Darso (Marthino Lio) dan isterinya, Darsi (Dayinta Melira) merupakan penghibur jalanan di bandar. Darso menggunakan badut gendong untuk menari dan menyanyi sementara Darsi sepenuhnya menari dengan gemalai. Mereka berdua akhirnya menemui kebahagiaan apabila Darsi disahkan hamil. Namun, kegembiraan itu lenyap sekelip mata apabila sekumpulan penjenayah merompak dan membunuh Darsi.
Dalam keadaan hancur dan penuh duka, Darso meletakkan jasad Darsi ke dalam kostum badut gendong yang digunakannya dan membawa pulang ke kampung halaman mereka. Ketika sampai di sana, Jamil (Derby Romero) menyambut kedatangannya dan memaklumkan tentang jawatannya sebagai pegawai kampung.
Masa itu juga penduduk kampung sedang menjalankan upacara sebelum menuai tebu hasil tanaman dan juga punca rezeki utama penduduk di situ. Namun, apa yang menanti di sana jauh lebih huru-hara gara-gara kekacauan akibat tindakan ganas Billy (Khiva Iskak), pemaju yang akhirnya membawa kepada sumpahan oleh bomoh kampung, Ki Kamboja (Barry Prima), sebelum beliau ditembak dan ditikam secara bertubi-tubi.
Ki Kamboja rebah di sebelah badut gendong kepunyaan Darso lalu membaca mantera untuk masuk menumpang supaya dapat membalas dendam kepada sesiapa yang menyakitinya. Sejak kejadian tersebut bermulalah episod Darso dan badut gendongnya menghantui penduduk kampung.
Naskhah Badut Gendong arahan Charles Ghozali merupakan salah satu instalment dari universe Qodrat di mana kedua-dua watak utamanya merasa kehilangan orang tersayang. Namun Darso dan Ustaz Qodrat (Vino G. Bastian) memilih jalan yang bertentangan. Jalan yang Darso pilih agak ekstrem bila Ustaz Qodrat cuma bermurung dan memilih untuk abaikan semua yang di dunia termasuklah Azizah. Boleh kata watak Darso adalah dark reflection kepada watak Ustaz Qodrat.
Penggunaan Badut Gendong sebagai entiti yang menyeramkan mungkin tak lah menakutkan seperti Assuala dan Zhaduq dalam Qodrat 1 (2022) dan Qodrat 2 (2025) tapi terngiang-ngiang selepas habis menonton. Elemen balas dendam yang dimasukkan mewujudkan babak-babak gore yang agak ngeri terutamanya di second half.
Sama seperti Qodrat (2022), filem yang menceritakan penghinaan terhadap orang miskin seperti Darso juga tak dikembangkan dengan baik sedangkan berlatarkan masyarakat kampung yang ramai dan juga konflik yang lain.
Tak diceritakan kenapa Darso pilih untuk pulang ke kampung kalau dia tahu layanan Le Badrun (Totos Rasiti) dan Andul (Insan Nur Akbar) teruk dan selalu menghina. Dekat babak awal, Darso dan Darsi gembira dengan upah yang mereka dapat di stesen keretapi. Kalau trauma pun, at least tunjuklah emosi tu.
Watak Darso tak diekspresikan sepenuhnya dan kelemahan tersebut bukanlah berpunca dari Marthino Lio bila dia pun tak dapat ruang yang secukupnya. Watak Arini (Clara Bernadeth) juga tak dikembangkan dengan bagus sebagai peguam kepada syarikat pemaju. Dia terkesan dengan para petani mungkin sebab ayah dia dari golongan yang sama tapi banyak juga tindakan dia yang mengundang pertanyaan macam babak dia beria-ia pertahankan Darso sedangkan baru jejak kaki di situ.
Lakonan Derby Romero sebagai Jamil menjadi kunci kepada semua watak dari awal hingga ke hujung tapi watak dia cuma mengumpul maklumat supaya penonton faham apa yang terjadi di kampung tersebut. Mencuri perhatian adalah lakonan Iskak sebagai antagonis sampingan tapi senasib juga dengan yang lainnya, tak mendapat ruang yang cukup untuk berkembang baik.
Sekali lagi Charles bekerja dengan Hani Pradigya dan I.C.S untuk menjaga kualiti sinematografi yang bermutu tinggi. Terpukau dengan keindahan beberapa babak yang turut mendukung screenplay Badut Gendong dalam menghasilkan monster atau musuh terbaru kepada Ustaz Qodrat di instalment seterusnya. Terbuai masuk ke dalam dunia Darso dan Darsi bila kedua watak ni menari bersama dengan musik latar yang mendayu. Tak hairan lah filem Badut Gendong menang di Festival Film Horor (FFH) untuk kategori Director of Photography (DoP) Terpilih.
Rasanya belum pernah lagi nampak filem yang menggunakan badut gendong dan tak pernah tahu pun keuwujudan salah satu variasi seni pertunjukan di negara Indonesia. Menarik lah juga bila dijadikan medium seram cuma sayangnya, kalau penulisan dan olahan lebih bercerita, mungkin tak terasa mendatar.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 6.8/10


Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.