TV Show Review | The Sixth Sense Season 3 Episode 8

Tuesday 8 November 2022

Producer : Jung Chul-min

Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-yeob, Jeon So-min, Lee Joo-myung

Production Company : tvN

Distributor : tvN, Viu

Genre : Mystery / Comedy

Running Episodes : 14 episodes (90 minutes per episode)

Release Date : 18 March 2022 – 17 Jun 2022


Meriah set The sixth Sense Season 3 Episode 8 sebab orang yang dirindui datang. Crew siap bentang karpet merah untuk meraikan kedatangan Somin lepas sekian lama berehat gara-gara kaki dia cedera. Happy betul Jessi sebab kawan body five dia dah balik ke set. 

Tetamu jemputan pula Lee Joo-myung yang berlakon dalam drama Hospital Playlist dan bersinar dalam drama Twenty Five Twenty One. Somin dengan Mijoo check dengan PD sama ada Nam Joo Hyuk datang sekali ke tak. Kecewa diorang tak ada tetamu jemputan lelaki. 

 Is this true?! Unbelievable stories jadi topik untuk Episod 8 bila team production kumpulkan 3 perkara menarik untuk setiap panel teka sama ada wujud ataupun rekaan semata. Tempat pertama ialah ruang yang menempatkan instrumen muzik dinamakan Theremin. Instrumen ini dihasilkan di Rusia oleh seorang ahli fizik, Lord Theremin pada tahun 1920. 

Idea untuk menghasilkan Theremin muncul semasa dia betulkan channel radio kemudian terdengar bunyi beep. Hanya satu cara saja untuk main Theremin iaitu dengan gerakkan tangan di udara bergantung kepada bunyi. Theremin boleh kata instrument muzik elektrik pertama yang diwujudkan. Di bahagian kiri dan kanan Theremin ada antenna yang akan mengawal pitch dan bunyi.

Susah untuk semua panel percaya yang Theremin tu betul-betul wujud tambah pula PD tak bagi diorang bergerak ke belakang pun untuk check ada orang lain tak yang main alat muzik atau pasang audio. Na Ra kagum bila theremist tu mainkan lagu Pathetique dari Beethoven dan Nunu Nana – Jessi.

Tempat kedua ialah restoran yang menghidangkan mint chocolate chip tteokbokki yang meningkatkan jualan restoran tersebut. Mint chocolate chip tteokbokki ni yang pertama dihasilkan di Korea. Warna dia agak pelik sebab dah biasa tengok tteokbokki merah. Tapi bila tengok diorang makan, rasa teringin nak cuba sebab perisa mint chocolate tu favorite I!

Na Ra persoalkan kenapa owner restoran tak letak banner mint chocolate chip tteokbokki kalau betul menu tu naikkan jualan. Kenapa cuma letak dekat dalam order kiosk? Chef Hyeong Jae bagitahu dia tak nak ada negative backlash kepada menu ciptaan dia sebab tak semua orang boleh terima olahan baru. 

Na Ra, Jessi dengan Sang Yeob kata rasa tteokbokki mint chocolate chip macam rasa mint carbonara. Jae Seok ambil masa untuk makan sebab dia tak suka rasa mint chocolate chip, sama macam Somin. Tapi Somin okay lah sebab dia kata makin lama dia makan, tekak dia slowly terima rasa dan bau tu. Satu hidangan tteokbokki tu berharga 10.5 dollar, tak jauh beza pun dengan harga tteokbokki biasa.

 

Tempat terakhir ialah rumah di pinggir bandar dengan konsep Amerika yang dimilik oleh French bulldog bernama Charlie. Pets inheriting bukan sesuatu yang janggal di Amerika tapi sesuatu yang baru di Korea. Pemilik Charlie dah meninggal kerana strok dan wariskan semua harta sebanyak 200,000 dollars cash dan 600,000 dollars real estate kepada Charlie. Harta tersebut diuruskan oleh peguam yang dilantik dan urusan seharian Charlie dijaga oleh nanny. 

‘A truster leaves their assets to their trustee then trustee gives the assets to beneficiary. The pet owner would be the truster and the financial institution would be the trustee. Then they will appoint a person or an organization as the beneficiary. The goal is to spend money for the pet.’ – Lawyer

Tak lama pun Charlie jumpa dengan semua panel sebab diorang sampai dekat dengan waktu tidur tengahari Charlie. Jae Seok ragu-ragu bila tengok Charlie sebab anjing tu pasif dan tak bagi respon beria setiap kali diorang panggil. Tapi Charlie sebenarnya respond bila perempuan yang panggil. Dia suka bila Mijoo dengan Jessi panggil tapi dia macam pendiam bila jalan depan Sang Yeob atau Jae Seok. 

Susah nak teka yang mana satu fake sebab semua pun nampak macam fake bila masing-masing ada weakness spot tersendiri. Nak teka spy pun susah juga sebab spy tak perlu buat banyak kerja pun kalau ketiga-tiga tempat nampak fake. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.