Movie Review | Qodrat (2022)

Wednesday 16 November 2022


Pengarah : Charles Gozali
Penulis Skrip : Gea Rexy, Asaf Antariksa, Charles Gozali
Pelakon : Vino G Bastian, Marsha Timothy, Randy Pangalila, Maudy Effrosina, Keanu Azka, Jason Bangun, Cecep Arif Rahman
Syarikat Produksi : Rapi Films, Magma Entertainment, Ideosource Entertainment, Astro Shaw, Caravan Studio, Dunia Mencekam Productions
Pengedar : Astro Shaw
Genre : Seram / Aksi / Agama
Durasi Tayangan : 102 minit
Tarikh Tayangan : 27 Oktober 2022
Trailer :


Ustaz Qodrat (Vino G. Bastian) yang selalu membantu orang sekeliling dengan ilmu ruqyah dia gagal merawat anaknya sendiri, Alif Al-Fatanah (Jason Bangun) yang dirasuk syaitan bernama Assuala. Qodrat pun memutuskan untuk pulang ke Pusat Pengajian Kahuripan di Desa Kober tempat dia menuntut ilmu dulu. 

Namun, ketika sampai di sana, Qodrat pelik dengan keadaan kampung yang sunyi, kemarau malah Kiai Rochim (Cecep Arif Rahman) juga terlantar kerana sakit misteri. Pusat agama tersebut dijaga oleh Ustaz Jaafar (Randy Pangalila) bersama anak murid yang lain. 


Ketika Ustaz Jaafar sibuk merawat orang, Yasmin (Marsha Timothy) minta bantuan Qodrat untuk merawat anak bongsunya, Alif Amri (Keanu Azka) di rumah. Bermula dari berbual dengan Lembaga di dalam almari sehingga menjadi parah bila Alif dirasuk sampai bertindak mencederakan ibu dan kakaknya, Asha (Maudy Effrosina).

Walaupun Qodrat berjaya merawat Alif tapi syaitan tersebut berjanji akan seru syaitan yang lebih kuat untuk menghancurkan Qodrat dan keluarga tersebut. Dalam perjalanan pulang ke pusat pengajian juga Assuala bertemu dengan Qodrat untuk membunuhnya. 


Naskhah seram Qodrat arahan dan penulisan Charles Gozali mengetengahkan pertarungan antara manusia dan iblis. Bagaimana manusia termakan hasutan syaitan kerana kemewahan yang dijanjikan macam watak Alif yang dijanjikan boleh berjalan semula selepas kemalangan jalan raya. 

Pace penceritaan tersangatlah perlahan sedangkan ada banyak plot yang boleh dikembangkan macam keadaan Qodrat setelah anaknya meninggal. Macam mana dari kematian Alif dia dibawa masuk ke penjara sedangkan dia ustaz yang banyak membantu orang. Jangankan kisah hidup watak utama, gangguan hantu juga tak banyak. Mana-mana dialog juga kurang meninggalkan kesan disebabkan plot yang terhad. 


Mesej agama yang dibawa dari filem Qodrat memang banyak sesuai lah dengan genre yang diketengahkan. Filem ini juga mendapat tunjuk ajar dari ahlinya jadi tak ada masalah pun dengan taazkirah dan dialog yang dimasukkan. Terpempan juga bila Ustaz Jaafar tanya tentang apa dosa Qodrat buat sampai Alif Al-Fatanah jadi korbannya. Dekat situ bawa dua kemungkinan besar lah sama ada Ustaz Jaafar cemburu dengan Qodrat ataupun dia antara watak antagonis dalam filem ni. 

Kalau ikutkan pun dah boleh agak Ustaz Jaafar ni sesuatu sangat sebab Asuala dok bising pasal nak kacau anak Adam sampai tak ada azan berkumandang. Qodrat tak pelik ke Pusat Pengajian Kahuripan tu tak ada bunyi azan? Tak ada langsung babak Qodrat solat dekat situ atau laungkan azan ajak orang kampung solat jemaah. Banyak lah loopholes dalam filem ni sebab tu I rasa mesej dia tak sampai. 


Terkejut dengan penampilan Randy Pangalila dalam naskhah seram Qodrat sebab jauh berbeza dengan watak candy boy dalam mana-mana filem atau drama sebelum ni. Nampak Randy dah mula explore watak yang lebih serius cuma sayangnya penulis tak kembangkan cerita dengan baik sehinggakan dia tak dapat ruang dan peluang yang sewajarnya. 

Yang menyerlah dari awal hingga ke penghujung cerita ialah Marsha Timothy dengan watak Yasmin, seorang ibu tunggal yang terbeban dengan masalah kewangan juga kesihatan anak-anaknya. Babak Yasmin minta duit dengan ibu Jihan tu antara highlight sebab nampak riak dia rasa bersalah untuk minta tapi terbeban dengan masalah hidup sendiri. Masa dia kena kacau dengan Assuala pun seram sebab riak muka dia buatkan bulu roma berdiri tegak. Kalau Qodrat ada gimmick perempuan dirasuk dalam panggung confirm cuak habis. 


Sinematografi hasil Kerjasama Hani Pradigya dan I.C.S. antara kekuatan Qodrat dengan menampilkan Desa Kober dalam keadaan tenat kerana gangguan Assuala. Set dan props yang digunakan juga minimal namun berjaya menghasilkan impak besar pada penceritaan. Stunt choreography juga antara yang menarik untuk ditonton. Salah satu faktor menarik kerana watak Ustaz Qodrat bukan saja teguh dengan ilmu agama malah punya ilmu pertahankan diri yang ampuh. 

Filem Qodrat bukan stand alone film dan bakal dibikin franchise seperti naskhah seram yang lain. Sama ada pengarah akan memperbaiki apa yang kurang atau kekal dengan olahan yang sama tu tak pasti lah. Yang pastinya watak Qodrat akan dikembangkan lagi sebab dia akan mencari punca kematian isterinya, Azizah. Kalau yang suka filem seram seperti Munafik atau Penunggang Agama, boleh layan Qodrat di pawagam berdekatan. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 6.4/10

4 comments

  1. Yang baca review ni dah seram sejuk.. huhuhu..

    ReplyDelete
  2. Ehh, macamm sikit je rate tu.. hoho

    ReplyDelete
  3. Yg dia potong kek tu yg sbnar kelar tangan sendiri tuuu rare betul..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.