

ACARA KEMUNCAK SURIA KLCC x LEGO® "PLAY RUN 2026" MELABUHKAN TIRAI DENGAN JAYANYA | ‘Play Run’ LEGO® Pertama di Asia Tenggara Himpunkan Ribuan Peserta di KLCC Park, Menyatukan Inisiatif CSR Kesihatan Mental dan Fizikal 

Kuala Lumpur, 9 Jun 2026 – Kawasan presint ikonik KLCC diselubungi tenaga luar biasa dan  keceriaan kreatif pada hujung minggu lalu apabila acara Suria KLCC x LEGO® “Play Run 2026” yang amat dinantikan melakar sejarah menerusi kemunculan sulungnya di Asia Tenggara pada Sabtu, 6 Jun.

Menarik penyertaan ribuan keluarga, peminat kecergasan, dan peminat LEGO® daripada pelbagai lapisan umur, larian santai interaktif sejauh 2km ini menjadi acara kemuncak kepada festival LEGO® MY Play Festival. Acara yang berlangsung selama beberapa minggu ini telah berjaya menghidupkan Suria KLCC dan KLCC Park sebagai pusat sambutan LEGO® dunia nyata terbesar pernah diadakan di Malaysia dari 21 Mei hingga 7 Jun 2026. 

Dianjurkan sebagai tonggak utama kepada kempen tahunan kesihatan mental dan fizikal Suria KLCC, "Play Run 2026" menggabungkan elemen kecergasan fizikal, interaksi dunia nyata, dan  penceritaan interaktif secara harmoni. Para peserta berlari melalui laluan khas sejauh 2km di sekitar KLCC Park yang indah, sambil menempuh beberapa halangan dan "hentian aktiviti" (playstops). Peserta larian berlari secara berperingkat mengikut sesi sepanjang hari, dan menamatkan larian dengan membawa pulang kit larian eksklusif bertemakan LEGO® serta Pingat Penamat.

Kemuncak acara pada waktu malam diserikan lagi dengan pertunjukan visual yang memukau apabila ruang luar bangunan pusat beli-belah ikonik Suria KLCC dihiasi pancaran cahaya daripada pertunjukan LEGO® 3D Projection Mapping yang direka khas. Pertunjukan tersebut yang ditayangkan dari jam 8:00 malam hingga 10:00 malam pada 6 dan 7 Jun itu memaparkan animasi pembinaan blok LEGO® berskala besar. Ia menggabungkan elemen budaya bermain global dengan simbol warisan Malaysia, sekali gus menarik perhatian ribuan pengunjung di kawasan Esplanade.

Selain larian fizikal yang bertenaga ini, teras utama festival tahun ini adalah komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memfokuskan kepada kesihatan mental komuniti. Suria KLCC membawakan semula "Safe Space" bermula 25 Mei hingga 7 Jun di mana ruang kesihatan mental ini telah menganjurkan pelbagai bengkel pendidikan, aktiviti terapi praktikal, dan program sokongan psikologi dengan kerjasama strategik bersama Persatuan Kesedaran & Sokongan Penyakit Mental (MIASA), Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), NYAWA, The Befrienders KL, IHH Healthcare, dan Petrosains. 

Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan CEO Suria KLCC Sdn Bhd, berkata: "Di Suria KLCC, kami sentiasa komited untuk melangkaui peranan ruang runcit tradisional dengan membawakan acara interaktif bertaraf dunia yang bermakna dan mampu memperkasakan komuniti setempat. Kerjasama bersejarah dengan The LEGO® Group ini adalah bukti nyata kepada usaha tersebut. Dengan menyatukan falsafah pembelajaran praktikal LEGO® bersama advokasi kesihatan mental dan fizikal tahunan kami, kami berjaya mengangkat sambutan cuti sekolah ini menjadi satu platform yang memberi impak sosial yang mendalam." 

"Sambutan luar biasa terhadap 'Play Run 2026' serta maklum balas positif komuniti terhadap inisiatif 'Safe Space' membuktikan bahawa masyarakat hari ini amat mendambakan interaksi dunia nyata. Melalui gabungan aktiviti fizikal, penglibatan interaktif penyewa, dan sokongan kesihatan mental yang penting di bawah satu kempen bersepadu, kami telah berjaya mewujudkan persekitaran kesejahteraan yang holistik. Melangkah ke hadapan, kami akan terus memanfaatkan platform ini untuk memupuk komuniti yang prihatin, dinamik, dan berdaya tahan," tambah beliau.

Di samping itu, kawasan festival turut dimeriahkan dengan pelbagai zon aktiviti di seluruh presint. Di Centre Court Suria KLCC, pengunjung berpeluang menerokai konsep pekan tempatan yang memaparkan keunikan budaya Malaysia menerusi binaan blok brick yang besar, termasuk replika Menara Berkembar PETRONAS yang dibina menggunakan lebih 51,000 blok brick, stesen digital LEGO® Minifigure Converter, serta binaan 3D kreatif yang mempamerkan budaya makanan pasar malam.

Bagi kawasan luar bangunan di Esplanade pula, suasana dihangatkan lagi dengan kehangatan menjelang Piala Dunia FIFA 2026™ melalui penyediaan LEGO® Football Play Arena yang interaktif. Ia menampilkan bola sepak gergasi kembung bersaiz 8 kaki, stesen permainan foosball manusia, dan paparan edisi terhad bagi menghargai legenda bola sepak moden. Selain itu, para pengunjung sekeluarga turut dihiburkan dengan aktiviti khas daripada penyewa Suria KLCC termasuk bengkel kesejahteraan dan agihan makanan serta minuman percuma sumbangan 8 Oz Coffee, Godiva, Kiehl’s, F&N, Dotty’s, dan Fishbowl. 

Kejayaan Suria KLCC x LEGO® Play Run 2026 ini dijayakan menerusi kerjasama erat dengan rakan penganjur tempat, KLCC Holdings Sdn Bhd, bersama Rakan Kesihatan Rasmi, IHH Healthcare. Sokongan perubatan kritikal di tapak acara turut disediakan oleh Hospital Gleneagles, Hospital Pantai, dan Pusat Perubatan Prince Court bagi memastikan persekitaran yang selamat dan terkawal untuk semua keluarga yang hadir.

Untuk info lanjut, layari www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall.

KUMPULAN SURIA KLCC MENYELAMI KEINDAHAN WARISAN DAN SENI PADA HARI RAYA INI

Thursday, 5 March 2026

KUMPULAN SURIA KLCC MENYELAMI KEINDAHAN WARISAN DAN SENI PADA HARI RAYA INI | Sambutan budaya Malaysia yang menampilkan filem jenama "Penjaga Warisan", hasil kraf eksklusif oleh Sofia Iman, serta pengalaman taman bougainvillea yang mengasyikkan

Kuala Lumpur, 3 Mac 2026 – Suria KLCC, destinasi beli-belah pengalaman ikonik Malaysia,  menjemput para pengunjung untuk menghargai kepelbagaian budaya negara sempena Hari Raya Aidilfitri ini. Bermula dari 27 Februari sehingga 5 April 2026, Kumpulan Suria KLCC akan  menganjurkan kempen bermakna yang didedikasikan untuk mempromosikan tradisi, warisan, dan semangat kebersamaan.


Sambutan ini melangkaui ruang dalaman pusat beli-belah ke seluruh Presint KLCC, di mana suasana perayaan dihidupkan melalui kembara penemuan yang holistik. Selain daripada pengalaman yang dikurasi di dalam bangunan, para pengunjung dapat menikmati gabungan harmoni antara warisan dan riadah moden; bermula daripada tawaran bermusim dan  pengalaman runcit di dalam pusat beli-belah, sehinggalah ke detik-detik ketenangan di Taman KLCC. Ini sekaligus mewujudkan sebuah destinasi dinamik di mana gaya hidup, kulinari, dan budaya bersatu di KLCC The Place.

Pengalaman Warisan di Suria KLCC

Aras Centre Court dan Esplanade KLCC telah ditransformasikan menjadi taman bougainvillea yang indah, berpusatkan struktur wakaf Melayu tradisional yang menjadi fokus utama visi perayaan Suria KLCC. Melalui kolaborasi sinergi bersama Sofia Iman, Suria KLCC mengangkat kehalusan seni Malaysia sebagai tonggak utama pengalaman ini


Menghiasi ruang perayaan ini adalah sebuah mahakarya seni: 1,710 meter kain batik cap tangan yang dihasilkan oleh Sofia Iman khusus untuk hiasan ini. Instalasi fabrik yang gah ini merangkumi wakaf tradisional dan hanging hoist di dalam pusat beli-belah sehingga ke struktur edifices yang megah di Esplanade KLCC—menyuntik jiwa tradisi ke setiap sudut sambutan.


Salah satu pondok wakaf berfungsi sebagai ruang kraf khusus yang menempatkan Demonstrasi Tenunan Songket Khas. Pengunjung dapat menyaksikan proses yang rumit ini secara dekat, yang dibawakan oleh penenun mahir dari Terengganu—seorang artisan warisan yang dibawakan khas ke ibu kota oleh Sofia Iman. Ruang ini turut menampilkan pergerakan ritma alat tenun tradisional, atau 'Kek', yang memberikan gambaran tentang ketekunan manusia dalam menghasilkan karya tenunan agung.


Kembara Warisan Kurasi Sofia Iman

Sambutan di Suria KLCC direka sebagai sebuah perjalanan bersama dalam menyelami budaya Malaysia. Sebagai sumbangan bermakna dalam kempen tahun ini, Sofia Iman telah mengurasi secara eksklusif rangkaian sentuhan warisan untuk menghubungkan pengunjung dengan jiwa bangsa:

Permainan Nostalgia: Pengunjung boleh mengimbau kembali kegembiraan warisan melalui permainan tradisional harian termasuk Congkak dan Batu Seremban yang dibawakan secara eksklusif oleh Sofia Iman.


Persembahan Ikonik: Suasana perayaan dimeriahkan lagi dengan tenaga daripada persembahan Gamelan secara langsung, yang juga merupakan acara warisan utama sumbangan Sofia Iman.



Pengalaman ini turut disertai dengan latar belakang foto (photobooth) yang dikurasi untuk kenangan keluarga, tarian Zapin, serta bengkel interaktif seperti Mencanting Batik, Gubahan Bunga Raya, dan sesi Padanan Wangian oleh The Body Shop.




Penghormatan kepada Tradisi: "Penjaga Warisan"

Tumpuan utama sambutan tahun ini adalah filem jenama perayaan, "Penjaga Warisan", yang dihasilkan dengan kerjasama Sofia Iman. Dirakam melalui lensa dokumentari, ia memaparkan ketegangan antara kepesatan bandar raya dan ketenangan tradisi di Terengganu. Setiap elemen filem ini dihasilkan sepenuhnya oleh tangan manusia—daripada gubahan muzik sehingga baitbait puisi—sebagai simbol penghargaan terhadap keaslian di dunia digital yang serba pantas.
 

Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan CEO Suria KLCC Sdn Bhd, berkata: "Pada Hari Raya ini, 
melalui kolaborasi signifikan bersama Sofia Iman dan naratif 'Penjaga Warisan', kami bukan sekadar mempamerkan warisan—malah kami sedang memeliharanya. Sempena sambutan Visit Malaysia 2026, kami bangga memainkan peranan dalam mempamerkan jiwa budaya Malaysia kepada dunia, memposisikan Presint KLCC sebagai titik sentuh utama bagi pelancong antarabangsa merasai keaslian warisan kami”.


Puan Faralina Binti Abdul Wahab, Pengasas Sofia Iman, berkongsi: "Apa yang kami pamerkan hari ini adalah kemuncak dedikasi selama bertahun-tahun dalam mengekalkan akar budaya. Kehadiran Sofia Iman di Suria KLCC membuktikan bahawa pelanggan menginginkan interpretasi moden songket dan batik yang boleh digayakan dalam kehidupan seharian. Ini adalah peluang untuk mempersembahkan kisah kami dan menghargai artisan tempatan".

Ganjaran Perayaan:

• Pengunjung yang berbelanja RM2,500 ke atas dalam dua resit akan menerima E-Voucher Membeli-belah Suria KLCC bernilai RM100 dan satu set sampul Raya eksklusif.

• Pengunjung yang membeli E-Voucher Membeli-belah Suria KLCC bernilai RM1,000 akan menerima E-Voucher tambahan bernilai RM100.

PUSAT BELI-BELAH ALAMANDA: BOULEVARD PERAYAAN TRADISI DAN SEMANGAT 
KOMUNITI (27 Februari 2026 hingga 5 April 2026)


Alamanda membawakan semangat Hari Raya melalui Taman Bougainvillea yang mempesonakan, berpusatkan sebuah wakaf Melayu tradisional. Wakaf ini menampilkan seni bina warisan dengan gerbang kayu klasik dan bumbung berlapis yang diinspirasikan oleh reka bentuk Melayu, membawa pengunjung kembali ke suasana kampung yang nostalgia.


Suasana santuari flora ini dapat dirasai di seluruh Centre Court, di mana pengunjung boleh bersiar-siar melalui terowong bunga bougainvillea yang mekar. Menjelang malam, taman ini disinari cahaya keemasan daripada pelita tradisional dan lampu hiasan yang membangkitkan kehangatan suasana pulang ke desa.


• Persembahan & Aktiviti: Pada hujung minggu, pusat beli-belah ini akan dimeriahkan dengan tarian tradisional Melayu, Angklung, dan Kuda Kepang.

• VIKids Club: Ahli kelab boleh menyertai bengkel kraf tangan seperti pembuatan Wau Bulan mini.
 
• Tanggungjawab Sosial: Alamanda akan meraikan kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Amal Rukaiyah melalui sesi membeli-belah 'Baju Raya', penyampaian 'Duit Raya', dan majlis berbuka puasa yang bermakna.


Ganjaran Perayaan:

• Perbelanjaan RM700 dalam dua resit akan menerima kelalang (flask) bunga eksklusif dan satu set sampul Raya.


• Perbelanjaan RM1,500 ke atas akan menerima E-Voucher Membeli-belah Alamanda bernilai RM50 tambahan kepada kelalang bunga dan sampul Raya.

MESRA MALL: MERAIKAN WARISAN DAN KEBERSAMAAN DI PANTAI TIMUR (25 Februari hingga 31 Mac 2026)

Terletak di tengah-tengah Terengganu, Mesra Mall meraikan musim ini dengan mengangkat seni kraf Pantai Timur. Melalui kolaborasi bersama jenama warisan tempatan, dekorasi utama mall ini menampilkan struktur tradisional Melayu yang dihiasi dengan batik lukis tangan oleh Noor Arfa serta songket eksklusif daripada Kompleks Songket Penjara Marang.

Pengunjung juga boleh merasai sendiri "jiwa kraf" ini melalui bengkel Mencanting Batik dan Tenunan Songket secara langsung, memberikan peluang kepada pembeli untuk mengenali teknik rumit yang membentuk identiti budaya Terengganu.

Ganjaran Perayaan:

• Pengunjung yang berbelanja RM350 ke atas dalam dua resit akan menerima Voucher Membeli-belah Mesra Mall bernilai RM30 dan satu set sampul Raya eksklusif.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari:
i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

KUMPULAN SURIA KLCC MERAIKAN TAHUN KUDA DENGAN PERAYAAN WARISAN DAN KEMAKMURAN YANG ISTIMEWA

Friday, 23 January 2026

KUMPULAN SURIA KLCC MERAIKAN TAHUN KUDA DENGAN PERAYAAN WARISAN DAN  KEMAKMURAN YANG ISTIMEWA | Nikmati pengalaman perayaan yang imersif menampilkan Karusel Kuda Oriental tradisional, sentuhan seni budaya dan inisiatif komuniti yang bermakna.

Kuala Lumpur, 20 Januari 2026 – Suria KLCC menjemput rakyat Malaysia untuk bersama-sama  menyambut Tahun Kuda dari 16 Januari hingga 18 Februari 2026, menerusi sebuah perayaan  yang menggabungkan tradisi, budaya dan pengalaman perayaan yang penuh makna. 

Sepanjang musim perayaan ini, para pengunjung dijemput untuk menikmati suasana kemeriahan  yang ceria di KLCC The Place, di mana sambutan Tahun Baru Cina dihidupkan melalui dekorasi  perayaan, tawaran bermusim, dan pengalaman membeli-belah yang menarik. Para pengunjung  dapat merasai perjalanan perayaan yang benar-benar holistik dengan detik-detik santai di Taman  KLCC serta di sekitar Presint KLCC, yang menempatkan pelbagai gabungan gaya hidup,  santapan, serta tarikan seni dan budaya.







Tarikan Utama di Suria KLCC

Centre Court Suria KLCC telah ditransformasikan menjadi sebuah pameran perayaan yang imersif  dengan Karusel Kuda Oriental sebagai tarikan utama yang melambangkan Tahun Kuda. Instalasi  ini dilatari pemandangan gunung-ganang dan pokok bunga sakura yang memukau. Para  pengunjung boleh meneroka elemen interaktif seperti ’Lotus Pond of Blessings’, yang mengajak  pengunjung untuk menyampaikan hajat demi kemakmuran dan tuah. 

Sebuah pavilion tradisional  Cina lengkap dengan jambatan turut melengkapkan suasana, menjadikannya latar yang indah untuk momen fotografi perayaan “Sebagai destinasi ikonik di kotaraya Kuala Lumpur, Suria KLCC bukan sekadar sebuah pusat beli-belah; ia merupakan tempat terciptanya kenangan dan perkongsian pengalaman. Sempena Tahun Baharu Cina ini, kami berbesar hati untuk mempersembahkan sebuah perjalanan imersif  yang meraikan tenaga dan semangat Tahun Kuda, sambil menyatukan masyarakat melalui warisan dan kegembiraan bersama.

“Kami juga berbangga untuk meneruskan komitmen kami terhadap kesejahteraan komuniti  menerusi Inisiatif CSR, yang membolehkan para pembeli menyumbang secara bermakna kepada  kesedaran kesihatan mental sambil menghayati semangat perayaan,” kata Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Ganjaran Eksklusif dan Sorotan Perayaan

Suria KLCC memastikan musim perayaan yang lebih bermakna melalui Program Ganjaran Pembeli: 

• Ganjaran Pembeli: Belanja RM2,500 dan ke atas dalam dua resit untuk menerima  RM100 e-Baucar Beli-belah Suria KLCC serta satu set Angpau.

• Bonus e-Baucar: Pembelian RM1,000 e-Baucar melalui laman web akan menerima  tambahan RM100 e-Baucar.

Suasana perayaan turut dimeriahkan dengan Persembahan Tarian Singa Akrobatik setiap hari  Sabtu serta pada Hari Pertama dan Kedua Tahun Baharu Cina. Pengunjung juga boleh menyertai  Bengkel ‘Sugar Art’, Bengkel Cap Kaligrafi Cina, serta bergambar di Photobooth.

ALAMANDA SHOPPING CENTRE: SUASANA PERAYAAN YANG HANGAT DAN MERIAH

Berlangsung dari 23 Januari hingga 18 Februari 2026 Alamanda Putrajaya menghidupkan suasana perayaan dengan melengkapkan Centre Court menjadi taman Oriental yang penuh warna tradisi perayan Tahun Baru Cina. Karusel Kuda Oriental menjadi tumpuan utama, dipadankan dengan pavilion Cina dan tanglung merah, serta dihiasi bunga sakura yang mencipta suasana tenang untuk seisi keluarga.

• Persembahan Tarian Singa: Persembahan tarian singa akrobatik dan tarian tradisional  Cina pada tarikh terpilih.

• Aktiviti Kanak-kanak: Program ViKids menampilkan Bengkel ’Sugar Painting’ untuk kanak-kanak mencuba seni rakyat tradisional.

• Ganjaran Belanja: Belanja RM600 dan ke atas dalam dua resit untuk menerima RM30 e-Baucar, atau RM1,500 dan ke atas untuk RM80 e-Baucar.

• Sumbangan Bermakna: Sokong inisiatif kesihatan mental dengan membeli Pin Reben Hijau pada harga RM10, beserta buah limau mandarin sebagai tanda penghargaan.

MESRA MALL: KEMERIAHAN SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI PANTAI TIMUR

Berlangsung dari 29 Januari hingga 18 Februari 2026 Mesra Mall membawa kemeriahan Tahun Baru Cina ke Pantai Timur juga dengan konsep Karusel  Kuda Oriental yang tradisional dan mesra keluarga, lengkap dengan hiasan perayaan yang ceria.

• Persembahan Perayaan: Tarian Singa Tradisional dan Walkabout yang menyebarkan tuah  dan kemakmuran di seluruh pusat beli-belah.

• Bengkel Keluarga: Aktiviti seperti Pembuatan Gendang Rattle Cina, Kraf Kipas, dan Kraf  Kuda daripada pinggan kertas untuk seisi keluarga.

• Ganjaran Istimewa: 400 pembeli terawal yang berbelanja RM350 ke atas dalam dua resit  akan menerima RM30 baucar Beli-belah Mesra Mall.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari::

i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall